Pertama : Tauhid

  • Iaitu mengesakan Allah s.w.t., hanya Dia yang dituju, menafikan sekutu bagi-Nya, mewujudkan erti penghambaan yang sebenar dan menerima syariat-Nya secara keseluruhan tanpa kecuali.
Kedua : Taubat
  • Iaitu menyesali segala dosa yang pernah dilakukan, memohon ampunan kepada Zat Yang Maha Mempunyai dan Maha Mengetahui, menambal pakaian umur dengan kesempurnaan dan menangis atas kesilapan dan kecuaian yang mana diri mereka pernah tergelincir dalam melakukannya.
Ketiga : Melupakan masa yang telah berlalu
  • Iaitu melupakan berbagai musibah dan kesedihan yang terjadi di masa yang telah lalu, membuang jauh akan ingatan terhadap bentuk fitnah dan bencana. Kerana semua itu telah dilipat oleh zaman, selalu mengingat hal itu semua hanya akan mematikan kecerdikan akal, selalu menumbuhkan rasa duka dan sedih. (cont.)
source : Beginilah Zaman Memotivasikan Kita, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

date Friday, November 27, 2009

0 kisahadique.. to “Tahap Bahagia”

Leave a Reply: