Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mempu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Berikut merupakan petua dari Perunding Motivasi dan Keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri atau mereka yang bakal melayari rumah tangga.
  1. Doa yang berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dengan pujian
  4. Murah dengan khidmat
  5. Murah dengan belaian kasih sayang
  6. Murah dengan sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka - boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko - tegur/perubahan/berpisah sementara
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
  15. Tolak- ansur
  16. Mengormati dan mengambil kira intuition perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kepada pasangan
  28. Tidak menjadi hambar kepada pasangan
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian
  31. ..........
  32. ..........
erm ada 62 petua semuanya...petua2 ni aku dapat dari sisipan iklan di Utusan Malaysia bertarikh 9 Disember 2009, Rabu..jadi sesiapa yang nak tahu selanjutnya, carilah sisipan ni eh..pada aku, kebelakangan ni, sisipan di utusan ni banyak menyisip pelbagai info yang menarik yang kadang2 buat aku terlalu teruja untuk masukkan segala info yang ada ke dalam blog aku ni..terlalu memberi manfaat..terima kasih utusan..

kisahadique : walaupun aku belum berumah tangga, tapi sedikit sebanyak info yang ada ni dijadikan panduan untuk aku kongsikan bersama...yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan..

date Wednesday, December 9, 2009

0 kisahadique.. to “Petua Amalan Kebahagian Rumah Tangga”

Leave a Reply: