hari ni 5 Disember 2009 genap setahun aku balik dari London + Cardiff apa sume...entry kali ni kita back to past di mana aku akan mengimbau kembali saat2 manis aku berangkat ke bumi British yang tak pernah pun aku jejakkan kaki selama ni..yang membuatkannya bertambah manis apabila aku terbang jauh beribu2 batu ni, SEORANG DIRI..ye aku ulang sekali lagi, aku terbang ke bumi British tu ALONE!
erm memula plan pegi dengan mak ayah, tapi diorang tak jadi sebab bulan 12 kan musim hujan dan takut banjir ke apa plak kat Malaysia ni..tup tup tak pikir panjang (aku merajuk masa ni...) aku terus cakap dgn ayah aku nak pegi tempat along..dah nama pun ayah yang baik, superb, penyayang, ayah sponsor tiket pergi balik aku KL-London-KL dan duit belanja GBP100..terima kasih sekali lagi kat ayah =)

gambar atas ni masa aku tengah queue nak check-in..ekceli ni 1st time sorang2 nak check-in so aku tersasar semasa berbaris..aku berbaris dekat setengah jam di lane orang2 nak ke korea ke thailand ke japan ke apa...haha tu la mulut berat nak bertanya...padan muka!

dah tiba masa utk aku ke bawah...masa dah time..sedih gak la sebab nak meninggalkan en.tunang kurang lebih 2,3 minggu..huhu ada sesuatu gak la yang keluar dari mata aku..sob sob bye sayang...

gambar kat atas ni snap by along's camera...kesian anak sedara aku, si alisya tu dok melepek je dia menunggu aku..dengarnya lama diorang menunggu aku..huhu..dan fyi, rupa2nya aku ni 1 flight dgn Tan Sri Shahidan Kassim mantan MB Perlis, dengarnya dia ke london tu utk beraya bersama2 mantan mufti Perlis, Dr Asri tu..tak perasan pun =P

kisahadique : sok sambung lagi eh..fyi, aku leh ingat hampir 90% apa yg aku buat, jadi, pergi ke London+Cardiff setahun yang lepas tu, HEBATKAN =) erm dan satu lagi, aku tahu dah berulang kali aku dok cerita pasal cardiff ni apa sume, aku bukan nak cakap besar ke berbangga diri ke apa ke sebab dapat pegi London tu, niat aku cuma 1 jek, nak kongsi pengalaman aku dan pada aku bila aku ceritakan kat sini, aku sendiri tak akan lupa kenangan manis tu pada masa akan datang..dan aku tahu ada yg jijik, bosan, menyampah, busuk hati bila baca entry aku ni, aku tahu..tapi lantaklah, ni blog aku!