ini bahagian terakhir...

alhamdullilah berakhir sudah majlis bertandang ke rumah ibu dan bapa mertua yang telah diadakan di Felda Bukit Tongkat..majlis yang pada mulanya dirancang simple but sweet telah meninggalkan 1001 kenangan dan boleh dikatakan agak meriahlah juga majlis tersebut..aku bersyukur sangat2 akhirnya majlis kedua belah pihak selesai tanpa sebarang masalah dan paling penting, syukur sangat sebab cuaca baik...alhamdullilah   dikesempatan ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingganya pada mereka yang terlibat semasa majlis ni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung..memanglah depa tak baca belog aku ni tapi aku tahu Allah maha memahami..dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka semua...amin

left to right : ayah yg hensem, ustaz zahari yg sporting, kakakku yg kononnya comel dan emak tersayang..

ini dia abag-ipar-yg-macam-dah-terer-sket-amik-gambar-pakai-kamera-mahal...

la..ada lagi gambar kakakku ni..dan fatin a.k.a puteri bongsu kesayangan kami..

ini antara sebahagian sedara mara yang baik dan sudi hadir  

hanya sebahagian saja gambar2 mereka yang banyak membantu aku dapat aku selit kat belog ni..cari cari tak jumpa cari cari tak jumpa..takpe la tak jumpa pun janji ingatan aku pada mereka tak aku lupakan..terima kasih juga pada photog terbaek dari ladang, en.katok, en.arba dan en.gila aku tak sabar menanti gambar2 terbaek dari mereka..diorang ni en.rizal import dari shah alam dan aku tahu hasil kerja en.katok memang terbaek dan untuk pengetahuan semua, ekceli en.katok ni aku dah booked utk majlis kat rumah aku, tapi tak kesampaian sebab pada masa yg sama dia pun buat majlis kahwen di rumah dia..

dan ini sedikit luahan perasaan aku...buat mereka2 yang tidak dijemput ke majlis bertandang ini, aku mohon maaf..bukan sebab terlupa atau tak ingat atau apa pun..cuma kita ni bertandang ke rumah org, majlis org, takkan la kita memandai nak menjemput tok nenek cucu cicit bagai satu kampung naek satu kontena serang kan..kami tak jemput bukan bermaksud kami lupa, kami tetap ingat cuma keadaan saja yang tidak mengizinkan..dan harap pihak2 berkenaan berhenti menyebarkan gosip yang hanya menambahkan dosa korang je..lagipun 2,3 hari ni aku rasa macam dah berat je, mungkin berat pahala kot..kami sendiri tidak menyalak kalau tidak dijemput ke kedah ke penang ke kelantan ke terengganu ke (sebahagian saja disebut)..kami kewl saja..kami relex saja..sebab kami tak heran dengan tu semua.. sebab kalau setakat pergi tempat2 tu semua, alaa mak ayah kami masih mampu nak bawa kami ke sana..

dan lagi satu, ni betul2 luahan perasaan marah tahap gaban... mak ayah aku hantar anak2 dia belajar jauh mana sekali pun, luar negara ke dalam negara ke sikit pun tak pernah minta duit korang tau..jadi kalau anak2 mak ayah aku tanak hormat pun peduli apa korang...korang sendiri tak pandai nak hormat kami, buat apa kami nak hormat kat korang?? konon2nya kami ni tak hormat org tua sekali pun, kami sekeluarga tak pernah minta sedekah nak pinjam duit korang tau..susah2 kami pun, kami usaha sendiri..susah senang kami selama ni pernah korang semua tahu?? tak pernah kan?? so...KORANG DIAM...!!

terimalah.....

kisahadique : maaflah ye..teremosi sikit...biasalah musim panas2 macam ni emosi memang sering terganggu sket...so kengkawan semua, enjoice!

date Friday, April 16, 2010

0 kisahadique.. to “Majlis Bertandang @ Felda Bukit Tongkat Part 4”

Leave a Reply: