Perginya Mak Ajah … Alfatihah
5 years ago
akhirnya aku ketemu jua insan yang selama ni banyak membantu aku kala susah sewaktu belajar dulu..syukran syukran...sepatutnya 2,3 tahun yang lepas aku mencari dia, tapi tak kisahlah janji aku dah ketemu dia..bersyukur sangat2 dan alhamdullilah dia masih sihat seperti mana terakhir kali aku berjumpa dia 3,4 tahun yang lepas..erm ada jodoh, ada rezeki kita ketemu tahun depan eh?
kisahadique : menghiburkan hati yang lara...tapi kalaulah betul ada suratkabar yg nak jual cerita aku masa kenduri nanti, kan shiok
perkara paling penting yang harus difikirkan bagi orang lelaki untuk mengatakan setuju apabila perempuannya mengajak berumahtangga adalah HANTARAN..rasanya semua lelaki tak ada yang terkecuali yang akan berperit jerih untuk menabung bukan beribu malah berpuluh ribu semata2 untuk menyediakan HANTARAN..kerja gomen ke, swasta ke, kerja kilang ke, pemandu ke, pilot ke, doktor ke, penoreh ke, pakar IT ke hatta penganggur ke, korang semua tak akan terkecuali dari pening memikirkan tentang HANTARAN ni..
beliau juga ada menyatakan bahawa perkahwinan dalam Islam ialah sunnah fadilah yang digalakkan, namun disunatkan mengikut tahap kemampuan pasangan pengantin lelaki..ye la..jangan pengantin lelaki kerjanya opis boy je, tapi hantaran yang diminta oleh keluarga pihak perempuan mencecah puluhan ribu ringgit..kalau keluarga opis boy tu mewah, tak apa la jugakkan..tapi kadang2 susah juga nak katakan, masyarakat kita sekarang ni lebih berpegang pada prinsip 'biar papa asal bergaya'..
so..untuk mereka2 yg ada anak yg bersekolah yg dok bising2 cakap tarikh tu sekolah la apa la itu la, sila lihat image di atas..kalau tak nampak lagi, sila klik untuk pembesaran macam gajah..erm itu bagi yg bersekolahlah eh..tapi kalau untuk ibu2 bapa2
ni masa aku dah berjaya mengambl fatin di CNI dan melepak di SACC Plaza..ini pun mengambil masa dekat baper jam nak kembali semula ke tempat asal en.tunang meninggalkan aku..aduhaii..'GPS' salah setting ke ni? plan nak ke Subang Parade belakang kalu aku jalan mana ntah kena bayar tol 2x pastu tup tup keluar semula kat depan CNI...huhu pastu nak pegi Tesco Extra tak jumpa parking, nak pegi Giant terlajak..last2 set nak pegi SACC pun terlajak sampai 3x..apa ni 'GPS' dah rosak laaa!! kali ke-4 aku berjaya jumpa parking SACC dan kitorang sapedek kat Nando's..
pas dah kenyang2 dah pegi ngurat2 kitorang tatau nak wat pe..ye la sementara nak tunggu en.tunang abes keje kul 6 punyalah lama, so aku lenjan kete dia pusing2 , tup tup aku ternampak Tasik Shah Alam dan kitorang singgahlah..dengan harapan leh lepak kat tasik sambil menghirup udara segar walaupun langit kelihatan cemburu dengan kami..rasanya tak sampai 10 min duduk kat situ, langit dah runtuh memuntahkan hujan..sekali turun takde warning tau, kedebushhhh berlari anaklah aku dengan ayu berbaju kurung...grrrr
erm tak lama pastu aku terus ke tempat keje en.tunang..dia sangat tak percaya aku leh sampai kat tasik tu tau..haha sampai kat tasik tu sume secara tak sengaja tau, lagipun aku ingat2 lupa jalan kat situ..beberapa tahun yg lepas kan aku selalu deting dgn en.tunang kat shah alam kan
aku tatau camne kengkawan aku leh terer, leh ada masa TERLUANG nak berFarmVille la..aku ni sepanjang cuti ni leh la dikatakan dok ngadap gak FB n farmville tapi takde la leh nak cecepat sangat naik level..kalau nak naik dari 1 level ke 1 level mahu makan seminggu kot...tu kalau nasib baik la, kalau nasib tak baik, mahu makan 2,3 minggu gak..walaupun aku ada trick and tips, but aku still tak apply pun sebab celcom bodohband ni makin hari makin teruk, so trick tu tak ada menjadi dengan mudahnya..biarlah, lambat naik level pun biarlah..awal2 hari tu memanglah kemaruk dengan benda alah ni, tapi sekarang dah agak slow...masa semakin mendewasakan kita
memandangkan hari ni cuti walaupun sebenarnya dah hampir sebulan aku bercuti, aku telah dikenakan kerahan tenaga..huhu erm ekceli hari ni kena dok mengemas kertas2, surat2, sampah2, kad2 dan ntah2 pape yg kalau disimpan mahu cecah bangunan 3 tingkat...erm 2,3 ahli keluarga aku ni ahli muzium negara, termasuklah aku..kertas2, surat2, kad2, kotak2 dan sampah2 yg dah makan tahun, masih disimpan sehingga kini..tak percaya ke? percayalah sebab aku masih ada lagi kad bestday sewaktu aku berumur 15, 16, 17, 18 tahun sehingga ke sekarang ni..kad raya pun sama, aku still ada lagi simpan kad2 raya yg kengkawan aku bagi, ex-boifren bagi, ex-musuh bagi, secret admirer bagi...hahaha paling lama yg ada rasanya masa aku form 1..uishh makan belas tahun tau :P
erm nanti bila dah agak2 free aku akan scan beberapa kad2, surat2 cinta tu sumer eh...lala memori lama mana boleh kita lupakan kan...kot satu hari nnt leh la aku tunjuk kat anak2 kat cucu cicit aku nanti..hehe mesti sangat syahdu gitu
rindu kat anak buah aku datang lagi...erm aku tahu permintaan aku ni agak extreme dan tak mungkin ditunaikan atas alasan yg macam2, cuma kalau boleh aku nak request kat along aku..aku harap sgt2 dapat ditunaikan tapi kalau tak dapat nak ditunaikan, nak buat camnekan..kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan segala2nya..macam hidup aku ni lah, sebelum ni dah banyak yg aku dah rancangkan, tapi? aku dapat yg sebaliknya..camne sekalipun aku tetap bersyukur atas segala2nya...huhu
aku memang ramai kawan sebenarnya, tapi nak istilahkan mereka tu semua kawan sejati atau rakan karib mungkin jauh kot..pada aku kalau namanya kawan sejati atau rakan karib, dia seorang yg boleh kongsi SEGALA2NYA...aku bukan tak ada mereka2 tu semua, memang ada, tapi ntah ek, biasalah, manusia ni datang dan pergi, macam ombak kan...even dulu seseorang yg pernah aku anggap dia kawan, sahabat, teman atau rakan sejati, sanggup tikam aku dari belakang, sanggup jadi musuh dalam selimut, sanggup memburukkan aku dan sanggup buat segala2nya demi rasa marah dia pada aku..goshhh dah nama pun manusiakan...siapa aku untuk menolak perangai manusia setan tu..!
ekceli ramai kawan2 aku ni, cuma aku terdaya listkan beberapa nama saje..bukan lupa tapi tak ingat..cam aku bgtau kat atas tadi, memory aku dah locked..ntah ek, sejak dua menjak ni banyak yg aku dah lupa..teruk betulkan..
dan buat masa ni, pada aku, aku punya kawan, sahabat, teman atau rakan sejati ialah en.tunang aku sendiri..dia lah tempat aku ceritakan segala2nya walau ada certain benda yg aku rasa tak sampai hati nak cerita kat dia sebab aku rasa akan menyusahkan dia..erm camne plak dengan keluarga aku? ishh keluarga tu kalau tak cerita pun mesti dah masuk dalam listkan..adik beradik plak? erm tu susah aku nak cakap, memasing jauhlah, pastu memasing ada keluarga sendiri, ada hal sendiri..pepaham sendirilah kan..
erm ni antara beberapa gambar aku bersama2 kawan aku..erm aku tahu ada beberapa kawan aku akan kecik hati sebab gambar diorang tak ada kat sini..huhu TOLONGLAH jangan marah eh..tolong sgt2 merayu sangat2...ekceli dalam lappy ni tak banyak dah gambar..sumer aku dah pindah ke hard disk dan sekarang hard disk aku tu berada di shah alam bersama2 en.tunang aku..aku tahu roz, hanim, reyna dan 2,3 org akan sergah aku..pape hal pun, sori eh :) korang tetap di hati orang, selama2nya..