disebabkan esok paper Pendidikan Islam utk PMR, makanya aku nak share beberapa perkara dengan semua..saya bukan ustazah, cuma ilmu yang ada tak baik sorok kn :)

Pengertian Islam
  • Islam bererti mentauhidkan Allah, menyerahkan diri, tunduk dan taat kepada Allah serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w di dunia dan di akhirat.
  • Islam sebagai 'Ad-Deen' yang merangkumi keseluruhan lapangan kehidupan manusia adalah terkandung di dalamnya aqidah, amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat yang mencakupi seluruh kehidupan harian manusia untuk kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Rukun-rukun Islam
Terdiri dari lima perkara:
  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat.
  • Mengeluarkan zakat.
  • Berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang berkuasa.
Hukum Syarak
  • Wajib - hukum dan perintah daripada Allah s.w.t mesti dilakukan. Jika perintah tersebut dilakukan maka akan mendapat pahala. Jika tidak dilakukan maka ia berdosa.
  • Sunat - Perintah atau seruan. Apabila dilakukan mendapat pahala dan jika tidak dilakukan tidak berdosa.
  • Haram - Larangan daripada Allah s.w.t. Kalau dilakukan mendapat dosa dan jika tidak dilakukan atau ditinggalkan mendapat pahala.
  • Makruh - Larangan yang tidak keras, kalau dilanggar tidak dihukum atau tidak berdosa, dan jika larangan ini dihentikan akan diberi pahala oleh Allah.
  • Mubah - Sesuatu yang boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Iaitu kalau dilakukan tidak berpahala atau tidak pula berdosa dan kalau ditinggalkan tidak berpahala dan tidak berdosa.
Pengertian Iman
  • Iman bermaksud Tasdiq (membenarkan) iaitu mempercayai dan menyakini dalam hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Imam Ghazali menghuraikan pengertian iman dengan katanya:
Pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).
Rukun-rukun Iman
Terdiri dari enam rukun:
  • Beriman kepada Allah.
  • Beriman kepada Malaikat-Nya.
  • Beriman kepada Kitab-kitab-Nya.
  • Beriman kepada Rasul-rasul-Nya.
  • Beriman kepada Hari Akhirat.
  • Beriman kepada Qada dan Qadar.
credited to Pusat Islam Universiti Utara Malaysia

date Tuesday, October 6, 2009

0 kisahadique.. to “Pendidikan Islam”

Leave a Reply: