erm biasa dengar tak apa yang kita buat kat org, satu hari nanti Allah akan balas balik kat kita? mesti biasa dengar kan..benda ni dah selalu terjadi..kalau Allah tak balas cash kat dunia, kat akhirat nanti siapa yang tahu kan? erm kalau bukan Allah balas balik kejadian yang sama macam kita buat kat org tu, mungkin kejadian lain2 yg selama ni kita tak tahu kan..mungkin dulu kita pernah dengki org, mengata org, menjatuhkan maruah org, melaga2kan org, membenci org, memburuk2kan org lain depan org lain, tak semestinya Allah balas perkara yg sama macam kita pernah buat tu...mungkin Allah balas dengan tak mewahkan rezeki kita, tak kayakan kita, tak dapat kerja yg bagus2, tak pandai, tak ada org yg sayang, tak dapat tu, tak dapat ini dan sebagainya..

alkisah aku nak menceritakan sebuah cerita di padang pasir..seorang dayang yang cukup baik hati dan pandai menjaga diri..tapi sayang dia bukanlah jenis yang suka bercampur dengan org lain inikan pula untuk bercerita tentang hal diri sendiri.. pada suatu ketika, sesuatu telah terjadi pada si dayang ni di mana dia dihina, dimaki, dikutuk oleh saudara sendiri..hati dia sedih hanya tuhan yang tahu..masa dia diuji hanya Allah peneman diri, hanya Allah tempat bermohon kebenaran..saat dia keseorangan dan lemah, hanya Allah tempat dia melepaskan segala2nya..

si dayang selalu berdoa agar ditunjukkan kebenaran mana yang benar dan mana yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang tidak..siang malam dia menangis menyesali nasib diri..ada keluarga telah ditolak ke tepi kerana sudah tidak dipercayai lagi..ada saudara kandung sendiri, lebih suka mempercayai kata2 luar dari dirinya..dia redha dengan semua ketentuan Ilahi..dia tidak putus berdoa agar kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti..

si dayang juga sentiasa bersabar dengan apa yang terjadi..bayangkan saudara sendiri sanggup mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya..bayangkan! sepatutnya saudara sendiri yang berdiri di sebelah untuk menenangkan diri, tapi.. si dayang diam, si dayang terima semua ini dengan bertekad suatu hari nanti Allah akan tunjukkan siapa yang salah dan siapa yang benar..

manusia memang penuh dengan kelemahan diri..ada kala dayang tersenyum bila fikirkan sebenarnya Allah sudah turunkan musibah pada mereka yang pernah menghinanya suatu masa dahulu..tapi mereka yang sebenarnya tidak perasan kerana terlalu suka memandang kesalahan org lain tanpa melihat kekurangan diri...tapi astafirullah..dayang cepat2 beristifar agar dihilangkan rasa itu kerana yang lebih penting dia harus mendoakan kebaikan org2 tersebut dari memikirkan perkara yang tidak baik..

pernah terdetik di kotak fikiran dayang di kala hatinya terlalu marah dan sedih dengan apa yang terjadi kepada dirinya dan pada suatu hari, "apa yang pernah terjadi pada aku, dengan izin Allah, akan terjadi pada engkau, malah lebih teruk lagi.."

dayang menangis apabila apa yang terdetik di hatinya benar2 terjadi pada org itu..masya Allah, Allahhu Akbar, Allah Maha Besar.. dayang rasa berdosa dan menyesal kerana pernah terdetik mengharapkan perkara sebegitu kerana pada waktu itu dia terlalu marah..tapi, sesungguhnya Allah maha Berkuasa..Allah telah menurunkan perkara yang pernah terjadi pada dayang suatu masa dahulu kepada org itu..perkara yang hampir sama dan masya Allah lebih teruk lagi..ya Allah..engkau maha hebat ya Allah..

dayang beristifar di dalam hati dan memohon keampunan dan mohon agar org itu dijauhkan dari segala musibah dan masalah..dayang tak sanggup lagi melihat org itu ditimpa masalah kerana dayang terlalu menyayangi org itu..biarlah apa yg org tu buat pada dia, maki dia, kutuk dia, hina dia, jatuhkan maruah dia, burukkan dia di hadapan org lain..biarlah..itu urusan antara org itu dengan Allah..yang penting sekarang dayang harap org itu menyesali diri dan duduklah bermuhasabah diri dan datanglah kepada dayang memohon keampunan..tapi dayang tahu, bukan mudah manusia nak menjilat semula ludah yang telah diludahnya..biarlah..biarlah apa pun terjadi..yang penting, dayang terlalu menyayangi org itu dan mendoakan agar ada sinar yang bakal menghampiri org itu..insya Allah..
masya Allah..hebatkan dugaan yang diberikan Allah kepada dayang? erm aku takut sangat2 kalau perkara ni terjadi pada aku walaupun aku rasa macam pernah terjadi pada aku..hehe aku malas nak fikir sebab aku rasa semuanya dah selesai..lalala bolehlah aku tersenyum riang sikitkan?


Ya Allah, dengan izinMu
Telah banyak yang telah aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidup

Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta Hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar

Syukurku padaMu tuhan
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini
Jangan engkau lenyapkan
Jangan engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia erus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya..
kisahadique : kisah si dayang tu aku garapkan semula dari kisah dahulukala yang aku baca bukunya di library sekolah...apa nama buku tu aku rasa dah lupa sangat2 sebab aku baca tahun lepas..tapi aku still leh ingat segala2nya sebab cantik bahasa dalam buku tu...cuma bila aku dah garapkan semua, hehe kurang menarik jadinya...pape pun, macam biasa - yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..

date Sunday, December 13, 2009

0 kisahadique.. to “Allah Maha Adil..”

Leave a Reply: