semalam last day Pikom PC Fair @ Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang atau lebih glamer dikenali sebagai Dewan Tasik Kluang..dewan ni selalunya kalau ada family yang duitnya lebih sket, mesti wat majlis resepsi anak2 dia kat sini..erm aku tak mampulah, cukuplah buat kat Banglo Hj. Alel jek..haha Banglo Ku Syurga Ku..

erm niatnya nak pegi PC Fair dengan en.tunang sabtu pagi sebelum gerak ke BP, tapi en.tunang tu lewat 5 jam dari masa yang sepatutnya..OMG! 5 jam? iye..5 jam makcik menunggu en.tunang tau..nasib baik BIL aku pegi beli daun terup, leh la kitorang dok main judi poker jap..hilanglah sikit rasa geram pd en.tunang tu..ekceli dia ada hal yg memang tak dapat nak dielakkan, tapi..ye la, kitorang ni nak jumpa pun 1,2 bulan sekali, bila dia dah balik ni, nak la jumpa lama2..ishh ishh...last2 tak pegi pun PC Fair dengan en.tunang...kitorang keluar terus gerak ke BP dan menuju ke Prima Moda BP..erm pasal deting ke BP dgn en.tunang nanti episod lain aku citer eh..

ni nak cerita apa yg aku beli dekat Pikom PC Fair..aku kuar rumah dengan Atikah dan Amira lebih kurang kul 2 pm, dan niat dari rumah HANYA nak beli mouse dan bluetooth..2 tu jek tau, tanak cari benda lain..ye la sekarang ni nak kena berjimat cermat..erm penuh gila umat manusia yg datang masa tu..ye la kan last day, so ni la peluang diorang nak shopping, ada rezeki leh bargain gila2 punya hargakan..

masuk2 je aku nampak mouse impian aku..tengok harga rm25..aku nak je amik, tapi Atikah cakap jalan2 dulu..so jalan2 nampak lagi jual rm25, ish tak leh jadi ni..aku dah pegang2 nak bargain ke rm20, tapi tak dapat plak..so, aku letak dan jalan2..sekali jalan nampak ada kedai jual rm20..lala besh besh..aku tak amik sebab mengharap ada yg lagi murah..sambil jalan2 aku nampak bluetooth rm18 dan rm 15..aku tak amik sebab nak pusing2 dulu..tengah2 pusing tu aku nampak banyak yg jual USB Fan..ishh geramnya..last last tanpa berfikir panjang walaupun kipas tu bukan masuk dalam list aku, aku beli...harga rm15, aku bargain minta rm13 dan apek tu bagi rm12...hehe

pastu aku pergi kedai jual mouse, beli yang harga rm20..pastu nak cari kedai jual bluetooth rm15 tuh, tapi tak jumpa..sambil2 jalan aku ternampak kedai jual refill ink yang senang je nak refill, tak payah nak inject2 lagi sampai mencacatkan mengotorkan tangan..! aku teruja dengan easy proses yang diterangkan..tanpa berfikir panjang, aku beli, rm60 for both, maksudnya refill black dan colour..dalam black ada 3 set dan colour ada 2 set..hehe..pas dah beli tu, 2 minit aku tersedar aku dah beli lain dari yang dirancangkan..huhu...tanak menyesal dikemudian hari, kitorang terus keluar dan balik!

dan pagi ni tadi aku try refill ink colour aku yg dah dekat 1/2 tahun kering kontang..tatau la leh guna lagi ke tak, tapi cuba2 gak sebab terlalu excited dan akhirnya alhamdullilah leh guna lagi..syukran =)

ni stepnya..keluarkan catridge colour dan bukak stiker dia seperti no 2 tu..masukkan dalam bekas dan tutup dengan penutup yang ada 3 line lubang..pastu drill dengan skrew yang disediakan, bila dah siap bukak penutup yang ada lubang tu dan no 5 tu dah nampak kan 3 line lubang tu kan..erm pastu amik penutup yang ada jarum seperti no 6 dan tutup kat catridge tu..

penutup yang berjarum tu ada warna2 sebagai guide pada yang buta IT macam aku ni..huhu butalah sangat kan =P erm nampakkan kedudukan warna cyan, magenta dan yellow kan..just masukkan je refill tu pada lubang2 yang disediakan..

contoh magenta..haha aku salah spell la kat gambar atas tuh, tapi abaikan aje la..sila perhatikan no1, penuh lagi refillnya, no2, warna dah mula turun dan no3 & no4 dan kosong dah...senang dan kejap je tau, tak sampai 5 minit pun dia refill...ishhh syabas sajan sahab!

ni yellow colour, my favorite! stepnya sama je dengan yang atas tuh...

dan yang last, warna cyan..stepnya pun sama macam dua warna di atas...

bila dah siap refill semua, keluarkan catridge dari bekas, pastu tampal semula stiker dia dan install semula ke dalam slot kat printer tu..erm memula colour tanak kuar gak, ye la dah lama kering kontang kan..so, aku dok cleaning head printer banyak2 kali, dan kesudahannya, pengeluaran duit sebanyak rm60 untuk refill ni semalam langsung tidak membazir!

erm cubalah tengok mouse aku kat atas ni..sangat cantikkan? dia ada rainbow colour..erm rainbow ada berapa warna murid2? erm ada 7 cikgu! ye betull...makanya, mouse aku yang cantik warna putih suci mengeluarkan kentut warna yang pelbagai...yang aku snap hanya 3 dari 7 warna yang sepatunya..biarlah tak berbrand macam kawan aku yg sorang tu siap berbluetooth mouse dia siap beli online lagi, janji aku puas hati..yang penting apa? KEPUASAN!!

date Monday, November 30, 2009

0 kisahadique.. to “Pikom PC Fair 2009 @ Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang”

Leave a Reply: