Sebelum Bernikah

Kursus Perkahwinan
Isi borang
Surat Akuan Bujang (diri sendiri)
Surat Akuan Bujang (en.tunang)
Ujian HIV
Kad Jemputan Kahwin
Kos mendaftar
Banner
2x Bunga Manggar
2x Signboard & Bungga Manggar

Pernikahan

Baju Nikah
Derma Tok Kadi
Gelang (",)
Jamuan
Cenderahati
Bantal Nikah

Barang hantaran kepada hero
  1. sirih junjung
  2. buah-buahan
  3. cup cakes
  4. kuih bepang diraja
  5. ring bands / kek lapis sarawak
  6. handphone
  7. al-quran
  8. kemeja + slack
  9. perfume
  10. one set belt
  11. kasut
Barang hantaran kepada heroin
  1. Mas Kahwin
  2. Gelang & Duit hantaran
  3. Al-Quran
  4. Buah-buahan
  5. Kek
  6. Kasut & Handbag
  7. Perfume
  8. Handphone
  9. Tepak Sirih @ Innershine Brand
Khatam Al-Quran

Baju Khatam (tinggal nak jahit manik)
2x Bunga pahar (khatam)
Cenderahati tetamu
Jamuan

Majlis Resepsi

Jurufoto/Videografi
Laman web perkahwinan
Mak Andam
Pelamin
Payung
Dewan/Khemah
Jamuan
2x Bunga pahar (pelamin)
1x Bunga pahar (bertandang)
Kek Pengantin
Cadar Katil
Hiasan hantaran
Hiasan bilik tidur
Solekan Pengapit
Baju Pengapit

Cenderahati Tetamu

2000x Paper bag (1500x dulu)
200x Cinderella Box (VIP)
2000x Bahulu
2000x Nata de Coco
30x Bunga rozet
Cenderahati Kendarat (kain batik)
50x Cenderahati Saudara mara
50x Cenderahati Kawan2
20x Cenderahati Main Table

Hiburan

Kompang
Silat pengantin
Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA

Satu set sistem PA
DJ / MC

Bulan Madu

Lokasi Percutian
Tiket
Hotel
Duit juta-juta

etc-etc
Berinai - Tangan/Kaki
Bunga Tangan (fresh flower)
Bekas Renjis (M)
Pintu Gerbang
Spa
Manicure / Padicure


kisahadique : will be update day by day...

date Monday, November 30, 2009

tak salahkan kalau kita ada impian yang mungkin boleh kita perolehi hanya sekali seumur hidup? erm menjelang hari bahagia aku, aku banyak gak cari, mencari dan mencari sesuatu yang akan menjadi kenangan untuk aku..kalau ikutkan aku ni jenis 'tak kisah' je, sebab aku sedar kemampuan aku..tapi dalam sedar tu, aku masih ada impian yang aku harap dapat termakbul..kat atas ni antara design pelamin yang menjadi impian aku..gambar yang atas ni aku sedut dari blog/photopages mak andam seluruh malaysia..aku tak dapat nak credit kat mereka sebab aku tak amik add diorang, cuma aku betul2 suka dengan design pelamin tu...i adore u guys and thanx!
gambar yang atas ni plak aku snap dari rumah kenduri sedara belah ayah dekat jb..erm tak ingat apa nama taman dia tapi perumahan barulah dan agak menarik struktur pembinaan rumah2 kat situh..bumbung yang tak serupa bumbung semuanya =) erm kalau tak silap aku, pelamin sekarang memang design macam kat atas ni, kat tengah2 pelamin kain dilipat2 macam kipas dan ada bunga ditengah2...OMG! tapi pelamin ni agak penuh dengan bunga, aku tak suka sangat..aku suka sesuatu yg simple but sweets! macam gambar yg atas sekali yg pelamin warna putih tengah2 tu..

erm kena kumpul duit juta2 lagi ni...! untuk merealisasikan impian aku...erm along tanak tolong topupkan untuk adik ke?

date

semalam last day Pikom PC Fair @ Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang atau lebih glamer dikenali sebagai Dewan Tasik Kluang..dewan ni selalunya kalau ada family yang duitnya lebih sket, mesti wat majlis resepsi anak2 dia kat sini..erm aku tak mampulah, cukuplah buat kat Banglo Hj. Alel jek..haha Banglo Ku Syurga Ku..

erm niatnya nak pegi PC Fair dengan en.tunang sabtu pagi sebelum gerak ke BP, tapi en.tunang tu lewat 5 jam dari masa yang sepatutnya..OMG! 5 jam? iye..5 jam makcik menunggu en.tunang tau..nasib baik BIL aku pegi beli daun terup, leh la kitorang dok main judi poker jap..hilanglah sikit rasa geram pd en.tunang tu..ekceli dia ada hal yg memang tak dapat nak dielakkan, tapi..ye la, kitorang ni nak jumpa pun 1,2 bulan sekali, bila dia dah balik ni, nak la jumpa lama2..ishh ishh...last2 tak pegi pun PC Fair dengan en.tunang...kitorang keluar terus gerak ke BP dan menuju ke Prima Moda BP..erm pasal deting ke BP dgn en.tunang nanti episod lain aku citer eh..

ni nak cerita apa yg aku beli dekat Pikom PC Fair..aku kuar rumah dengan Atikah dan Amira lebih kurang kul 2 pm, dan niat dari rumah HANYA nak beli mouse dan bluetooth..2 tu jek tau, tanak cari benda lain..ye la sekarang ni nak kena berjimat cermat..erm penuh gila umat manusia yg datang masa tu..ye la kan last day, so ni la peluang diorang nak shopping, ada rezeki leh bargain gila2 punya hargakan..

masuk2 je aku nampak mouse impian aku..tengok harga rm25..aku nak je amik, tapi Atikah cakap jalan2 dulu..so jalan2 nampak lagi jual rm25, ish tak leh jadi ni..aku dah pegang2 nak bargain ke rm20, tapi tak dapat plak..so, aku letak dan jalan2..sekali jalan nampak ada kedai jual rm20..lala besh besh..aku tak amik sebab mengharap ada yg lagi murah..sambil jalan2 aku nampak bluetooth rm18 dan rm 15..aku tak amik sebab nak pusing2 dulu..tengah2 pusing tu aku nampak banyak yg jual USB Fan..ishh geramnya..last last tanpa berfikir panjang walaupun kipas tu bukan masuk dalam list aku, aku beli...harga rm15, aku bargain minta rm13 dan apek tu bagi rm12...hehe

pastu aku pergi kedai jual mouse, beli yang harga rm20..pastu nak cari kedai jual bluetooth rm15 tuh, tapi tak jumpa..sambil2 jalan aku ternampak kedai jual refill ink yang senang je nak refill, tak payah nak inject2 lagi sampai mencacatkan mengotorkan tangan..! aku teruja dengan easy proses yang diterangkan..tanpa berfikir panjang, aku beli, rm60 for both, maksudnya refill black dan colour..dalam black ada 3 set dan colour ada 2 set..hehe..pas dah beli tu, 2 minit aku tersedar aku dah beli lain dari yang dirancangkan..huhu...tanak menyesal dikemudian hari, kitorang terus keluar dan balik!

dan pagi ni tadi aku try refill ink colour aku yg dah dekat 1/2 tahun kering kontang..tatau la leh guna lagi ke tak, tapi cuba2 gak sebab terlalu excited dan akhirnya alhamdullilah leh guna lagi..syukran =)

ni stepnya..keluarkan catridge colour dan bukak stiker dia seperti no 2 tu..masukkan dalam bekas dan tutup dengan penutup yang ada 3 line lubang..pastu drill dengan skrew yang disediakan, bila dah siap bukak penutup yang ada lubang tu dan no 5 tu dah nampak kan 3 line lubang tu kan..erm pastu amik penutup yang ada jarum seperti no 6 dan tutup kat catridge tu..

penutup yang berjarum tu ada warna2 sebagai guide pada yang buta IT macam aku ni..huhu butalah sangat kan =P erm nampakkan kedudukan warna cyan, magenta dan yellow kan..just masukkan je refill tu pada lubang2 yang disediakan..

contoh magenta..haha aku salah spell la kat gambar atas tuh, tapi abaikan aje la..sila perhatikan no1, penuh lagi refillnya, no2, warna dah mula turun dan no3 & no4 dan kosong dah...senang dan kejap je tau, tak sampai 5 minit pun dia refill...ishhh syabas sajan sahab!

ni yellow colour, my favorite! stepnya sama je dengan yang atas tuh...

dan yang last, warna cyan..stepnya pun sama macam dua warna di atas...

bila dah siap refill semua, keluarkan catridge dari bekas, pastu tampal semula stiker dia dan install semula ke dalam slot kat printer tu..erm memula colour tanak kuar gak, ye la dah lama kering kontang kan..so, aku dok cleaning head printer banyak2 kali, dan kesudahannya, pengeluaran duit sebanyak rm60 untuk refill ni semalam langsung tidak membazir!

erm cubalah tengok mouse aku kat atas ni..sangat cantikkan? dia ada rainbow colour..erm rainbow ada berapa warna murid2? erm ada 7 cikgu! ye betull...makanya, mouse aku yang cantik warna putih suci mengeluarkan kentut warna yang pelbagai...yang aku snap hanya 3 dari 7 warna yang sepatunya..biarlah tak berbrand macam kawan aku yg sorang tu siap berbluetooth mouse dia siap beli online lagi, janji aku puas hati..yang penting apa? KEPUASAN!!

date

Pertama : Tauhid

  • Iaitu mengesakan Allah s.w.t., hanya Dia yang dituju, menafikan sekutu bagi-Nya, mewujudkan erti penghambaan yang sebenar dan menerima syariat-Nya secara keseluruhan tanpa kecuali.
Kedua : Taubat
  • Iaitu menyesali segala dosa yang pernah dilakukan, memohon ampunan kepada Zat Yang Maha Mempunyai dan Maha Mengetahui, menambal pakaian umur dengan kesempurnaan dan menangis atas kesilapan dan kecuaian yang mana diri mereka pernah tergelincir dalam melakukannya.
Ketiga : Melupakan masa yang telah berlalu
  • Iaitu melupakan berbagai musibah dan kesedihan yang terjadi di masa yang telah lalu, membuang jauh akan ingatan terhadap bentuk fitnah dan bencana. Kerana semua itu telah dilipat oleh zaman, selalu mengingat hal itu semua hanya akan mematikan kecerdikan akal, selalu menumbuhkan rasa duka dan sedih. (cont.)
source : Beginilah Zaman Memotivasikan Kita, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

date Friday, November 27, 2009


kisahadique : hanya inilah penyejuk bagi aku yang sedang bengang dan bingung...SALAM AIDIL ADHA untuk semua..

date

aku bebetul tak ada mood hari ni..since pagi tadi aku tak ada mood..ntahlah aku pun tatau kenapa, mungkin aku bangun tido pagi tadi pada arah yg salah kot..patutnya bangun pada arah kanan, ni aku bangun pada arah kiri, tuh la pasal jadi bengang whole day..dan apa yang buat aku rasa bingung plak? erm malas nak cakap pape, tapi aku rasa hari ni memang bengang dan bingung..!erm lagi satu, perlu ke aku buat sesuatu ke atas blog ni seperti aku buat beberapa tahun dulu? aku sangat bengang dengan apa yang jadi dan aku tak suka dengan apa yang jadi...ni tempat aku, hak aku..aku tak pernah pun kacau org lain, even since tahun 2003 aku start berblog, aku tak pernah kacau org lain..tapi org lain plak =(

ARGHHHHHHHHHHHHH!!!

kisahadique : mylin smsed me - dia bgtau semoga pengorbanan kita selama ni diberkati dan diredhai Allah, kita dah banyak berkorban utk org lain..ye..aku dah banyak berkorban utk org lain, aku cuba korbankan hati dan perasaan aku demi org lain, TAPI..pernah org lain tuh hargai aku?? sikit pun tak, malah aku dikeji, dikata, dibenci dan segala2nya...ya Allah...

date

Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

sebenarnya egokah kita ni? erm aku tahu sifat ego manusia ni ada je kat mana2 kan..situasinya macam ni : kadang2 kerana terlalu marah, terlalu benci, ego telah menguasai diri..sanggup ketepikan segala hak, sanggup lupakan segala bantuan yang telah dihulurkan, sanggup lupakan segala jasa yang telah diberikan..manusia memang selalu lupa..semua orang pun pernah lalui perkara macam ni..

situasi seterusnya : kita ikhlas, demi kasih sayang hamba turutkan, demi persahabatan, demi kekeluargaan, demi hormat, dan segala macam2 demi..tapi kerana ego seseorang yang terlalu menjulang tinggi, semua tuh sanggup dilupakan..dan kadang2 situasi ni berlaku disebabkan orang lain yang masuk campur..dan sekali lagi, ego menguasai diri...

mungkin situasi yang lain : egokah aku? egokah kita ni? aku tak minta banyak pada mereka ni, cuma ingat kembali apa yg telah aku berikan, apa yang telah aku bantukan, apa yang telah aku diamkan, apa yang telah aku rahsiakan, apa yang telah aku korbankan dan apa yang telah aku menangiskan..pernahkah aku mengungkit segala kebaikan yang telah aku berikan? ohh tidak! aku menolong dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang, JADI...egokah aku? egokah kita?

jika insan diajar dengan keangkuhan,
dia belajar erti takbur..
jika insan diajar dengan permusuhan,
dia belajar erti membenci..
jika insan diajar pentingkan diri,
dia belajar erti mengkhinati..
NAMUN
jika insan diasuh dengan kepayahan,
dia belajar erti mensyukuri..
jika insan diasuh bertimbangrasa,
dia belajar erti bersabar..

source : http://koleksicinta.blogspot.com/2009/11/insan-belajar-dari-kehidupan.html

kisahadique : perghhh...gila sehh monolog ni..pape pun, pada sesapa yg pernah terasa hati atas keegoan aku selama ni, aku mohon maaf..aku memang tak sempurna, tapi aku cuba untuk menjadi sebaik mungkin..

date

esok merupakan hari kebesaran seluruh umat Islam di dunia..kita, satu dunia akan bersama2 menyambut kedatangan Aidil Adha atau nama lainnya, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji..ada sesetengah negeri kat semenanjung ni yang tak berapa sambut raya haji ni, sebab mereka lebih mengutamakan hari raya aidilfitri..dan ada sesetengah negeri plak yang sambut raya haji ni secara besar2an..bagi aku sekeluarga, tak kira raya aidilfitri ke raya haji ke sama je kemeriahannya..mak akan tetap sibuk di dapur, akan mula menyanyi riang dan lantang, ayah sibuk ke sana ke mari mencari lembu yang hilang..tapi seperti tiga tahun yang lepas, sambutan raya kami tetap ada kekurangannya...kami kekurangan along dan keluarga =(

erm buat pengetahuan semua, raya haji tahun lepas aku sambut di cardiff..ni lah sekali seumur hidup aku beraya di perantauan, jauh beribu batu2..sob sob sob..sedih sedih gak tapi kurang sket la sebab terhibur dengan 3 org gepren aku tuh..hehe malam raya kawan2 along aku datang bertakbir kat rumah..sangat syahdu tau, teringat kampung halaman, apa la mak dengan ayah tengah buat masa tu kan..hehe pas kawan2 along dah balik, aku tolong along dok siang2 sayur sebab kak long kena masak kuah lodeh utk dibawa ke dewan sempena sambutan raya haji bersama2 pelajar dari malaysia..

gambar kat atas ni la 3 orang gepren aku...grrr macam2 perangai diorang ni tau..ada yg mudah tersentap, ada yg tak suka aku, ada yg sayang sangat kat aku, ada yg garang, ada yang manja...hehe tak kisahlah macamana pun perangai diorang, aku tetap sayang kat diorang! gambar kat atas ni la yang kitorang sambut raya, apa ntah nama dewan ni aku tatau la..diorang semua berkumpul, bertakbir, sembahyang raya dan ada makan2..perghh gila ramai tau rupa2nya students malaysia kat cardiff ni..ni pun agaknya separuh kot..pape pun, aku rasa syukur sangat2 masih dapat menyambut raya walaupun jauh di perantauan..

erm kejap je masa berlalu..kalau ikut bulan islam, dah setahun aku selepas menjejakkan kaki ke bumi british tuh..tapi kalau ikut bulan tak islam, bulan depan baru cukup setahun..walaupun setahun, aku rasa cam sekejap je masa berlalu, rasa tak puas pun bermanja dengan gepren 3 orang tu, walaupun hampir 3 minggu dekat cardiff rasa macam tak cukup jek...tak kisahlah, ada rezeki aku teringin gak nak honeymoon kat sana, nak bawak en.tunang pegi stadium tgk MU lawan..diakan kipas-susah-mati MU..!

erm macamana sekalipun, yang penting sekarang kita raya dulu...sesapa yang balik kampung tuh, drive baik2 jangan laju2, jangan terkorban plak sebab sok hanya binatang berkaki 4 yang boleh dimakan sahaja akan dikorbankan dan, kami sekeluraga akan tetap setia menanti kepulangan along sekeluarga..tak lupa gak buat kak adie yg ada kat denmark tuh..

SALAM AIDILADHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

date Thursday, November 26, 2009

aku jumpa sesuatu yang menarik yang dilahirkan oleh FB dekat Monster jambu..pastu aku terus cari sebab aku tak pernah pun jumpa something macam ni dekat FB..yang ada pun cuma Farmville jek =P SANGAT hebat, amazing, menarik dan tertarik..terer gila org yang buat graffiti tu..erm bila2 free aku nak cuba gak la..grrr hebat sangat ke?



















click play to watch..!


kat bawah ni aku paste gambar2 yang telah digraffiti oleh FB user..paling banyak aku amik gambar mata..erm sangat menikam kalbu mata2 tu sumer..ye la, dari mata kan turun ke hati =)

tengoklah mata biru ni...macam betul2 je dia tenung aku..grr


mata biru lagi..sangat real!

paling suka yang ni...! really sweet..

kisahadique : masa pegi sunway pyramid dengan en.tunang aritu, ada seorang pelukis jalanan yang sangat hebat..dia lukis potret tak sampai 10min..ish kenapalah aku tak dikurniakan anugerah sehebat tu kan?

date

dah lewat petang ni aku jumpa lagi satu artikel yg memang sangat2 menarik..dan frankly speaking aku sangat suka pada penulis artikel ni merangkap penulis blog yg dapat memberikan info yg SANGAT bagus..kat bawah nanti aku bgtau aku amik source segala info yg aku dapat ni dari mana eh..pape pun, syukran GH Syukri atas segala maklumat yang diberikan dan dapat dikongsikan bersama =)

artikel yang aku nak kongsi kali ni berkaitan dengan rahsia perangai adik-beradik dalam keluarga kita..ye la kadang kita tengok yang along tu perangai macam tu, kak ngah macam tu, kak de plak macam tu dan adik plak lagiiiiii la macam2..

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
(erm...along aku kat Cardiff tuh ada tak ciri2 macam ni? erm ada ada..dia memang dah berjaya, bakal DR..erm bertanggungjawab? ishh confirmlah..tengoklah family dia, siapa dia sekarang ni..pelindung? sudah tentu! yang buat aku rasa along ni pelindung, masa dia hantar aku kat basten Cardiff yg aku sorang2 nak ke Heathrow balik Mesia tu..nampak sangat dia risau nak lepaskan aku masa tu..huhu..tapi napa along tak nanges ek? )

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah

(erm..kakak aku plak anak tengah..kat atas tu bgtau kalau anak tengah bukan favorite..tapi aku rasa, kakak aku tu favorite dalam keluarga aku la..erm malas nak tulis selanjutnya..haha dia buatlah apa saja, semuanya baik di mata mak ayah..grrrr..bab berdikari tu aku setuju sangat2..sebab lepas aje dia habis belajar, mak & ayah dengan selamba je lepaskan dia kerja kat kl sorang2..pandai dia hidup susah senang kat kl nun...syabas sajan sahab!)

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
(erm..dan aku merupakan anak bongsu..ishh...kalau dulu masa kecik2 org kata aku ni manja, aku leh accepted la..tapi ni dah besar dan bakal nak jadi kepunyaan org lain, tak mungkin aku manja lagi..tapi kalau nak kata aku ni keras kepala, 110% aku setuju..memang ada certain time cakap aku je yg betul dan cakap org lain semuanya salah..ishh jahat la engkau ni adik! erm pasal berkeinginan dan bercita2 tinggi tu pun aku setuju..aku memang nak jadi tu, jadi ni, nak belajar tu, nak belajar ni. nak pergi sana, nak pergi sini..tapi?? macam diberitahu kat atas tuh, aku sukar membuat keputusan sendiri..semuanya perlu dirujuk pada keluarga dan sampai ke hari ni, aku masih tinggal bersama mak ayah..erm ekceli aku nak cuba gak hidup berdikari macam kakak aku tu, tapi..ntahlah..walaupun umur aku dah macam ni, agaknya aku ni tetap adik bagi mereka..uwaa...pas kawen aku nak pegi jauh2 la...along, awak balik Mesia adik pulak eh pegi jalan jauh2??)

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
erm baguskan segala maklumat kat atas ni..so, kat mana u ols berada..tengok2kan dan renung2kan..mana yg sama mungkin secara kebetulan..macam biasa, mana yg baik kita jadikan contoh dan mana yang tak baik, kita jadikan sempadan..kita aje lah yg boleh mengubah diri kita samada nak jadi baik atau nak jadi sebaliknya..

date Wednesday, November 25, 2009

tengah dok berFB-ing sambil menyapu dan mengemop lantai aku dok surfing gak mencari beberapa maklumat yang pada hemat aku agak berguna untuk kemudian hari..antara maklumat yg aku dapat, ialah mengenai hubungan kita dengan pasangan kita..kita dah cinta-mati-taknak-berpisah-dengan-pasangan-kita, tapi kita sedar atau tidak samada kita ni serasi dengan pasangan kita?

erm ada org2 tua kata, yang sulung tak serasi dengan yang sulung, sebab nanti panas..yang bongsu plak tak serasi dengan yang bongsu, sebab dua2kan manja..huhu ye ke? erm tu pasal la aku dok mencari beberapa maklumat tersebut..dok cari mencari samada aku ni serasi ke tidak dengan pasangan aku..ye aku tahu, semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa, tapi kalau kita nak tahu je tak jadi masalahkan?? so...sila lihat maklumat penting di bawah ni..
Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
(ehemmm....aku dan en.tunang ni tau... =D )

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
so...dah dapat? erm semua ni bergantung pada diri kita sendiri sebenarnya..tak kira la sulung - sulung ke, bongsu-bongsu ke, tengah-tengah ke...janji kita pandai memainkan peranan masing2 dalam sesebuah hubungan..bila dapat yg panas baran tu, kita janganlah sama nak panas baran gak kan, kita kena jadi air bagi dia sejuk..haha nasihat macam dah pandai sangat je kan aku ni..tak kisahlah..yg aku tahu, aku dan en.tunang = sulung+bongsu!

date


gara2 seharian tak boleh connect Celcom Broadband hari ni, aku just dok pulun mengedit segala tok nenek wallpaper yang ada..aku tacap memana yg boleh..huhu agak2 tantek tak? ala setakat edit yg sedang2 aje =P

date Tuesday, November 24, 2009

dan..tepat jam 22:12, Cik Suria dari Celcom Broadband yg merupakan tempat aku melepaskan sedikit terkilan dan sakit hati, telah menelefon aku, dan mengatakan bahawa connection Celcom Broadband aku telah dipulihkan semula dan boleh diconnectkan..syukran..

dan untuk pengetahuan semua..aku tak pernah mengalami situasi di mana seorang pekerja customer careline yg seMURNI Cik Suria ni..dia punya berapa banyak kali minta maaf kat aku pun aku tak terkira, dia punya sopan, dia punya care, dia punya bertimbangrasa dan dia punya mengambil berat, aku betul2 SALUTED!! dia siap tanya kenapa aku call guna fixed line sebab nnt kena bayar..dia siap minta no hp aku..tujuannya? untuk kol aku semula nak bagitahu bila Celcom Broadband aku ni dah ok..OMG..ada lagi org sebaik Cik Suria tu sebenarnyakan..

aku tatau sesapa from Celcom Broadband yg boleh reached blog aku ni..tapi, kat sini, kat blog kesayangan aku ni, aku bebetul terima kasih pada Cik Suria yg membantu aku, yg cuba sedaya upaya setelkan queue yg pending melibatkan line Celcom Broadband aku..last but not least, semoga Allah yg membalasnya =)

kisahadique : moral of the story : bayar bil cepat2!!

date

hari ni seharian aku tak dapat nak bertenet, tak dapat nak buat kerja2 yg sepatutnya, tak dapat
nak bayar segala tok nenek bil yg belum setel, tak dapat nak berFB-ing, tak dapat nak baca emel, tak dapat nak updet blog, tak dapat nak mengajar mama ita buat blog...senang kata, sepanjang pagi dan petang tadi, aku tak dapat buat pape pun..ni semua angkara Celcom Broadband yang dicanang2 sebagai TERhebat, TERpantas, TER TER danTER di rantau ni..belakang kalu, service SANGAT zero to zero..!

aku mulakan cerita..bil bulan lepas aku bayar agak lewat skit..biasalah gaji gomen kat dpt awl bulan lepas so ujung2 bulan, duit sumer dah abes..so aku admit aku bayar bil memang lewat..tp semalam tepat kul 8:01 am aku setelkan segala tok nenek bil yg TERdelay termasuklah bil Celcom Broadband ni..aku bayar bil Celcom Broadband yang tertunggak tapi rasanya belum terlewat lagi sebab bil baru belum sampai..tertunggak lebih kurang rm51.15, tapi aku bayar rm60..dan untuk pengetahuan, setiap bulan aku pasti akan bayar bil Celcom Broadband tu lebih dari sepatutnya..kebiasaannya bil aku around rm50++ sebab aku pernah terbayar lebih masa bulan2 awaldulu..so setiap bulan aku PASTI bayar lebih dr sepatutnya..

dan nak dijadikan cerita...pagi tadi sementara mengedit kerja2 utk majalah Optimis,aku nak la surf memana yang patut..tup tup keluar error yg mengatakan ada error connection pada Celcom Broadband aku ni..erm aku dapat agak ni mesti angkara bayar bil lambat ni..dipendekkan cerita, aku kol 100 guna telefon rumah..dan jangkaan aku betul, line Celcom Broadband aku bena bar..OMG..aku ni baru bayar lewat sket, aku ni pembayar bil yg tegar, aku ni selalu bayar bil lebih, PUN kena BAR ke??? memang nak hangin satu badan, tapi nak buat camnekan, en.tunang aku bukan kerja dengan celcom tuh, kalau tidak, mudah kerja akukan..

banyak kali gak aku kol 100 tu, dan sampai ke bahagian collection yg mengatakan line Celcom Broadband aku akan diOKkan..erm tapi mengambil masa paling awal SETENGAH jam dan paling lewat 24JAM...OMG..kalau setengah jam tuh aku leh terima la, tapi kalau 24JAM, apa kejadahnya kan..time nak bar line org, kemain time2 tu gak engkau bar, tapi bila nak pulihkan semula engkau nak makan masa sampai 24JAM?? masalahnya aku bukan bayar bil tu pagi tadi, tapi aku bayar SEMALAM tepat jam 8:01am tau..aku ada bukti aku bayar guna maybank2u, ada reference number lagi tau...bayangkan bayar pagi2 buta semalam tapi bayaran still tak dapat terima hari ni?? sangat pelik laaa.....lainlah kalau aku bayar pagi tadi, memang padanlah engkau nak bar 24JAM..SO aku nak salahkan siapa sekarang ni? nak salahkan maybank2u atau nak salahkan celcom ni??

date

click to enlarge view..

sabtu kelmarin aku dapat surat dari PDRM...puaslah fikir kenapa dapat surat ni kan..kot2 dapat keje jadik Ketua Polis ke..hehe sekali bukak rupanya surat cinta daa...surat yg memberitahu bahawa aku mempunyai saman..ohh tidak!! dan aku sms utk maklumat lanjut dan minta segala maklumat ni diemelkan..ishhh nak kena minta bantuan Ayah Majid tersayang ni...

date

apa sudah jadi dengan blog aku malam ni? ishh pening kepala aku...ye la..cuba tengok widgeo kat atas tuh..tetiba je users yg masuk blog aku hari ni mencecah 8956 org...dan total 457894..gila la..dan online plak dekat 10 users..uihhh ntah apa yg error yg tak kena pun aku tatau la..dah la line celcom broadband agak moisturizer malam ni..buat jiwa aku kacau jek! tapi kalau tengok Alexa, ok jek cam biasa cam hari2 sebelum ni..erm ntah la tatau apa yg jadik..sistem widgeo ni sama bengong cam kepala aku kot malam ni..pape la... (dah 5 juta kali refresh tau..!!)

dan ladang di atas telah membuat jiwa aku makin kacau..aduhai..kalau nak tahu, kawan FB aku ni masa dia dlm pantang dia agak terkebelakang sket levelnya dr aku..tapi tup tup dah naik keje, dia POTONG aku plak..! sekarang ni dia dah level 30 dan yg buat jiwa aku kacau, duit dia dah mencecah 1juta!! OMG..aku rasa nak pitam...S.O.S

date



this song special dedicated to my fiance..


erm pepagi tadi aku gelak nak pecah perut + kesian kat en.tunang..ye la kesian dia pepagi buta dapat prank call dari one of my favorite radio station..tak sangka plak dia akan dpt prank call tu..aku baru je register last week, tup tup turn dia plak yg kena..mamat tu tengah mamai2 lagi, sekali dapat panggilan dari 'khairi' yang kononnya my 'good fren'.. omg! aku mana ada kawan baik nama 'khairi'..hehe sangat2 kesian kat en.tunang..dia tak bersalah pun kan..

buat en.tunang...minta maaf banyak2 eh, jangan marah tau dapat prank call tu..pape pun, en.tunang kena balik johor cepat2..lalalala

date Monday, November 23, 2009


erm seminggu sebelum cuti sekolah panjang atau sebelum-aku-pergi-dari-sekolah-terchenta, aku dapat big big BIG BIG BIG task from guru media merangkap besfren aku..walaupun dia besfren aku, kerja tetap kerja..apalagi task tu kalau bukan kena design cover Dokumen Panduan Guru..dokumen ni memang akan disediakan setiap tahun utk guru2..nama pun panduan guru kan, so dokumen ni sangatlah penting, bermula dari awal tahun hinggalah ke akhir tahun setiap guru wajib mengelek dokumen ni..

makanya, dengan penuh tanggungjawab, aku-tak-boleh-cakap-terpaksa, aku galas task ni..ala bukan susah mana pun sebab aku dah ada idea dari cover majalah optimis tuh..aku tukar2 sket, tacap2 sket, makanya terhasillah cover seperti di atas..sekali imbas memang sebijik sebijon cover majalah optimis, tapi pada aku, aku nak kekalkan utk tahun 2010 identiti begitu..biarlah cikgu-lelaki-yang-mulut-longkang-tak-suka-design-aku, yang penting aku dah jalankan task aku dengan ikhlas..org lain tak suka, lantaklah sebab GPK1 dah approved..itu dah cukup penting dah..!!

SO..guru media tersayang..mana satu pilihan kalbu? sila PM saya dengan kadar segera.. sebenarnya saya lupa nak sedut cover di atas ke pendrive yg diberi pinjam itu..huhu jangan marah ye guru media tersayang =P

kisahadique : erm seseorang telah reveal sesuatu..dia cakap, 1st impression dia terhadap aku setahun yg lepas, aku ni SOMBONG...ishh ye ke aku ni SOMBONG?

date Sunday, November 22, 2009


tengok ni...en. tunang aku punya farmville...ishh dia ni kan..busy2 keje pun menyempat lagi dia nak hebatkan ladang dia..ni yg nak merajuk je ni, dia bukannya nak tolong hebatkan ladang aku..asal tanya dia cakap banyak keje, tapi demi farmville free aje dia...grrrrr rasa cam nak makan budok jek!

erm tak pe tak pe..nnt aku besarkan ladang dan aku pun nak wat tantek2 lawan en.tunang..yang aku tahu, en.tunang tak leh POTONG..haha

date Saturday, November 21, 2009

Masihku ingat lagi
Semusim yang berlalu
Awal perkenalan kita di sekolah ini
Lidah kelu membisu
Hanya senyum tersimpul
Namun sukarnya untuk meluahkan kata-kata
Mengharapkan hulur salam kemesraan
Ratapan naluri

Hari-hari berlalu
Kemesraan tersimpul
Mengisi tiap waktu cerita suka dan duka
Tiap kata terucap
Pasti senyum terukir
Menyusul gelak tawa gurauan kebahagian
Pasti rindu terasa bila berjauhan
Sucinya ikatan..

Saat-saat indah
Bila kan kembali
Pasti bersemadi
Tertulis di hati
Manisnya kenangan
Menjadi memori
Milikku abadi
Hingga akhir nanti

Sungguh pilu terasa
Tiba saat berpisah
Air mata berlinangan hati sebak menahan
Di akhir pertemuan
Adanya perpisahan
Namun tiada berdaya untukku menahannya
Ku hulur tangan ini sebagai tanda
Salam perpisahan

kisahadique : akhirnya menitis juga air mata aku..seboleh2nya aku menahan tapi siapalah aku untuk mengelakkannya dr terus menitis..aku sayang semuanya..

date Friday, November 20, 2009


sangat suka cerita ini....

date


click pictures above to enlarge view..

kisahadique : sila baca!

date Thursday, November 19, 2009

erm aku merupakan salah seorang ajk sidang redaksi majalah sekolah..erm apa ek nama jawatan aku? aku tak ingat cuma yg aku tahu aku merupakan org penting yg berkaitan dengan grafik dan design2 majalah sekolah ni..dan salah satu tugas penting aku, mendesign kulit majalah sekolah tu sendiri..kalau sebelum2 ni, tahun 2007 dan 2008 kulit majalah tu didesign oleh student, tapi kali ni boss Optimis ni nak aku yg design..sebabnya kalau nak suruh student yg buat, dah tak ada yg terer bab grafik2 ni..

makanya dengan penuh tanggungjawab, aku mengambil juga tugas penting ni..macam2 cabaran dan dugaan yg aku tempuhi sewaktu nak design kulit majalah sekolah ni..dan orang yang paling penting sewaktu penyediaan kulit majalah ni sapa lagi kalau bukan en. tunang aku..dialah segala2nya, dialah pendorong aku, pembantu aku, penasihat aku, pembimbing aku, pemberi idea yang bernas dan kreatif..senang kata dialah segala2nya..dia yang banyak tolong aku selama ni, melayan karenah aku, melayan merajuk aku, melayan marah aku dan segala2nya...tanpa dia aku tak mampu menghasilkan kulit majalah yang seindah ini..

yang paling aku bersyukur, Big Boss dah approved design aku ni, dia setuju dengan memberi sedikit idea yang perlu aku tacap2 sedikit dan insya Allah, design aku ni bakal diabadikan..erm tak ada apa yg aku nak cakap, cuma aku rasa bangga sangat2 dengan apa yang aku buat selama ni..inilah hasil kerja terakhir aku untuk mereka =)

aduhai..rasa cam nak menangis plak..pape pun, buat en. tunang tersayang, terima kasih atas segala2nya, your ideas are so brilliant and superb!! nanti tolong design utk kad jemputan kita plak eh? hehe

kisahadique : mulut2 longkang yg suka condemn hasil kerja aku tu jangan nak makan hati plak eh..big boss dah approved..aku buat kerja tu dengan ikhlas dan alhamdullilah hasil kerja aku selama ni dihargai oleh hanya mereka yang tahu menghargai..syukran ya Allah!

date Wednesday, November 18, 2009

Kay and Cream first meet each other in high school & both are orphans; Kay was abandoned by his parents who nevertheless left him a sizable sum of money, while Cream lost her entire family in a traffic accident. The two become soulmates and come to share a home, though Kay watches Cream switch from boyfriend to boyfriend as he keeps his own feelings for her to himself.

Knowing that Cream's biggest fear is to be left alone, Kay keeps the fact that he has terminal cancer as a secret, and instead he urges her to marry a kind and healthy man. He only have less than 200 days left. When Cream announces that she is in love with affluent doctor Joo-hwan, Kay is left heartbroken, but is satisfied that she has met her ideal partner.

The audience later learns that Cream accidentally learns about Kay's illness while entering the hospital room where Kay was at due to his fainting. It was shown earlier in the movie that Cream has asked Kay what his wish was; Cream finding a good and healthy man to spend her life with was what Kay wished for. Wanting to fulfill Kay's wish, Cream fakes falling in love with Joo-hwan. This part of the movie is shown at the end from Cream's perspective. Believing Cream has really found someone she loves, Kay asked Joo-hwan's fiance to break up with him. Joo-hwan's fiance agrees under the condition that Kay lets her take photographs of him.

The night before Joo-hwan and Cream's wedding, Kay found the courage to tell Cream that he loves her while Cream replies "me, too." In the end, Kay and Cream believe that they are married because they walked down the isle together when Kay is handing Cream off to Joo-hwan at their wedding.

credited to : http://asianmediawiki.com

kisahadique : aku harap tak ada sesiapa yg akan tinggalkan aku dalam masa terdekat ni..sama macam Cream, aku takut bila ditinggalkan sendirian..aku perlukan semua yg aku sayang di sisi aku..kalau boleh, biarlah aku pergi dulu sebelum mereka semua..

date

myspace layouts


Selamat tinggal sahabatku
Pemergianku hanya sementara
Namun perjuangan tidak kulupa
Bersemadi di jiwa

Kumasih perlu bimbinganmu
Dan kumasih perlukan pimpinanmu
Dalam menuju keredhaan Ilahi
Bantulah diri ini
Ya...Allah...Restuilah perpisahan ini
Ya...Allah...Restuilah

Ukhuwah dipupuk berlandaskan keimanan
Disulami dengan keikhlasan
Tertawa berduka kita saling bersama
Membait memori perjuangan kita

Air matamu ditumpah jangan
Tapi taburkan doa dan keikhlasan
Jua relakanlah perpisahan ini
Semoga bertemu kembali
Ya...Allah...Restuilah perpisahan ini
Ya...Allah...Restuilah

Perjuangan suci yang telah dilalui
Membantu kita dalam mengenal diri
Mahabbah mawaddah kita semat di hati
Dalam mengeratkan silaturrahim

kisahadique : akan aku ucapkan selamat tinggal kepada semua....

date



aku sangat rindu pada budak kecik ni...kalau boleh sekarang ni jugak aku nak terbang ke london jumpa budak kecik ni..dia dah besar sekarang tau, dah pandai merajuk, mengadu kat mama n papa dia, dah pandai gaduh2 dgn kakak2 dia..hehe sangat comel..dan yang paling penting, dia dah pandai cakap omputih..ishh jeles tau acu!

kisahadique : erm bila la berkesempatan nak pegi london lagi kan..erm kalau honeymoon kat london ok tak?

date Tuesday, November 17, 2009


Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku

Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah, berpaling darimu

Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti

Karna ku sayang kamu


Hati ini, selalu memanggil namamu

Dengarlah melatiku

Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku

Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu

Seperti rindu yang kurasa

Sanggupkah kuterus terlena

Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu


Seandainya, kau ada disini denganku

Mungkin ku tak sendiri

Bayanganmu, yang selalu menemaniku

Hiasi malam sepiku

Kuingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah, berpaling darimu

Walau kini, kau jauh dariku

Kan slalu kunanti

Karna ku sayang kamu


Kan slalu kunanti

Karna ku sayang kamu

kisahadique : aku dengar lagu ni kat tv masa tengah dok pulun buat keje, tengah menahan berat kepala yg rasanya tak tertanggung menahan beban..erm entahlah, aku tak tahu bila beban ni akan berkurangan...AKU TAK TAHU!!

date Monday, November 16, 2009

malam ni ada Konsert Seribu Wajah Dato' Siti Nurhaliza di Staium Malawati, Shah Alam..erm aku nak pegi? tak ada maknanyalah..cukuplah satu masa dulu aku pernah menonton konsert DCT ni kat Bukit Jalil..tapi kali ni aku menonton konsert DCT secara live di internet..rasanya ni first time DCT buat konsert dan ada live di internet..

untuk tengok secara live, bayarannya murah, RM15 jek..so enjoy beberapa scene yg sempat aku snap masa tengok konsert ni..walaupun line agak slow (baca : celcom bodohband ni TERLALU bodoh!)

dah macam nurse hospital swasta jek..huhu

ramai jugak yg datangkan...

erm apa DCT tengah wat tu? dia nak keluarkan mata dia ke??
yang kat tengah2 tuh datuk k kalau tak silap..tersenyum2 je dia tengok isteri kesayangan dia perform :)

konsert berakhir...

okeh...konsert DCT dah berakhir..walaupun aku tak dapat tengok full konsert, kurang2nya aku dapat gak la tengok live konsert ni dari internet.. pape pun, aku bangga sebab ada website seperti guild tu..bayaran yang dikenakan pun tak mahal sangat, cuma rm15 jek, kiranya berbaloi la..ye la, nak pegi kl tambang pegi balik dah berapa, nak beli tiket lagi..tinggi costnya..

harapan aku....konsert Anuar Zain pun buat la live gak camni lagi eh??? hehe

date Saturday, November 14, 2009