

semua orang pernah rasa marahkan..marah yang sedikit, marah yang banyak, marah yang rasa macam nak lempang orang, marah yang rasa nak bunuh orang atau marah yang rasa nak bunuh diri sendiri pun ada kan..aku rasa semua manusia yang hidup kat dunia ni tak terlepas dari perasaan marah..betapa waraklah seseorang manusia tu, tapi bila dia dicuit dengan sesuatu perkara yang tidak disukainya, mesti dia akan melenting dan mengakibatkan kemarahan..aku tahu semua tu malah korang yang tengah baca ni pun mesti tahu kan..
dan adakalanya juga kita sendiri tak tahu kenapa kita nak marah2kan..aku tanak tengok orang lain atau nak tuju kat orang lain..tak payah pergi jauh2, aku tengok diri aku sendirilah..kadang2 aku sendiri pun tak sedar apa punca aku nak marah2, kadang2 benda kecil pun boleh jadi bahan aku nak marah, nak mengamuk..mungkin sebab aku kecil hati, cemburu atau persekitaran aku yang membuatkan aku tekanan?? aku sendiri tak pasti..tapi sebenarnya, itu masalah tau..


Reda ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jiwa akan tenang. Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kira tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati. Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi. Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati dan bersikap keras hati. Dan, seseorang itu juga perlu ada ada perasaan syukur. Apabila seseorang bersyukur, ia bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya.erm macamana nak cakapkan..kadang2 perasaan marah ni datang tanpa didugakan..kadang2 benda kecil sejemput perkara pun dah buat kita melenting sangat2 sampai rasa dah rosak seharian kita..perkara ni kadang2 terjadi pada aku dulu masa aku bekerja 'shift pagi'..ye la kita dah la kena bangun pagi, pastu nak siap2 pergi kerja..excited ni nak pergi kerja ni, tapi sekali tengah siap2, tudung tak jadik plak, banyak karipap plak kat tudung ni..dah la dah lambat, tudung plak buat hal..tu yang tiba2 rasa marah ni datang sampai rasa cam nak menangis takut terlambat la takut dah tak comel la..sampaikan bila dah tiba kat tempat kerja, orang lain pun jadi mangsa..huhu bahayakan kalau kita tak kawal perasaan marah kita ni..

TEKNIK MENGURANGKAN KEMARAHAN
- reda, maaf dan bersyukur
- tahu dan sedar punca kemarahan
- bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif
- alihkan tumpuan dengan melakukan kegiatan lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional
- luahkan kemarahan dalam bentuk penulisan - catatkan isi hati anda berhubung apa saja punca yang menyebabkan perasaan marah
- ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif
- pupuk perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan

sisipan ini credited to Mingguan Malaysia, 17 Januari 2010, Ahad, slot Kesihatan tulisan Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan juga Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, UM, PM Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah..terima kasih banyak2
kisahadique : aku perlu berubah sekarang juga! tapi perasaan marah ni datang tiba2 je..kadang dalam masa 1,2 minit aku boleh jadi marah dan dalam masa 3,4 minit aku akan berubah jadi sebaik2 manusia..huhu kalau tidak tak kanlah makcik2 kat INTAN tu leh cakap aku ni lembut, baik orangnya kat en.tunang kan..haha