aku tahu aku bukan manusia yang sangat perfect..aku sedar tu semua..aku tahu aku banyak kekurangan...ada kurang kat sana ada kurang kat sini..tapi demi Allah sepanjang aku hidup aku tak pernah nak memalukan orang lain..orang lain buatlah banyak mana pun sedih kat aku, orang lain buat onar pada aku, aku tetap sabar..selama aku hidup ni aku banyak bersabar je..

waktu aku bekerja tempat kerja lama dulu, 'orang besar' sendiri mempergunakan aku..dia memperoleh kesenangan atas kesusahan aku..dia gunakan kekuasaan dia atas kelemahan aku..tapi aku sabar je, aku ahu aku bodoh saat tu tapi sapa la aku untuk membangkang, membantah..bayangkan aku terpaksa buat assignment dia demi kepentingan dia sendiri.. bayangkan..dapat diploma ke ijazah ke atas kesusahan penat jerih aku siapkan assignment dia..tapi aku diam, aku sabar sebab aku tahu siapalah aku dan aku sedar aku bukan perfect sangat..ok tutup cerita tu..

dan aku cukup kesal sekarang ni bila orang yg selama ni aku sayang, aku anggap dia sebagai kawan baik, anggap dia sebagai kakak sanggup memalukan aku..aku tahu aku bukan PERFECT!! aku sendiri tak pernah berlagak dengan apa yg aku ada, aku sendiri sedar siapa aku..aku tak pernah anggap diri aku yang terbaik...sayang seribu kali sayang sebab cara dia sangat salah..dia memalukan aku dalam fesbuk, tapi ada aku melenting? aku cuma meluahkan yang aku ak sanka cepat sungguh manusia berubah..

kat sini aku nak cakap satu je....urusan yang buat dia bengang sangat tu, bukan antara aku dengan dia..aku cuma orang tengah dan dia tak ada hak nak mempertikaikan aku perfect atau tak...2 tahun aku kenal dia sepatutnya dia tahu siapa aku, dia sepatutnya kenal aku..jangan sebab marah, sebab duit, manusia terus berubah..aku memang bukan perfect dan masalah yang buat dia bengang sangat u tak ada kaitan langsung sama ada aku perfect atau tidak..!

manusia ni bila dah pandai sikit, dah belajar tinggi sikit, macam ni la jadinya agaknya..takpe la..yang aku perlu buat sekarang ni hanyalah bersabar..satu hari nanti dia pasti menyesal sebab memalukan aku dan pasti Allah akan tunjukkan kebenaran..kat sini jugak aku beritahu aku memang bukan perfect sangat dan selalunya manusia jadi jahat sebab org lain punya perangai yang macam apa2...takpe la..pape pun, aku tetap sayang dia, tetap anggap dia sebagai kakak dan tetap hormat dia seperti mana yang dulu..

setiap masalah ada penyelesaiannya..

date Friday, April 30, 2010

bersama sepanduk pasukan rumah aku..Dinamik

dan lagi..eh..manisnya pemegang sepanduk ni =)

ini sebenarnya kisah lama...kisah sukan sekolah yang dah basi..dari sehari ke sehari aku nak dok upload nak berkongsi cerita pasal sukan sekolah ni, tapi sering kali tertangguh..ye la sukan sekolah ni berlangsung beberapa hari sebelum kenduri aku, tu yang manjang tak sempat je..hehe jangan marah ye kalau cerita ni dah basi dah patut muntah2 kalau tengok..hehe

bersama sebahagian guru rumah pasukan dinamik..

erm rumah Dinamik ni juara keseluruhan..aku tatau la sebelum2 ni dia juara keseluruhan jugak atau tidak..tapi tgk2 terer gak bebudak dia...yang pasti, aku tak kenal langsung pun wira dan wirawati pasukan ni..ye la kebanyakan mereka dari sesi pagi, aku ni plak sesi petang..so tak berapa kenal la..erm tak kisah la kenal ke tidak janji diorang dah jadi JUARA..! pape pun, tahniah walaupun cerita dah basi...!

JUARA!!

date

hampir 2 months 1 weeks 2 days kami bersama, en.rizal telah mencadangkan beberapa perkara yang menarik lagi tertarik..aku sangat suka dan besh! cadangan dia memang boleh diterima dan tidak sepatutnya ditolak mentah2..apa cadangan dia?
1. setiap bulan, kami KENA beli buku..ikut la camne pun..2 buku 1 majalah atau 3 buku atau 2 buku atau 3 majalah atau 1 buku 1 majalah atau camne sekalipun janji setiap seorang dari kami diMESTIkan membeli buku selaras dengan kempen 'Marilah Membaca'.. erm en.rizal, kalau sebulan 2 kali beli buku tak leh ke? hehe

ini buku untuk bulan ni

2. setiap bulan juga, kami AKAN menonton 1 movie..yahoo serononknya sebab kitorang ni jarang2 sikit nak tengok movie..dari bercinta sampai bertunang, memang boleh dikira berapa sangat je movie yg kitorang tengok..bukan ketinggalan zaman, tapi elakkan maksiat haha ada la yang nak muntah hijau nantikan..bulan pertama sebelum ni kitorang tengok 3d movie, How To Train Your Dragon dan untuk bulan ni kitorang plan nak tengok jumaat malam sabtu ni...yahooo!

3. kalau ada rezeki terpijak terlebih sikit, kitorang boleh berjalan2 bercuti2 dalam masa 2 bulan sekali..erm tapi tu bergantung pada perbelanjaan kitorang dulu la..macam bulan lepas kitorang dah bercuti ke Danga Bay, cukup la kot sebab bulan depan nak kena ulang alik 2 minggu berturut2 ke Shah Alam pulak..uissh banyak tu duit nak gunakan..

4. setiap hujung minggu akan dibahagikan seadil2nya..hujung minggu kitorang akan dibahagikan kepada 2 pihak iaitu pihak keluarga aku dan pihak keluarga en.rizal..contohnya kalau hujung minggu ni diperuntukkan untuk keluarga aku, makanya minggu depan diperuntukkan untuk keluarga en.rizal..tetapi jikalau ada sesuatu perkara yang memerlukan kitorang berdua sahaja contohnya bulan depan kami akan berulang alik ke Shah Alam, maka kami akan membuat pembahagian harta hujung minggu semula...

5. penyimpanan rm50 seorang x 2, bermaksud rm100 sebulan diperuntukkan untuk bakal anak kami ceewahh..walaupun macam samar2 je tapi kami harus tegas dalam hal ni..penyimpanan duit rm100 sebulan ni bermaksud setaip kali hari lahir, hadiah hari lahirnya ialah duit sebanyak rm1200..paham? tak paham kena buat2 paham la eh ini bermaksud sampai je umur anak kami 18 tahun, dia dah ada simpanan sebanyak rm21600..banyak tu..boleh buat bayaran dia belajar di universiti nanti atau perbelanjaan dia nak kahwen..wahh wahh dah fikir sejauh itu? yaa...kami memang telah merancang sejauh itu erm insya Allah..kami akan cuba merealisasikan rancangan ini...


6. en.rizal nak 3 orang anak...opsss
erm insya Allah selagi kami terdaya, kami akan cuba ikut segala perancangan kami ni..yang penting sekarang ni, kami kena banyak bersabar dan berdoa...amin

date Thursday, April 29, 2010



semenjak dua menjak ni, ni la website / forum yang aku tak jemu menjengah..kalau sebelum ni aku pembaca tegar forum cari, tapi kali ni aku dah berpaling tadah..erm berpaling tadah demi kebaikan aku sendiri..dan aku dapat banyak info dari forum yang baru ni..jengah2lah kalau korang berminat, dr.hamidarshad..tak semestinya korang nak hamil, dah hamil atau apa2 saja baru boleh masuk forum ni..setakat nak menambah ilmu apa salahnyakan...aku sendiri baru sebulan lebih join forum ni..TERlalu banyak info yang berguna, dari aku zero sampai aku dah tahu sedikit..bayangkan benda yang org perempuan sepatutnya tahu, aku sendiri tak tahu..tapi lepas join forum ni, aku dah jadi tahu...eh paham ke apa aku type ni?


so, sesapa yang merancang untuk hamil, yang rasa diri dia macam dah hamil, yang dah pasti upt dia +ve, yang dah hamil beberapa bulan, yang dah ramai anak atau mereka2 yang tak berkaitan dengan hamil, nak join forum ni apa salahnya..banyak info yang kita tatau sebelum ni semuanya ada..korang pasti tak menyesal..so apa tunggu lagi..jadi member ok!

kisahadique : insya Allah menjelang 10 Mei aku akan umumkan berita gembira...doakan yang terbaek untuk aku ye..amin

date Wednesday, April 28, 2010

aku probably akan off fesbuk, emel, ym dan blogging sehingga ahad ni..aku nak pergi bercuti, jauh bercutinya  dan cukup mendebarkan..rasanya inilah pertama kali aku nak pergi bercuti dan mengalami perasaan sebegini..huhu gerun pun ada seram pun ada risau pun ada takut pun ada suka pun ada..TAK NAK pun ada..haha tapi macamana sekalipun, aku harus kuat dan tabah untuk mengharungi percutian ini..

aku nak bercuti ke mana sampai ada perasaan yang macam2 ni? ke london? ke bali? ke jakarta? ke paris? ke aussie? ke denmark? ke genting? ke cameron? ke pulau langkawi? ke pulau tioman? erm....aku akan ke....
.
.
.
.
.
.
..
.
...
.
....
.
.....
.
......
.
.......
.
......
.
.....
.
....
.
..
.
.
.
.




sebenarnya....



aku akan bercuti ke rumah mertua..tak sampai 20 minit pun dari rumah aku ni..


date Friday, April 23, 2010

beberapa minggu yang lepas aku bersama en.rizal berjalan2 makan angin..tak jauh mana pun, kat jb je..lagipun dah bertahun2 kitorang tak berjalan2 berdua ke jb..rasanya last sebelum kitorang bertunang..ishh makan tahun gak tu..so, kami tidak melepaskan peluang yang ada..hujung minggu yang free, kami bergerak ke jb sambil2 ke Pikom PC Fair @ Persada, JB..menarik tertarik tau kat pc fair sana..banyak gak barang yang kami borong.tapi nasib baiklah belum gaji atau kata lain gaji dah abes masa tu..kalau tidak rasanya ada gadjet baru yang kami akan beli..

picture of Tune Hotel credited to : http://www.tunehotels.com/tunehotels-danga-bay-johor.aspx
 
usai berjalan2 dekat tengah2 bandaraya jb, kami bergerak ke danga bay untuk mengimbas memori kami sewaktu bercintan cintu dulu..rasanya last kitorang pegi danga bay tahun 2006@2007..makan tahun gak tu kan..so bila dah seronok sangat tengok lokasi kat danga bay tu, kitorang membuat keputusan untuk meletakkan jawatan bermalam di situ..ehh, ada hotel ke kat area danga bay tu? ada..sapa kata tak ada..kalau masuk je area danga bay tu, tersergam indah hotel berwarna merah putih, Tune Hotel tau..tapi masa kitorang datang tu, belum beroperasi lagi pun dan hanya beroperasi tanggal 15 May nanti..lepas tu ada lagi satu hotel betul2 berhadapan jalan raya besar, nampak menarik tapi sayang dah penuh la pulak..dan kami telah diberitahu ada 1 lagi hotel di belakang bangunan hotel tersebut..cari punya cari dan akhirnya ketemu juga..uishh menarik hotel ni...jeng jeng jeng..


 ini antara kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel..banyak gak la, antaranya wifi, iron, air-con, telekong, hairdryer, bowl dan macam2 lagi..sama gak macam hotel 4,5 bintang dekat luar sana..erm kalau hotel bajet biasa macam ni boleh sediakan service yang sama baek dengan hotel 4,5 bintang, buat apa kita nak terlalu memilihkan..lagipun, kami mengikut kemampuan kami..

dah semakin teruja? ni dalam bilik tau..tapi siapa mamat di belakang tu?

cantik pulak gambar yang ditembak oleh en.rizal kan..hehe..seperti kebanyakan hotel lain, hotel ni pun kena letak kad untuk aktifkan electricity..

