adakah aku terlalu demand? erm aku bukan terlalu demand, aku cuma nak yg terbaik sahaja dan nak nampak lain dari yang lain..tapi selagi apa yg aku demandkan tu tak melampaui dari batas atau dari bajet aku, rasanya tak apa kot...erm sebelum aku demand, aku tengok gak la kemampuan aku...huhu ni citer pasal apa ni? erm tak lain dan tak bukan, pasal nak mencari button badge untuk menggantikan bunga rozek yg kebiasaannya dipakai kat dada tu..yg bunga rozek biasa2 tu ada macam2 jeniskan, bunga kuning la, merahlah, keciklah, besarlah, ada yg mahal, ada yg murah...tu semua dah biasa2kan..so kali ni ingat nak tukar guna button badge je..ni sumer gara2 pegi undangan perkahwinan kat pontian la ni..diorang semua tak pakai bunga rozek lagi dah, pakai button badge je..

aku dah pegi usha2 gak kat kedai yg sama yg aku usha t-shirt kuning tu, erm agak mahal jugak...kalau order 200pcs, harga jatuh rm2.30 je..OMG...awat la mahal sangat ni...kalau nak murah, katanya order lebih dari 1000pcs...uisshh kalau nak order sampai beribu tu nak watpe plakkan..takkan nak bagi kat semua tetamu kot..

pastu, ni tadi petang aku dok googling memana online shoppe yg menawarkan button badges ni..tup tup cari punya cari aku terjumpa la online shoppe ni, dan memang dia ada buat button badge, pastu plak kat Batu Pahat je..erm tapi harga dia macam lebih kurang kedai yg aku usha semalam..rasanya memang harga dia standard macam tu kot...aduhai..

erm ni la antara price list yang ditawarkannya..aku nak dalam 200pcs je, so harga 1 ketul jatuh rm2.20 bagi yg kecil dan rm2.00 bagi yg besar...kali dengan 200pcs = rm400.00++...dushhh lagi sekali no 4 keluar...tadi yg t-shirt pun lebih kurang rm400.00++, ni button badge pun sama gak..aduhai takkan la aku nak cari sponsor lagi kot??

macam biasa...ada sesiapa yg leh carikan aku shoppe yg leh bagi price antara rm1.80-rm1.50 utk seketul, dan order lebih kurang 200pcs...please please please...

button badge yang lawa ni aku jumpa kat online shoppe kadkahwincun.com sesapa yg berminat tu jengah2 la eh.bukan button badge je yg ada, kad kahwin ada, calendar pocket ada...bak kata astro, Macam2 Ada....

date Saturday, December 12, 2009

1 kisahadique.. to “Button Badges”

  1. Anonymous
    January 11, 2010 at 1:04 AM

    Hi, try here for button badges...

    www.taytrading.net

    Reply

Leave a Reply: