Showing posts with label cardiff. Show all posts
Showing posts with label cardiff. Show all posts

kami sekeluarga sedang menghitung hari menanti kepulangan 3 bidadari kecil ini..walaupun tak sampai 2 minggu, kitorang semua dah tak sabar dah..bayangkan 4 tahun diorang jauh dari kitorang..erm 4 tahun sanggup kitorang tunggu, takkan tak sampai 2 minggu pun tak sanggup kot..sabar sabar..

kisahadique : erm acu nak kena asah lidah ke bagi pandai cakap omputih dgn bidadari 3 org tu?

date Friday, December 10, 2010


rasanya hampir 2 tahun aku tak ketemu dengan lil' nieces aku ni..last aku ketemu mereka Disember 2008..tak silap alifah baru 8 bulan dan tahun ni dia dah 2 tahun lebih..si alisya plak dah jadi anak dara cun je dan aliyah still maintain cute! bila aku nak jumpa diorang lagi pun wallahualam..tapi dlm planning along sekeluarga mungkin balik hujung tahun ni..kalau tak silap, kak long bgtau nak balik lepas Boxing Day..

video kat atas ni my lil' nieces tengah main buai kat taman..erm tak sure aku penah jejak ke tidak kat taman ni..yang buat hati aku sayu je bila dengar si alifah dah pandai cakap..aku sangat2 curious camne la budak se kecik alifah tu leh speking omputih dan pandai menyusun ayat..ishh ajaib sungguh..tapi jangan nanti dia jadi macam aliyah yg dah tamau cakap melayu sudah la eh..aliyah, acu nak pesan ni..Bahasa Jiwa Bangsa!

it's ok..yang penting aku tetap rindu depa bertiga..rasa tak sabar sangat2 nak gomol2 dengan diorang ni..erm nampak gaya raya tahun ni kita still tak dapat spend bersama2 lagi..takpe la insya Allah tahun depan kita together2 eh...duet raya pun postponed tahun depan tau..

date Monday, September 6, 2010

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

date Thursday, February 11, 2010

baru semalam aku bagitahu kat Fatihah yang aku rindu sangat2 kat Alifah anak sedara aku yang jauh di mata tu..huhu tetiba je sebenarnya rasa rindu ni datang..aku terbayang2 je muka gembeng dia menangis meraung2 sebab kena tinggal dengan aku, ye la mama dengan papa dia pegi keje kan..tak pasal aku memalam dalam rumah kena pakai tudung..huhu anak sedara sapa la tu kan..tapi yang buat aku rasa sedih sangat2 bila sehari sebelum aku nak tinggalkan mereka di Cardiff tu, si Alifah tu leh baik mesra dengan aku, bila aku dokong pun dia relex je gelak ketawa suka2..grrr 2 minggu lebih aku dok sana dia tamau main2 dengan aku, aku dah nak balik baru dia nak eh...

dan aku suka sangat2 entry mySIL hari ni, sebab ada gambar anak sedara aku yang mentel tu..rindu aku datang lagi..tengok muka dia yang comot makan kek coklat buatkan hati aku sayu je..bilalah aku leh jumpa dak mentel ni lagi kan..aku berdoa agar along aku cepat2 balik la..dah tak sabar nak jumpa anak sedara aku yang comel macam sapa pun tatau..agak2 dia balik sini nanti dia sombong tak ek..dia kan anak cardiff :)

sangat comel kan budak mentel ni...hehe geram sangat2 sampai rasa cam nak cubit2 nak gigit2 dia tau..masa jumpa dia dulu aku lupa la dapat gigit dia banyak2 kali ke tak..hehe..walaupun aku dok citer pasal dak mentel ni je, aku tetap rindu pada dak 2 orang tu, caca dan yaya..tadi pun aku baru dok cakap2 dengan mak..tak sangka tahun ni si yaya tu nak masuk 5 tahun..ish rasa tak puas dulu dok main2 dengan dia masa dia baby2 tau..yang caca tu tak usah nak citer..dah besar panjang umur 7 tahun this year..macam en.tunang aku bgtau, sungguh cepat masa berlalukan..

date Sunday, January 17, 2010


rindu kat anak buah aku datang lagi...erm aku tahu permintaan aku ni agak extreme dan tak mungkin ditunaikan atas alasan yg macam2, cuma kalau boleh aku nak request kat along aku..aku harap sgt2 dapat ditunaikan tapi kalau tak dapat nak ditunaikan, nak buat camnekan..kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan segala2nya..macam hidup aku ni lah, sebelum ni dah banyak yg aku dah rancangkan, tapi? aku dapat yg sebaliknya..camne sekalipun aku tetap bersyukur atas segala2nya...huhu

along, kalau boleh baliklah masa adik nikah nanti..

date Thursday, December 24, 2009

ni sambungan Setahun Ke Cardiff Part 1 tuh ye..erm kalo ikutkan tarikh hari ni, 9 Dis setahun yang lepas, aktiviti hari ni aku cuma dok ikut kak long aku hantar caca dan yaya ke school dan pergi kedai dekat rumah..erm apa ek nama kedai tuh aku dah lupa..yang aku ingat, ada sekor anak anjing yg gila babas tak comel suka sangat nak follow aku sampaikan aku menangis sebab ketakutan..haha kak long aku siap dengan selambanya masuk dalam kedai, tapi aku dok nangis takut kat anjing..pastu kak long dengan pak gad tu tolong..haha sengal tul..tak amik plak gambar anjing tu kn =P

erm aku pernah ceritakan anak buah aku yg kecik tu, alifah tak suka gila kat aku kan..haa tarikh ni la yg masa kak long hantar dak 2 orang tu, si alifah tinggal dengan aku dalam kereta, pastu dia jerit semahunya..grrrr sangat teruk anak buah aku tau...!

erm seminggu tarikh ni rasanya tak buat apa kot, juz ulang alik ngikut hantar anak buah aku ke school..aku pun dok ikut la..masa hantar aliyah ke school, aku siap masuk dalam kelas dia tengok camne dia dalam kelas..perghhh manja gila tau dia dgn teacher dia...aku suh dia ambil gambar dengan teacher..erm tengok la gambar dia tersengih cam kerang busyuk tu..hehe tapi aku sangat respect la kat 2 anak buah aku tu, ye la, pandai gila berkawan dengan mat saleh, berbahasa omputih, sekali sekala cakap Welsh..aku sangat kagum arr...aku sendiri ternganga jek dok tengok diorang berskipping berspeaking...

erm aku tak dapat nak share banyak2 pengalaman aku utk hari ni sebab aku perlukan tidur yang lena malam ni untuk mendapatkan mimpi yang SANGAT indah seperti malam semalam..dan sebelum tidur, aku nak minta maaf atas kesalahan aku pada semua org dan aku akan cuba utk memaafkan kesalahan org lain pada aku..erm jujur aku cakap, aku boleh maafkan orang, tapi aku tak boleh nak melupakan...

kisahadique : aku hanyalah insan yang tidak sempurna...

date Wednesday, December 9, 2009

hari ni 5 Disember 2009 genap setahun aku balik dari London + Cardiff apa sume...entry kali ni kita back to past di mana aku akan mengimbau kembali saat2 manis aku berangkat ke bumi British yang tak pernah pun aku jejakkan kaki selama ni..yang membuatkannya bertambah manis apabila aku terbang jauh beribu2 batu ni, SEORANG DIRI..ye aku ulang sekali lagi, aku terbang ke bumi British tu ALONE!

erm memula plan pegi dengan mak ayah, tapi diorang tak jadi sebab bulan 12 kan musim hujan dan takut banjir ke apa plak kat Malaysia ni..tup tup tak pikir panjang (aku merajuk masa ni...) aku terus cakap dgn ayah aku nak pegi tempat along..dah nama pun ayah yang baik, superb, penyayang, ayah sponsor tiket pergi balik aku KL-London-KL dan duit belanja GBP100..terima kasih sekali lagi kat ayah =)

pagi 5 Dis, Jumaat, lebih kurang pukul 7 pagi, en.tunang yg setahun lepas memegang title en.bf, menghantar aku ke KLIA..jalan ke sana tak berapa sure, tapi kitorang redah jek..flight aku kul 10 lebih rasanya so utk international flight ke check-in 2,3 jam awal kan..so kul 7 pagi aku dah gerak dari puchong prima..

gambar atas ni masa aku tengah queue nak check-in..ekceli ni 1st time sorang2 nak check-in so aku tersasar semasa berbaris..aku berbaris dekat setengah jam di lane orang2 nak ke korea ke thailand ke japan ke apa...haha tu la mulut berat nak bertanya...padan muka!

pas dah setel check-in apa sume, dah timbang bagasi yg ngam2 19kg, dah lega tak sangkut pape, en.tunang a.k.a en.bf, bawa aku breakfast kat cafe kat floor bawah..beli sandwich ayam dengan air mineral evain yang berharga rm10 sebotol..bapak mahal!! aku tak makan heavy sebab takut perut wat hal masa dlm kapal terbang nnt..

erm pas dah setel makan2 apa sumer aku pergi ladies utk membuang segala2nya sebelum berlepas..ye la tak sanggup la nak melepas dalam toilet kat atas awan tu..huhu..sebelum pegi ladies aku dah pesan kat en.tunang suh amik botol mineral evian tu bawak balik sebab mahal..tup tup pas kuar ladies kitorang terus gerak dan sekali tengok dia lupa nak amik botol tu..huhu sedih tahap gaban skit la..dah la air ada lagi separuh kot..tak pe la bukan rezeki..

dah tiba masa utk aku ke bawah...masa dah time..sedih gak la sebab nak meninggalkan en.tunang kurang lebih 2,3 minggu..huhu ada sesuatu gak la yang keluar dari mata aku..sob sob bye sayang...

perjalanan KL-London lebih kurang 14 jam..aku tak watpe pun dlm flight MAS tu, tido-makan-sudoku-radio-weewee-tido-makan-sudoku-radio-weewee dan akhirnya Alhamdullilah, tiba di Heathrow..erm tba kat Heathrow petang rasanya tapi tgk kat luar dah gelap semacam...grrr aku dah menggigil masa nak turun flight sebab tak tahu pape..tapi aku lega sket sebab ramai umat 1Malaysia..hehe kalo tak pandai tegur je sesapakan..dan aku memang tegur maksik ni yg jenjalan ke london dgn anak beranak dia..dia yg tolong aku, teman aku..terima kasih makcik =)

gambar kat atas ni snap by along's camera...kesian anak sedara aku, si alisya tu dok melepek je dia menunggu aku..dengarnya lama diorang menunggu aku..huhu..dan fyi, rupa2nya aku ni 1 flight dgn Tan Sri Shahidan Kassim mantan MB Perlis, dengarnya dia ke london tu utk beraya bersama2 mantan mufti Perlis, Dr Asri tu..tak perasan pun =P

gambar2 kat atas ni sumer snap kat luar Heathrow Airport..huhu sangat2 sangat2 la sejuk...aku jadi naga tau, keluar asap dari mulut...argghhhhhhhh nganga luas2...hehe..tiba kat sana, along dah siap bawakkan aku winter coat dgn glooves..sejuk sehh...

erm pas dah puas along ajar camne aku nak balik nnt sorang2 ke Heathrow Airport tuh, kitorang tunggu bas nak ke Cardiff...perjalanan lebih kurang 2 jam lagi...ish ish..masa menunggu bas ni aku dah start pening dah..ye la tukar cuaca, tukar masa atau nama lainnya, JET LAG...tapi demi jumpa anak2 sedara tersayang, aku gagahkan juga..

kisahadique : sok sambung lagi eh..fyi, aku leh ingat hampir 90% apa yg aku buat, jadi, pergi ke London+Cardiff setahun yang lepas tu, HEBATKAN =) erm dan satu lagi, aku tahu dah berulang kali aku dok cerita pasal cardiff ni apa sume, aku bukan nak cakap besar ke berbangga diri ke apa ke sebab dapat pegi London tu, niat aku cuma 1 jek, nak kongsi pengalaman aku dan pada aku bila aku ceritakan kat sini, aku sendiri tak akan lupa kenangan manis tu pada masa akan datang..dan aku tahu ada yg jijik, bosan, menyampah, busuk hati bila baca entry aku ni, aku tahu..tapi lantaklah, ni blog aku!

date Saturday, December 5, 2009

esok merupakan hari kebesaran seluruh umat Islam di dunia..kita, satu dunia akan bersama2 menyambut kedatangan Aidil Adha atau nama lainnya, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji..ada sesetengah negeri kat semenanjung ni yang tak berapa sambut raya haji ni, sebab mereka lebih mengutamakan hari raya aidilfitri..dan ada sesetengah negeri plak yang sambut raya haji ni secara besar2an..bagi aku sekeluarga, tak kira raya aidilfitri ke raya haji ke sama je kemeriahannya..mak akan tetap sibuk di dapur, akan mula menyanyi riang dan lantang, ayah sibuk ke sana ke mari mencari lembu yang hilang..tapi seperti tiga tahun yang lepas, sambutan raya kami tetap ada kekurangannya...kami kekurangan along dan keluarga =(

erm buat pengetahuan semua, raya haji tahun lepas aku sambut di cardiff..ni lah sekali seumur hidup aku beraya di perantauan, jauh beribu batu2..sob sob sob..sedih sedih gak tapi kurang sket la sebab terhibur dengan 3 org gepren aku tuh..hehe malam raya kawan2 along aku datang bertakbir kat rumah..sangat syahdu tau, teringat kampung halaman, apa la mak dengan ayah tengah buat masa tu kan..hehe pas kawan2 along dah balik, aku tolong along dok siang2 sayur sebab kak long kena masak kuah lodeh utk dibawa ke dewan sempena sambutan raya haji bersama2 pelajar dari malaysia..

gambar kat atas ni la 3 orang gepren aku...grrr macam2 perangai diorang ni tau..ada yg mudah tersentap, ada yg tak suka aku, ada yg sayang sangat kat aku, ada yg garang, ada yang manja...hehe tak kisahlah macamana pun perangai diorang, aku tetap sayang kat diorang! gambar kat atas ni la yang kitorang sambut raya, apa ntah nama dewan ni aku tatau la..diorang semua berkumpul, bertakbir, sembahyang raya dan ada makan2..perghh gila ramai tau rupa2nya students malaysia kat cardiff ni..ni pun agaknya separuh kot..pape pun, aku rasa syukur sangat2 masih dapat menyambut raya walaupun jauh di perantauan..

erm kejap je masa berlalu..kalau ikut bulan islam, dah setahun aku selepas menjejakkan kaki ke bumi british tuh..tapi kalau ikut bulan tak islam, bulan depan baru cukup setahun..walaupun setahun, aku rasa cam sekejap je masa berlalu, rasa tak puas pun bermanja dengan gepren 3 orang tu, walaupun hampir 3 minggu dekat cardiff rasa macam tak cukup jek...tak kisahlah, ada rezeki aku teringin gak nak honeymoon kat sana, nak bawak en.tunang pegi stadium tgk MU lawan..diakan kipas-susah-mati MU..!

erm macamana sekalipun, yang penting sekarang kita raya dulu...sesapa yang balik kampung tuh, drive baik2 jangan laju2, jangan terkorban plak sebab sok hanya binatang berkaki 4 yang boleh dimakan sahaja akan dikorbankan dan, kami sekeluraga akan tetap setia menanti kepulangan along sekeluarga..tak lupa gak buat kak adie yg ada kat denmark tuh..

SALAM AIDILADHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

date Thursday, November 26, 2009



aku sangat rindu pada budak kecik ni...kalau boleh sekarang ni jugak aku nak terbang ke london jumpa budak kecik ni..dia dah besar sekarang tau, dah pandai merajuk, mengadu kat mama n papa dia, dah pandai gaduh2 dgn kakak2 dia..hehe sangat comel..dan yang paling penting, dia dah pandai cakap omputih..ishh jeles tau acu!

kisahadique : erm bila la berkesempatan nak pegi london lagi kan..erm kalau honeymoon kat london ok tak?

date Tuesday, November 17, 2009




disebabkan menerima panggilan jauh kul 2 pagi tadi, so aku nak share lagi sekali kenangan di UK..kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila2..kenangan yang akan sentiasa terpahat di hati aku..bayangkan aku sanggup redah lautan api, merentasi onak dan duri, terbang beribu batu semata2 untuk melawat kesayangan aku di sana..yang paling aku sendiri tak sangka, aku melalui tuh semua seorang diri.. erm betul org cakap, selama ni, pengalaman mematangkan kita, menjadikan kita semakin berani..tapi boleh tak kalau aku cakap, aku sebenarnya kat tempat sendiri ni pun takut kalau jalan sorang2?? hahaha

date Saturday, October 31, 2009





cardiff in memory..ekceli ada lagi satu frame ni tau tp blogger.com ni since semalam cam masalah jek..aku nak add image pastu dia tak kuar2 pun..sebelum2 tak pernah pun mengalami masalah cenggini..ishh ntah pape jek..en. tunang aku ckp kena restart laptop dulu then baru okie..huh! aku kalo restart laptop ni jawabnya terus tido je la..

frame yang tak sempat nak tempek kat sini ialah gambar si dak debab a.k.a aliyah..ishh sayangnya tak dapat letak malam ni..tp insya Allah by tomorrow i will try my best to put aliyah's frame..

feel fun with this photo? your photo editing more fun and easy with photoscape..

latest : okeh gambar aliyah dah upload...!! enjoy!

date Thursday, October 29, 2009