okeh...aku tanak cerita banyak2 pasal hotel ni sebab nak bagi semua orang teruja..lagipun kami plan kalau tak dalam masa terdekat ni, 2,3 bulan akan datang kitorang nak stay lagi dekat sini..rasanya hotel ni berbaloi, tempat yang strategik, berpatutan, menarik, mabeles..ishh semuanya ada la.. nanti jika berkesempatan, aku upload banyak2 gambar dalam bilik hotel bajet ni dan gambar2 kami berjalan2 ke Nusajaya..enJoice!

kisahadique : pengalaman manis kadangkala datang sekali sahaja...dan sekali tu la yang tidak mungkin akan dilupakan...terima kasih sayang

date Thursday, April 22, 2010


bukan nak menayang rupa, tetapi nak menayang watermark yang dah berminggu aku request dari en.rizal..akhirnya malam ni dengan pujuk rayu akhirnya aku berjaya memujuk dia, dan dia secara paksa rela menyiapkan juga watermark yang simple but cute! segala reka letak, font, warna font dan butterfly idea en.rizal..aku setakat bagi ide sikit2 je..dan inilah hasilnya..TERIMA KASIH EN.RIZAL...

so, buat masa ni, aku akan menggunakan watermark ni sebagai watermark segala tok nenek gambar2 aku..no more watermark dedulu lagi..yahhh yahhh dah ada kemajuan walaupun dah hampir 6,7 tahun aku berbelog..haha mungkin agak ketinggalan zaman, sebab aku tengok sana sini belog memasing ada watermark yang mabeles dan gojes..tapi takpe, biar berlambat2 dari tak ada langsungkan...so, ada sesapa yang nak suh en.rizal buatkan watermark? hehe doposen!!

date

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi dan sepi

Selalu ada kau selalu ada
Selalu ada kau selalu ada

date Wednesday, April 21, 2010

 salam 1Malaysia pembuka bicara..ecehh nak bersalam2 pulak dah..bukan apa sekarangkan tengah dok sibuk2 nak berparti berpilihanraya dekat Hulu Selangor, so jiwa aku pun sama la..ehh apa kena mengena plak ni? huhu abaikan sebab dari malam tadi aku rasa kurang sihat..jiwa aku semuanya serba tak kena dan serba tak menjadi..apa nak jadi pun aku tatau...  sampaikan ke pagi tadi semuanya masih lagi serba tak kena dan akibatnya aku tak masakkan bekalan untuk en.rizal bawa ke tempat kerja..sori my darling   esok kita masakkan sedap2 eh..opss STOP

alkisah aku nak menceritakan mengenai pakcik ku, acik daud (adik emak) yang dirompak di pasar pada hari ahad yang lepas...WTH kena rompak dekat pasar? apa yang kena rompak? beg duit? henpon? motor? kereta? relex relex sebab benda yang dirompak ni akan membuatkan kita kenyang 2 minggu tau..huhu apa dia tu? haa acik aku kena rompak 2 ekor ayam 3 tin susu cap gantung, minyak dan beberapa makanan lagi..alkisah tersebutlah cerita, pakcik aku ni lepas dok membeli belah ayam, susu, minyak dan bla bla bla, dia pun letaklah barang2 tersebut dalam bakul motor sebab dia nak mencari ikan pulak..dia dah biasa tinggalkan barang2 dalam bakul ni..dan, usai membeli ikan, dia pun bergeraklah ke motor..tup tup sekali dia ternampak makhluk asing yang telah standby dengan motornya di sebelah tengah mencilok barang2 tersebut dari bakul motor acik aku..   hanjing punya olang!! ayam, susu, minyak pun engkau nak kebas ke??


picture credited to: www.fn.com.my & syayassir.files.wordpress.com..nice pictures dude  
 
dan seperti biasa penduduk malayisa yang terkenal dengan sifat peramahnya, baik hatinya dan bersopan santunnya, hanya memandang dari jauh je kejadian rompakan tersebut..dan acik aku hanya mampu terlopong melihat hasil membeli belahnya di Pasar Kluang telah dibawa 'blah' oleh manusia lahanat! jahanam betul manusia tu tau..makanan pun engkau nak rompak..kenapa tanak bawak lari motor tu sekali? kan kalau jual engkau boleh beli terus kilang dadah..ni setakat 2 ekor ayam, 3 tin susu, minyak dan bla bla tu engkau boleh kenyang sehari je sebab kalau engkau makan makanan tu semua engkau akan muntah darah!! 

kisahadique : so, kepada sesiapa yang pernah atau yang bercita2 nak membeli belah dekat Pasar Awam Kluang nanti, berhati2...cegah sebelum parah dan sediakan kapak sebelum kena rompak!

date

seperti yang diberitahu semalam, arini nak stori mori pasal aku sekeluarga mengikuti rombongan meminang bagi pihak adik angkat aku..erm adik angkat ke? boleh la kot..sebab aku kenal budak debab ni sejak dari dia kecik sampai la dah nak jadi suami org dah dia duduk depan rumah aku je..sejak dari arwah maknya ada kami memang rapat dan arwah maknya sendiri kawan baek mak..selalu tolong mak dalam apa cara sekalipun sepanjang arwah masih hidup..dan rasanya dengan ikut rombongan meminang si budak debab ni terbalas la sikit jasa arwah maknya selama ni..pape pun, didoakan semoga arwah Cik Zah ditempatkan bersama muslimin muslimat yang diberkati Allah..amin 

entry kali ni nak buat entry bergambar je leh tak? sebabnya banyak tau gambarnya..lagipun cam biasalah aku ni hantu gigi bergambar..pantang nampak en.rizal pegang kamera,ada je aksi comel yg aku nak buat..haha dia bosan ke tak bosan pedulikan..lagipun dia kena layankan aje, sapa tak sayang isteri kan aku letak gambar banyak2 berserta caption sekali..so enJoice!

ni bersama ibu terChenta...tantek tak baju kitorang? erm ni beli di kedai yang sama, pattern yang sama, harga yang sama cuma warna saja yang berbeza..
ni aksi wajib sebelum nak keluar rumah..uishh mana boleh kalau keluar rumah selain nak baca ayat kursi kita tak bergambar..wajib ni tau    dan, sila abaikan segala lampu otoromen di atas dahi tu..penyeri tau tu..sila klik 'like' pada gambar di atas kalau anda suka

ni pulak aku bersama fatyen a.k.a puteri bongsu kesayangan kami..sama tak muka kitorang??

haa....ada juga gambar si photog ni kan..asik2 dia dok tembak kitorang, akhirnya dia menyelit gak..aku SUKA sangat gambar ni..tapi kalau en.rizal tu senyum nampak gigi, leh masuk contest ubat gigi kan

kami si cantik manis berlesung pipit mengangkat dulang hantaran..erm aku pegang set body care from Body Shop dan fatyen pulak pegang set make-up from Maybelline..tema turquoise..
ni pulak sesi bergambar..yg atas tu la bakal perantin perempuan..tantek sangat2, manis je aku tengok..meletop pun ye sebab busana dia mengalahkan orang nak bersanding..huhu dia pakai busana berwarna silver dan hand bouquet dia sangat comel..dan hand bouquet tu memang tak lepas dari tangan dia..kenapa?? lu pikirlah sendiri!

 orang lain tengah dok sibuk bergambar bersama bakal pengantin, aku macam biasa suka gak enteprem..masa ni aku dok bergambar dengan hantaran kedua belah pihak..adik fendy, mana coklat dalam hantaran tu? sikit tak bg kak own rasa tau   nasib baik kak own belum nak mengidam lagi, kalau tidak terkenang2 je..

couple of the year!! 

gara2 ayah pelik aku dan fatyen bergambar menyorok2, dia pun teringin gak dan inilah hasilnya..haha so sweet..!   


gambar atas dan tengah, fatyen serta mak bersama bakal perantin perempuan dan gambar bawah kami bersama2 bakal perantin perempuan dan bakal perantin lelaki..sedondonkan? dan selepas je tetamu balik, diorang berdua ni bergambar dekat taman...pre-wedding atau post-engagement ke aku pun tak sure...OMG..! kan baru bertunang dik...uisssh jgn over2 tau...masa panjang lagi   
DAN

gambar terakhir ini ditujukan kepada photog yang LOSER itu...!! 
watchout you loser..!! i still remember ur loser faces...!!

date Tuesday, April 20, 2010