tadi sambil2 nak menyiapkan makanan utk rombongan marhaban, aku dok tengok cerekarama TV3 ni..ishh sangat sadis la..cerekarama ni tercalon untuk Anugerah Skrin tahun ni kalau tak silap..

terbitan Zeel Production arahan Mohd Feroz Abd. Kadir, pelakon dia; rita rudaini, eizlan yusuf, Remi Ishak dan lain2..
gambar rita rudaini credited to : aku-sempoi.blogspot.com
gambar eizlan yusuf credited to : mesra.net
gambar remi ishak credited to : sindarella-tv.blogspot.com

ni aku bagi sedikit sinopsis mengenai cerita ni..aku sedut dari youtube .

sinopsis
Seorang suri rumahtangga berasa bosan di rumah, meminta izin dari suaminya untuk bekerja di sebuah pusat kecantikan. Permintaannya itu diizin suaminya. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa seorang klien di pusat kecantikan itu menaruh hati padanya. Layanan mesra lelaki itu membuai hati wanitanya dan bermulalah detik kecurangan isteri dan kehancuran rumah tangga.Apakah kesudahan cerita yang amat sarat dengan pengajaran ini?

erm..menceritakan seorang isteri yang mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberikan suaminya..ishh aku tanaklah citer panjang lebar..sebabnya aku takut, ngeri, sedih dan sebagainya..

tahu tak apa kesudahan cerita ni?

isteri yang derhaka tuh senang2 je masuk ke neraka..sebabnya:

1. membunuh suami dan anak perempuannya dengan meletakkan dadah di dalam minuman
2. menduakan suaminya (lelaki ni menjanjikan macam2 janji palsu..)
3. menderhaka kepada kedua ibu bapanya (dia halau mak ayah dia keluar dari rumah...)
4. tidur dengan lelaki lain walaupun masih bergelar isteri
5. menengking / meninggikan suara kepada suami (dia cakap suami dia boring..dia tak pernah dapat hadiah mahal2, tak pernah pegi oversea..)
6. mengedar dadah (5kg dadah.....)

DAN...dia mati dihukum gantung..atau kata lain, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

kisahadique : ya Allah..aku minta dijauhkan daripada menjadi wanita seperti itu..

date Sunday, October 4, 2009

1 kisahadique.. to “Jalan Pintas ke Neraka”

  1. hafiy arif
    May 1, 2020 at 3:00 AM

    Nice baru aku paham kenape dia kena gantung

    Reply

Leave a Reply: