Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

ini merupakan pelamin anganku musnah indah yang gah berdiri tak roboh pun tatkala aku bersanding di atasnya..mungkin pada pandangan orang lain simple je pelamin2 ni, tapi pada aku, inilah antara pelamin impian aku..sebulan dua sebelum bernikah, aku survey berapa banyak bridal's blog, bridal's magazine semata2 nak dapatkan idea pelamin indah..erm cari punya cari punya cari, akhirnya aku dapat..mungkin tak 100% yang aku inginkan, tapi dah cukup bersyukur dah..


ini merupakan pelamin yang tak berapa pelamin sangat..erm senang cerita ala2 tempat duduk indah gitu..pelamin biasanya ada pentas lampu2 bagai apa semuakan..tapi walaupun tak ada pentas apa semua, aku suka sangat2 dengan 'pelamin' ni..simple but nice   tuan punya badan dah suka nak cakap apa lagi kan..


ini pulak pelamin di rumah aku tanggal 20 Februari 2010..bertemakan gold+yellow..aku paling suka pelamin ni..sedara mara sepupu sepapat pun suka hinggakan ada antara mereka yang bagitahu pelamin ni ala2 macam dekat hotel je gahnya tu..huhu bangga terawang2an sekejap aku kala tu..ye la tak sia2 aku dok surf merata tempat nak cari design sebegini dan kena extra rm200 pulak semata2 nak guna panel ni..aku tahu sekarang ni dah ramai sgt yang guna pelamin panel camni, erm tak kisahlah..janji aku suka..cuma 1 je la,sebenarnya yang bunga tengah tu aku nak yang ala2 bunga hidup sekuntum sekuntum sekuntum sekuntum gitu..


dan ini pulak merupakan pelamin indah di atas pentas terbuka di majlis bertandang pada 10 April 2010 yang lepas..pelamin ni bertemakan turqouise+putih..erm lebih kurang samakan dengan pelamin kat rumah aku? ye memang sama sebabnya mak andam ni tak ada design lain je aku tengok..dia bagi cuma 3,4 gambar contoh pelamin..dalam 3,4 yang ada hanya design camni je la yang menarik perhatian..mulanya aku tak terperasan cam sama dengan kat rumah aku..sekali masa ayah dan abang ipar ku ke Program Sakinah di rumah pihak lelaki malam sebelum majlis bertandang, diorang bagitahu sama..erm sama pun sama la..janji hati dah suka

so..camne dengan pelamin impian korang semua?


kisahadique : kita kahwen sekali je kecuali aku 2 kali..huhu sebabnya gap rumah aku dengan rumah en.rizal lebih kurang sebulan lebih so aku rasa kahwen dua kali la jgn salah paham plak...dan buat korang kat luar sana, buatlah pilihan pelamin impian yang terbaik ..jangan dah lepas kenduri baru nak menyesal...

date Sunday, April 18, 2010

Majlis Persandingan pada 20 Februari 2010
disolek oleh Kak Chomel..busana bertemakan gold+cream+yellow..

Majlis Bertandang pada 10 April 2010
disolek artist style oleh Amy..busana bertemakan black+silver

apakah bezanya?

date

ini bahagian terakhir...

alhamdullilah berakhir sudah majlis bertandang ke rumah ibu dan bapa mertua yang telah diadakan di Felda Bukit Tongkat..majlis yang pada mulanya dirancang simple but sweet telah meninggalkan 1001 kenangan dan boleh dikatakan agak meriahlah juga majlis tersebut..aku bersyukur sangat2 akhirnya majlis kedua belah pihak selesai tanpa sebarang masalah dan paling penting, syukur sangat sebab cuaca baik...alhamdullilah   dikesempatan ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingganya pada mereka yang terlibat semasa majlis ni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung..memanglah depa tak baca belog aku ni tapi aku tahu Allah maha memahami..dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka semua...amin

left to right : ayah yg hensem, ustaz zahari yg sporting, kakakku yg kononnya comel dan emak tersayang..

ini dia abag-ipar-yg-macam-dah-terer-sket-amik-gambar-pakai-kamera-mahal...

la..ada lagi gambar kakakku ni..dan fatin a.k.a puteri bongsu kesayangan kami..

ini antara sebahagian sedara mara yang baik dan sudi hadir  

hanya sebahagian saja gambar2 mereka yang banyak membantu aku dapat aku selit kat belog ni..cari cari tak jumpa cari cari tak jumpa..takpe la tak jumpa pun janji ingatan aku pada mereka tak aku lupakan..terima kasih juga pada photog terbaek dari ladang, en.katok, en.arba dan en.gila aku tak sabar menanti gambar2 terbaek dari mereka..diorang ni en.rizal import dari shah alam dan aku tahu hasil kerja en.katok memang terbaek dan untuk pengetahuan semua, ekceli en.katok ni aku dah booked utk majlis kat rumah aku, tapi tak kesampaian sebab pada masa yg sama dia pun buat majlis kahwen di rumah dia..

dan ini sedikit luahan perasaan aku...buat mereka2 yang tidak dijemput ke majlis bertandang ini, aku mohon maaf..bukan sebab terlupa atau tak ingat atau apa pun..cuma kita ni bertandang ke rumah org, majlis org, takkan la kita memandai nak menjemput tok nenek cucu cicit bagai satu kampung naek satu kontena serang kan..kami tak jemput bukan bermaksud kami lupa, kami tetap ingat cuma keadaan saja yang tidak mengizinkan..dan harap pihak2 berkenaan berhenti menyebarkan gosip yang hanya menambahkan dosa korang je..lagipun 2,3 hari ni aku rasa macam dah berat je, mungkin berat pahala kot..kami sendiri tidak menyalak kalau tidak dijemput ke kedah ke penang ke kelantan ke terengganu ke (sebahagian saja disebut)..kami kewl saja..kami relex saja..sebab kami tak heran dengan tu semua.. sebab kalau setakat pergi tempat2 tu semua, alaa mak ayah kami masih mampu nak bawa kami ke sana..

dan lagi satu, ni betul2 luahan perasaan marah tahap gaban... mak ayah aku hantar anak2 dia belajar jauh mana sekali pun, luar negara ke dalam negara ke sikit pun tak pernah minta duit korang tau..jadi kalau anak2 mak ayah aku tanak hormat pun peduli apa korang...korang sendiri tak pandai nak hormat kami, buat apa kami nak hormat kat korang?? konon2nya kami ni tak hormat org tua sekali pun, kami sekeluarga tak pernah minta sedekah nak pinjam duit korang tau..susah2 kami pun, kami usaha sendiri..susah senang kami selama ni pernah korang semua tahu?? tak pernah kan?? so...KORANG DIAM...!!

terimalah.....

kisahadique : maaflah ye..teremosi sikit...biasalah musim panas2 macam ni emosi memang sering terganggu sket...so kengkawan semua, enjoice!

date Friday, April 16, 2010

part 3 disambung...

usai bergelek berzapin, kami pengantin manis dijemput menjamu selera di dewan rakyat makan..perut dah berkeroncong minta diisi makanya peluang yang ada aku tak akan lepaskan..tapi dalam hati aku dok terfikir je tau..kalau aku makan banyak2 malu tak ek..kalau aku nak tambah nasi nanti photog marah tak ek..haha inilah akibatnya kalau tak makan dulu sebelum nak bersanding..


suka tak dengan decoration dewan makan ni? ala cakaplah suka...hehe aku suka sangat2 tau..nampak betul2 menarik, gah dan cantik..ishh ni la impian aku makan dekat tempat tertutup dalam dewan dan dilayan bagai permaisuri..dan yang buat kami tak tahan ialah udang panjat nenas betul2 depan mata kitorang..uisshhh makcik timah ni cam tahu2 je kami berdua ni hantu udang...opss hantu udang?? semua ok makanan pun ok lauk pauk pun ok acar mak mertua buat pun ok..tapi ada satu je tak ok la..huhu en.rizal kalau baca ni jangan marah eh...erm yang tak baper ok adalah air keladinya..uwaa memang tak layan langsung tatkala makan nasi minyak bersama lauk pauk yang sedap disertakan air keladi...ada setuju?


cupcakes impian en.rizal..dia yang pilih deco sendiri, dia yang pilih warna tema sendiri, dia yang beli sendiri, dia yang jumpa tokei cupcakes ni sendiri, dia yang bayar sendiri, bak kata segala2nya dilakukan sendiri oleh en.rizal..dan kesudahanya dia sendiri yang berpuas hati..pape pun terima kasih banyak2 kat kak alice dengan cupcakes 60+1 ketul yang comel ni..betul2 mengikut tema dan membuatkan sedara mara aku sepupu sepapat dah tak sabar nak mengap cupcakes ni..


musim mengawan kahwen sekarang ni kan ramai yang layan cupcakes je untuk wedding cutting cake ceremony, termasuklah aku..tak main la nak dok potong2 kek 7,8 tingkat tu..bukan kek betul pun yang lelain, dummy je kan   maaf2 terlajur menaip, jari tak ada otak..erm pada aku macam leceh je kek2 tu sekarang ni..kalau guna cupcakes senang je..main suap2 masuk mulut sendiri pastu dah setel leh bagi dekat sedara mara sorang satu..kan setel..kalau kek tu nak kena potong2 la nak kena piring la sudu la apa la ini la kan leceh dan tak berapa praktikal sangat kan..tapi....................cupcakes juga mudah diCURI!! malas nak cerita buat sakit hati....disebabkan cupcakes mudah dicuri maka kami menempah lagi cupcakes dari kak alice..wahh macam dah jadi regular customer kak alice je...hehe leh dapat diskaun la pasni ek?


kemudian kek diberikan dari meja ke meja..harap2 mereka semua suka dan teruja dengan cupcake tu..cantik, menarik dan tertarik tau..kalau ada sesapa nak order bagitau la..nanti leh tolong riki2kan kak alice tu erm kalau ada anda2 di luar sana yang berminat, leh la ke belog kak alice ni..cupcakes ni fresh homely make,100% halal serta baek punya service! here cuppacakeblicious..korang pasti tak menyesal..bukan rupa cupcakes saja cantik, tapi isi dalam pun cantik dan sedap...



usai makan sedap kami semua diarah keluar dewan dan bergambar berposing sakan...dan untuk pengetahuan semua, belah pengantin manis ni, cuma dapat amik gambar dengan mak dan ayah je..dengan kakakku, dengan sedara mara yang lain tak ada pun..yang ada pun ni yg kat atas ni...gambar beramai2..erm tak kisahlah..janji ada juga gambar sedara mara mereka ini yang banyak membantu kami selama ni..mak pun ada cakap...yang hadir ke majlis bertandang ni kebanyakan mereka2 yang bekerja keras sewaktu maljis di rumah aku bulan Februari aritu..makanya mereka ni orang kuat tahap gaban, tanpa mereka semua tak tahu la macamana kan..terima kasih banyak  

sambung lagi di bahagian terakhir..part 4

date


kami dah masuk ke kawasan khemah dan kena duduk dulu dekat depan pentas terbuka-sambil-menahan-rasa-panas-ketiak-basah untuk menyaksikan beberapa persembahan..seperti yang dimaklumkan oleh bapa mertuaku, persembahan tersebuat adalah tarian rodat..gulp! korang pernah dengar ke apa tarian rodat tu? ok nanti aku tanya en.google eh apa tarian rodat tu ye...ehh sekejap...manis la pengantin perempuan tu    


ini dia tarian rodat..beberapa kanak2 ribena remaja perempuan sedang menari mengeliling api sesama mereka sendiri mengikut paluan kompang yang meriah-tanak-berhenti...erm kacang gila cara diorang ni menari tau, kalau suruh pengantin manis ni menari rodat ni, confirm dapat A+ tau..
Tarian Rodat terkenal di Negeri Terengganu. Tarian ini pada mulanya ditarikan di istana sahaja. Dahulu tarian ini ditarikan di atas tilam dengan berdiri lutut sahaja. Tetapi ianya sekarang ditarikan di atas pentas. Para penari Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa rebana. Kumpulan kedua dikenali sebagai pelenggok. Dua kumpulan ini berganti-ganti menarikan tarian ini. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong.

selesai berodat, kami pun naiklah ke pelamin yang indah itu..nampak macam gah pulak kan..opss aku bukan nak membangga diri puji memuji ni eh..aku cakap berdasarkan pandangan mata aku sendiri..ye la pelamin semua mengikut warna tema turqouise+putih, khemah pun sama, dewan makan pun sama, mak & pak mertua dengan adik2 ipar serta pengapit semua pun turqouise+putih, so bila pengantin manis ni datang dan duduk di pelamin dengan busana hitam silver, perghh jadi gah dan hebat!


tengoklah dan bagi pandangan anda semua..kalau tak suka ke menyampah ke itu pandangan mata korang sendiri..ye la mata kita ni mana nak sama pandangannya kecuali kita semua ada 2 bijik mata..huhu tapi mata aku lawa sket la sebab warna brown...haha    ada yang dah sediakan plastik sebab nak muntah hijau..


mak dan ayah pengantin perempuan yang manis sedang menepung tawar...ishh oboy ni sabotajlah...ada ke dia tutup muka pengantin lelaki dengan kipas..ni mesti dia kipas diri sendiri ni tau...mentang2lah atas pentas tu panas tak ada kipas, dia mengambil kesempatan mengipas diri sendiri eh...

en.rizal sedang dipeluk oleh ibu mertuanya..

pengantin manis sedang dipeluk oleh emak..
psstt mak..panas eh mak?

ayah sedang menepung tawar..ehh tapi kenapa bukan tangan pengantin pulak yang ayah tepungkan ni?

bapa mertua memeluk menantu bongsunya, en.rizal..

kemudian kami dihiburkan dengan persembahan zapin yang cukup bertenaga sampai ada ketikanya aku rasa macam nak join je diorang menari..aku ni kan walaupun dah duduk negeri johor ni dekat berpuluh2 tahun, tapi sikit pun tarian zapin aku tak tahu..serius aku memang tak tahu dan buat pengetahuan semua, en.rizal ni terer berzapin tau..dia sendiri pernah wakil (ishh lupa la wakil sekolah ke kluang ke uitm ke??)..  

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
bersambung di Part 3..

date