baru2 ni komuniti Sembrong melancarkan pertandingan mencipta logo Sembrong yang bertemakan Mini Malaysia..tahu apa itu Sembrong? Sembrong diambil sempena nama Sungai Sembrong yang terletak di tengah2 negeri Johor..Sembrong meliputi kawasan bermula dari Kahang sehingga sekitar Paloh..Sembrong ni juga mempunyai komposisi penduduk sederhana yang berbilang kaum dan agama serta dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi yang terpelihara..kawasan Sembrong ni juga indah, nyaman dan mempunyai permandangan yang sedap mata memandang..maka Sembrong ni layak digelar 'Mini Malaysia'..

memetik kata2 di wikipedia:
"Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.."berbalik kepada pertandingan mencipta logo Sembrong tu, sekolah aku banyak hantar penyertaan, termasuk guru2 dan pelajar..dalam ramai2 tuh, 2 orang telah mendapat tempat.. bagi kategori pelajar sekolah, sorang pelajar tingkatan 4 telah memenangi tempat kedua..(dalam gambar tuh salah tau kedudukan dia...)

TAHNIAH!!

Rasional warna
- Hitam melambangkan keteguhan peribadi para ahli komuniti Sembrong
- Biru melambangkan perpaduan dalam komuniti Sembrong
- Kuning melambangkan bahawa kawasan Sembrong yang bernaung di bawah DYMM Sultan Johor
- Merah melambangkan semangat yang membara di kalangan warga Sembrong untuk maju dan berjaya.
Rasional bentuk
- Lakaran gunung dan matahari menggambarkan keindahan Gunung Berlumut yang menjadi mercu tanda pelancongan Sembrong.
- Lakaran pokok melambangkan hutan simpan gunung Belumut yang masih terpelihara manakala gabungan lakaran manusia membentuk pokok menunjukkan keutuhan perpaduan dan intergrasi kaum dalam komuniti Sembrong.
Tema Logo: Komuniti Sembrong
credited to : http://sembrong.my
