bye..
hari sabtu kita jumpa eh
love and kissess :*


tarikh hari ni 16 Dis, 56 tahun yg lepas lahirlah seorang gadis comel, putih gebu yang diberi nama Ramlah binti Siman.. gadis comel tu tak lain dan tak bukan merupakan emak kesayangan aku, yang pada tahun ni, 2009, genaplah mak berusia 56 tahun dan menyambut hari kelahirannya..

dan tadi, genap jam 12 malam, aku, ayah dan 3 beradik (fatin, farhan dan ilham) bersama2 celebrate bestday mak..ekceli bukan mak je yg seprise, tapi kitorang pun seprise gak sebab tak tahu pun ayah dah standby belikan kek dengan bunga utk mak..huhu..aku baru plan ingt sok nak belikan mak kek, sekali ayah dah beli, save la..haha..

untuk emak tersayang..
selamat hari lahir yang ke-56 buat emak yang tersayang...adik doakan agar emak panjang umur, diberikan kesihatan yang sebaik2nya, dijauhkan daripada segala kesulitan dan dimewahkan rezeki..adik juga berharap agar mak dapat menjalani kehidupan bersama anak2 mak dengan bahagianya..adik nak mak sihat2, rajin2 pegi theraphy sebab hari bahagia adik tak lama lagi..adik harap sangat2 mak diberikan kesihatan yang sebaik2nya agar kita dapat bersama2 menanti hari bahagia tersebut..insya Allah..

adik tanaklah mak pening2, risau2, pusing2 setiap hari memikirkan persiapan hari bahagia adik tu..erm adik janji lepas setel segala kerja adik ni semua, adik akan kemas rumah, bilik dan buat segala persiapan tersebut..kita buat sama2 eh? dan adik harap mak bersabarlah dengan perangai adik ni..adik tahu adik 'berbeza' dengan along dan kakak, diorang ada segala2nya, tapi percayalah mak, kasih sayang adik pada mak tak pernah kurang sedikit pun..

mak, adik sayang emak sangat2 walaupun sebenarnya ada sesuatu lagi yg berat untuk adik luahkan pada emak dan adik harap satu hari nanti Allah akan beri adik kekuatan agar adik luahkan apa sebenarnya sesuatu itu..pape sekalipun, adik sayang mak sangat2..mungkin ni sambutan hari lahir terakhir aku sebagai anak dara mak yg masih dok gentel tek' mak, sebab insya Allah tahun2 selepas ni aku bakal bersama si dia insan tersayang..camne sekalipun, adik tetap tak kan lupa tarikh 16 Disember 2009 ni...!


PANJANG UMURNYA..PANJANG UMURNYA..PANJANG UMURNYA..
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

banyak keje aku still in progress atau kata lain banyak lagi keje yang tak siap! huhu bila nak setel semua keje ni??
DAN
tengah dok pulun nak menyaipkan keje2 yang kononnya still in progress tu, aku 'dapat' sesuatu yg bakal menggembirakan aku dan en.tunang..huhu

oh ye..guest book, kad jemputan dan penanda arah on their way...jeng jeng jeng tunggUUuuUUUuUUUUuuUUUu!!

Lihatlah langit di atas sana
Tersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran

Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya

Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niat ku untuk berpaling

Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu

Biar langit dan bumi meruntuh
Biar jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini

erm sebenarnya aku tengah serabut menyiapkan kerja yg aku risau ntah aku boleh siapkan dengan cemerlang atau tidak..dah la lappy ni makin lama makin moisturizer..aduhaii aku dah lemah ni..biarlah benda lain nak rosak, mouse ke kipas ke janji lappy kesayangan aku ni janganlah diapa2kan..hidup dan mati aku ni tau..grrr tapi kalau leh tanak pape pun yg rosaklah, semuanya amat bernilai bagi aku...

erm selepas dinasihatkan oleh en.tunang supaya banyak2kan bersabar dan dapatkan rehat yg secukupnya, makanya aku stop utk petang ni dan akan sambung lagi malam ni..sekarang aku dalam mode bergumbira di hujung petang ahad..petang2 ni makan megi sedap tak? muhahaha

oh ye...tadi dalam paper utusan ada cerita mengenai balasan yg tuhan telah turunkan kepada seseorang yang bernama Natrah kerana masa dia belajar dahulu dia telah buat 'jahat' pada 2 org kawan perempuan dia..masya Allah..Allah bayar cash terus kat dunia ni tau..tu yg aku bgtau kat entry sini, apa yg kita buat pada org lain, nanti Allah akan balas tau...takutnya aku..aku tanak jadi macam tu..aku yg kena macam tu ada la..huhu nnt bila senang, aku scan eh citer tu..

kisahadique : erm aku nak minta maaf pada semua kawan2 aku, saudara mara, adik beradik aku, termasuk en.tunang aku yg kalau selama ni aku banyak menyusahkan diorang..lebih2 lagi dengan adik beradik dan en.tunang...aku ni insan yang tak sempurna, banyak kekurangannya..tapi, aku merayu, tengoklah sedikit kebaikan yg pernah aku taburkan dahulu..dikenang sikit pun jadilah...

erm biasa dengar tak apa yang kita buat kat org, satu hari nanti Allah akan balas balik kat kita? mesti biasa dengar kan..benda ni dah selalu terjadi..kalau Allah tak balas cash kat dunia, kat akhirat nanti siapa yang tahu kan? erm kalau bukan Allah balas balik kejadian yang sama macam kita buat kat org tu, mungkin kejadian lain2 yg selama ni kita tak tahu kan..mungkin dulu kita pernah dengki org, mengata org, menjatuhkan maruah org, melaga2kan org, membenci org, memburuk2kan org lain depan org lain, tak semestinya Allah balas perkara yg sama macam kita pernah buat tu...mungkin Allah balas dengan tak mewahkan rezeki kita, tak kayakan kita, tak dapat kerja yg bagus2, tak pandai, tak ada org yg sayang, tak dapat tu, tak dapat ini dan sebagainya..

alkisah aku nak menceritakan sebuah cerita di padang pasir..seorang dayang yang cukup baik hati dan pandai menjaga diri..tapi sayang dia bukanlah jenis yang suka bercampur dengan org lain inikan pula untuk bercerita tentang hal diri sendiri.. pada suatu ketika, sesuatu telah terjadi pada si dayang ni di mana dia dihina, dimaki, dikutuk oleh saudara sendiri..hati dia sedih hanya tuhan yang tahu..masa dia diuji hanya Allah peneman diri, hanya Allah tempat bermohon kebenaran..saat dia keseorangan dan lemah, hanya Allah tempat dia melepaskan segala2nya..

si dayang selalu berdoa agar ditunjukkan kebenaran mana yang benar dan mana yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang tidak..siang malam dia menangis menyesali nasib diri..ada keluarga telah ditolak ke tepi kerana sudah tidak dipercayai lagi..ada saudara kandung sendiri, lebih suka mempercayai kata2 luar dari dirinya..dia redha dengan semua ketentuan Ilahi..dia tidak putus berdoa agar kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti..

si dayang juga sentiasa bersabar dengan apa yang terjadi..bayangkan saudara sendiri sanggup mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya..bayangkan! sepatutnya saudara sendiri yang berdiri di sebelah untuk menenangkan diri, tapi.. si dayang diam, si dayang terima semua ini dengan bertekad suatu hari nanti Allah akan tunjukkan siapa yang salah dan siapa yang benar..

manusia memang penuh dengan kelemahan diri..ada kala dayang tersenyum bila fikirkan sebenarnya Allah sudah turunkan musibah pada mereka yang pernah menghinanya suatu masa dahulu..tapi mereka yang sebenarnya tidak perasan kerana terlalu suka memandang kesalahan org lain tanpa melihat kekurangan diri...tapi astafirullah..dayang cepat2 beristifar agar dihilangkan rasa itu kerana yang lebih penting dia harus mendoakan kebaikan org2 tersebut dari memikirkan perkara yang tidak baik..

pernah terdetik di kotak fikiran dayang di kala hatinya terlalu marah dan sedih dengan apa yang terjadi kepada dirinya dan pada suatu hari, "apa yang pernah terjadi pada aku, dengan izin Allah, akan terjadi pada engkau, malah lebih teruk lagi.."

dayang menangis apabila apa yang terdetik di hatinya benar2 terjadi pada org itu..masya Allah, Allahhu Akbar, Allah Maha Besar.. dayang rasa berdosa dan menyesal kerana pernah terdetik mengharapkan perkara sebegitu kerana pada waktu itu dia terlalu marah..tapi, sesungguhnya Allah maha Berkuasa..Allah telah menurunkan perkara yang pernah terjadi pada dayang suatu masa dahulu kepada org itu..perkara yang hampir sama dan masya Allah lebih teruk lagi..ya Allah..engkau maha hebat ya Allah..

dayang beristifar di dalam hati dan memohon keampunan dan mohon agar org itu dijauhkan dari segala musibah dan masalah..dayang tak sanggup lagi melihat org itu ditimpa masalah kerana dayang terlalu menyayangi org itu..biarlah apa yg org tu buat pada dia, maki dia, kutuk dia, hina dia, jatuhkan maruah dia, burukkan dia di hadapan org lain..biarlah..itu urusan antara org itu dengan Allah..yang penting sekarang dayang harap org itu menyesali diri dan duduklah bermuhasabah diri dan datanglah kepada dayang memohon keampunan..tapi dayang tahu, bukan mudah manusia nak menjilat semula ludah yang telah diludahnya..biarlah..biarlah apa pun terjadi..yang penting, dayang terlalu menyayangi org itu dan mendoakan agar ada sinar yang bakal menghampiri org itu..insya Allah..
masya Allah..hebatkan dugaan yang diberikan Allah kepada dayang? erm aku takut sangat2 kalau perkara ni terjadi pada aku walaupun aku rasa macam pernah terjadi pada aku..hehe aku malas nak fikir sebab aku rasa semuanya dah selesai..lalala bolehlah aku tersenyum riang sikitkan?


Ya Allah, dengan izinMu
Telah banyak yang telah aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidup

Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta Hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar

Syukurku padaMu tuhan
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini
Jangan engkau lenyapkan
Jangan engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia erus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya..
kisahadique : kisah si dayang tu aku garapkan semula dari kisah dahulukala yang aku baca bukunya di library sekolah...apa nama buku tu aku rasa dah lupa sangat2 sebab aku baca tahun lepas..tapi aku still leh ingat segala2nya sebab cantik bahasa dalam buku tu...cuma bila aku dah garapkan semua, hehe kurang menarik jadinya...pape pun, macam biasa - yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..

Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts