Tindakan ketika Menjalani Latihan Kebakaran di Sekolah

Rajah di atas menunjukkan tindakan yang perlu diambil oleh murid-murid ketika menjalani latihan kebakaran. Huraikan pendapat anda tentang latihan kebakaran di sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
  • kebakaran sebagai bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa
Isi-isi Penting
  1. murid-murid perlu mematikan suis lampu dan suis kipas untuk mengelakkan litar pintas
  2. beratur di luar kelas sebelum menuju ke tapak perhimpunan dengan segera
  3. tujuan latihan kebakaran diadakan - murid-murid tidak mudah panik - menjaga keselamatan mereka
Penutup
  • semua murid perlu memberikan perhatian dan mengikuti latihan kebakaran dengan bersungguh-sungguh
Karangan Contoh

Kebakaran merupakan bencana yang boleh mendatangkan kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa. kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat. Oleh itu, latihan kebakaran dilakukan sebagai persediaan jika menghadapi kebakaran.

Pelbagai tindakan perlu diambil oleh murid-murid sebaik sahaja mendengar bunyi loceng kecemasan di sekolah. Tindakan pertama, murid-murid perlu mematikan suis kipas dan suis lampu bagi mengelakkan litar pintas.

Kemudian, semua murid perlu terus beratur di luar kelas. Mereka tidak boleh bertolak-tolakan atau bergurau-senda, sebaliknya terus menuju ke tapak perhimpunan. Mereka hendaklah terus berada dalam kumpulan mengikut kelas masing-masing.

Latihan kebakaran diadakan supaya murid-murid tidak mudah panik apabila menghadapi kebakaran yang sebenar di sekolah. Selain itu, latihan tersebut turut memastikan keselamatan murid-murid sentiasa terjamin sepanjang berada di sekolah. Hal ini demikian kerana semua murid perlu diberikan pendedahan dan dilatih tentang cara-cara untuk menyelamatkan diri dalam situasi kecemasan.

Kesimpulannya, semua murid sewajarnya memberikan perhatian dan bersungguh-sungguh mengikuti latihan kebakaran dan arahan yang dikeluarkan demi keselamatan mereka.

credited to : Setia Emas : Karangan Dimensi

kisahadique : disebabkan PMR menjelang tiba, aku nak share la contoh-contoh karangan yang ada dalam simpanan aku...mana tahu leh jadi panduan untuk adik2 PMR di luar sana...sebab aku tengok 3,4 minggu kebelakangan ni blog aku dikunjungi oleh mereka yang hendak mendapatkan contoh2 karangan..

date Sunday, October 4, 2009

1 kisahadique.. to “Karangan Bahan Rangsangan”

  1. Anonymous
    September 27, 2012 at 9:25 PM

    very nice karangan.

    Reply

Leave a Reply: