kami dah masuk ke kawasan khemah dan kena duduk dulu dekat depan pentas terbuka-sambil-menahan-rasa-panas-ketiak-basah untuk menyaksikan beberapa persembahan..seperti yang dimaklumkan oleh bapa mertuaku, persembahan tersebuat adalah tarian rodat..gulp! korang pernah dengar ke apa tarian rodat tu? ok nanti aku tanya en.google eh apa tarian rodat tu ye...ehh sekejap...manis la pengantin perempuan tu    


ini dia tarian rodat..beberapa kanak2 ribena remaja perempuan sedang menari mengeliling api sesama mereka sendiri mengikut paluan kompang yang meriah-tanak-berhenti...erm kacang gila cara diorang ni menari tau, kalau suruh pengantin manis ni menari rodat ni, confirm dapat A+ tau..
Tarian Rodat terkenal di Negeri Terengganu. Tarian ini pada mulanya ditarikan di istana sahaja. Dahulu tarian ini ditarikan di atas tilam dengan berdiri lutut sahaja. Tetapi ianya sekarang ditarikan di atas pentas. Para penari Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa rebana. Kumpulan kedua dikenali sebagai pelenggok. Dua kumpulan ini berganti-ganti menarikan tarian ini. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini terdiri daripada tiga buah gendang dan sebuah gong.

selesai berodat, kami pun naiklah ke pelamin yang indah itu..nampak macam gah pulak kan..opss aku bukan nak membangga diri puji memuji ni eh..aku cakap berdasarkan pandangan mata aku sendiri..ye la pelamin semua mengikut warna tema turqouise+putih, khemah pun sama, dewan makan pun sama, mak & pak mertua dengan adik2 ipar serta pengapit semua pun turqouise+putih, so bila pengantin manis ni datang dan duduk di pelamin dengan busana hitam silver, perghh jadi gah dan hebat!


tengoklah dan bagi pandangan anda semua..kalau tak suka ke menyampah ke itu pandangan mata korang sendiri..ye la mata kita ni mana nak sama pandangannya kecuali kita semua ada 2 bijik mata..huhu tapi mata aku lawa sket la sebab warna brown...haha    ada yang dah sediakan plastik sebab nak muntah hijau..


mak dan ayah pengantin perempuan yang manis sedang menepung tawar...ishh oboy ni sabotajlah...ada ke dia tutup muka pengantin lelaki dengan kipas..ni mesti dia kipas diri sendiri ni tau...mentang2lah atas pentas tu panas tak ada kipas, dia mengambil kesempatan mengipas diri sendiri eh...

en.rizal sedang dipeluk oleh ibu mertuanya..

pengantin manis sedang dipeluk oleh emak..
psstt mak..panas eh mak?

ayah sedang menepung tawar..ehh tapi kenapa bukan tangan pengantin pulak yang ayah tepungkan ni?

bapa mertua memeluk menantu bongsunya, en.rizal..

kemudian kami dihiburkan dengan persembahan zapin yang cukup bertenaga sampai ada ketikanya aku rasa macam nak join je diorang menari..aku ni kan walaupun dah duduk negeri johor ni dekat berpuluh2 tahun, tapi sikit pun tarian zapin aku tak tahu..serius aku memang tak tahu dan buat pengetahuan semua, en.rizal ni terer berzapin tau..dia sendiri pernah wakil (ishh lupa la wakil sekolah ke kluang ke uitm ke??)..  

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
bersambung di Part 3..

date Friday, April 16, 2010

0 kisahadique.. to “Majlis Bertandang @ Felda Bukit Tongkat Part 2”

Leave a Reply: