sejak bergelar puan ni aku semakin malas mengupdet belog..kenapa ek? adakah tugas sebagai isteri terlalu berat, terlalu membebankan, terlalu bizi, terlalu banyak kerja, terlalu terlalu dan terlalu?? oh tidak..tugas sebagai isteri sangat manis..bermula dengan awal pagi iaitu bangun seawal 5 pagi untuk memasakkan bekal nasi untuk sang suami, menyeterikakan baju kerja sang suami, menyediakan air panas untuk sang suami, membukakan pintu pagar untuk sang suami, menghantar, memohon restu dan mendoakan keselamatan untuk sang suami dikala perjalanannya ke tempat kerja..kembali menjadi diri sendiri dikala tengahari tetapi masih banyak urusan peribadi..kemudian tugas sebagai isteri bermula lewat petang dimana perlu menyediakan makan malam untuk sang suami, menyediakan persalinan solat untuk suami...uishhhh pendek kata, panjang akal memang manis tugas sebagai isteri..kadang2 yang buat aku rasa manis tatkala di subuh2 hari aku telah mendapat pahala  yang BESARRRR punya..hehe


erm dan hari ini, setelah hampir sebulan dan 3 minggu aku menjadi isteri yang sangat manis  , aku bakal naik pelamin anganku musnah indah bersama sang suami sekali lagi..ye betul aku naik pelamin lagi, kali kedua..kali ni aku naek pelamin di rumah mertua aku..huhu jauhkan gap antara rumah perempuan dan lelaki kan? huhu jangan ditanya kenapa, sebab itu bukan motif aku nak menulis entry kali ni lain kali mungkin..yang pasti, jari2 tangan dan kaki  aku telah merah dikerjakan kakakku, bunga tangan telah dijumpai, kasut telah dicari, hadiah2 untuk dibawa ke rumah sang suami bakal disediakan sekejap lagi..wahh teruja pulaklah nak naek pelamin lagi...tak sabar! uishh gatalnya

tapi alangkah manisnya jika ada rezeki kami hari tu kami dapat naek pelamin bertiga..yeahh alangkah manisnya..tapi sekarang tinggal aku sorang je yang manis, alangkah dah tak manis lagi..apa maksudnya bertiga naek pelamin? erm anda di luar sana paham..kalau dah jadi isteri yang manis, hadiah yang diberi oleh sang suami pun manis, kesudahannya dapatlah sesuatu yang manis jugakkan...tapi kami cuma dapat merasakan kemanisan tersebut hanya dalam tempoh seminggu sahaja tanpa diketahui kehadiran si manis itu telah ada hampir 2 minggu..mungkin bukan rezeki kami lagi untuk merasakan kemanisan tersebut..tak pe, Allah maha mengetahui dan aku redha dengan ketentuan-Nya..mungkin Allah akan berikan kemanisan yang paling manis pada kami kelak...lagipun kami masih belum puas untuk bermanis2an


okeh tiba2 je aku dah jadi malas pulak...haha padan muka aku dah malas...ayo padan muka..uishhh tak la aku bukan malas, tapi aku kan isteri yang manis jadi aku nak kena kemas2 baju, seluar memana yang patut untuk dibawa ke rumah mak mertua...ohh tidak..ini bermaksud aku perlu tidur di rumah mak mertua? di rumah yang ada adik beradik sang suami,sedara mara, atok, cucu cicit semua? OMG! erm takpe..inilah kemanisan yang harus dibayar oleh isteri yang manis...sehingga kita berjumpa lagi di episod kerajinan aku..doakan agar aku rajin sentiasa....psttttt nak bisik...aku rajin tau sebenarnya..nak dapat pahala la katakan

kisahadique : memana yg masih single mingle tu andartu tu andalusia tu bujang terlajak tu, jangan risau dengan ketiadaan jodoh anda lagi...sesungguhnya apa yang Alah tentukan pada kita ada hikmah disebaliknya..jodoh anda mungkin lambat, tetapi percayalah, jodoh yang anda bakal dapat nanti, pasti akan membahagiakan anda semua.. dan sudah tertulis sebenarnya jodoh2 anda itu cuma mungkin lambat atau cepat sahaja...percayalah, yang paling penting, SABAR!

date Saturday, April 10, 2010

6 kisahadique.. to “Naek Pelamin Lagi..”

  1. Ibu Ammar
    April 10, 2010 at 8:06 AM

    sejuk hati baca entry org tengah bahagia. bab manis2 tu tak buleh blah. bila lah agaknya saya nak bermanis2 seperti anda...

    Reply
  1. ardinihumaira
    April 10, 2010 at 8:09 AM
    This comment has been removed by the author.
  1. ardinihumaira
    April 10, 2010 at 8:12 AM

    ^_^ selamat berbahagia! seronoknya tengok orang dah kawen..

    Reply
  1. AdIQuE
    April 10, 2010 at 8:12 AM

    nursarah - kat rumah ni banyak manisan untuk dibawa ke rumah mertua..nak sikit? hehe insya Allah sarah..kebahagiaan yg manis tu ada, cuma belum masanya..tapi pastikan jangan sampai kena kencing manis ye =P
    ardi...giveup untuk mengeja nama maaf..pertandingan menulis? bukan..pertandingan siapa yg paling manis =D

  1. AdIQuE
    April 10, 2010 at 8:15 AM

    ardi...wahh ni tersalah komen ye tadi? hehe nasib tak terperanjat beruk..erm terima kasih atas doa diberikan...masih belajar dan belajar untuk menjadi isteri yg manis..hehe

  1. ayin~weeweet
    April 10, 2010 at 4:02 PM

    kakak,nasib akak tulis yang last tu SABAR..hehehe sememangnya yang kawen lambat itu sebab mereka SABAR hehe apapon..ini hal JODOH..siapalah kita ni nak tentukan semuanya..kan..kan..

    Reply

Leave a Reply: