aku rasa nak mati tido jek sekarang ni..penat lelah terasa, segala urat sendi, tulang belikat, emosi dan perasaan aku rasanya seperti terganggu..kenapa aku rasa macam ni kan? adakah kerana aku stres atau perasaan aku tertekan?

Apakah stres atau perasaan tertekan?

Stres adalah suatu perasaan yang dialami apabila kita menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan yang kita terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan, memenuhi harapan keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik.

Kenapa saya rasa tertekan?

Kita akan merasa tertekan apabila merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana yang diharapkan daripada orang lain. Sejauh mana kita rasa tertekan dan bagaimana menghadapi perasaan tertekan itu bergantung kepada keupayaan kita mengurus tekanan berkenaan.

Bagaimana untuk mengetahui diri di dalam keadaan tertekan?
  • Degupan jantung meningkat
  • Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas
  • Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot - otot
  • Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami kesakitan fizikal
  • Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan
  • Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)
  • Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)
Anda semua ada rasa seperti di atas?? kalau ada.......ANDA TERTEKAN!

credited to http://www.infosihat.gov.my

date Wednesday, October 7, 2009

0 kisahadique.. to “Adakah Saya Tertekan?”

Leave a Reply: