ahamdullilah..aku bersyukur sangat2 dengan penerimaan 'mereka ini' di atas kehadiran aku..memang pada mulanya aku agak canggung dan selepas beberapa hari, akhirnya aku boleh menerima kenyataan dan mula membiasakan diri..'mereka ini' menerima aku seadanya dan yang buat aku rasa sesuatu ialah mereka ini tidak membezakan aku dengan yang lain2..bidang tugas yang diberikan kepada aku sama saja dengan mereka2 yang lain, tidak pernah sekali mereka merasakan kehadiran aku ni berbeza dengan yang lain..

walau bagaimanapun, berbeza dengan 'mereka itu'.. 'mereka itu' terlalu menganggap kehadiran aku ni bagai dipandang sebelah mata walaupun bidang tugas aku kadang2 melampaui dari mereka yang sepatutnya..'mereka itu' terlalu membeza2kan aku dengan mereka2 yang lain sehingga sanggup memandang rendah pada kebolehan aku dengan menyatakan aku tidak layak membuat itu dan membuat ini semata2 aku tidak sama dengan 'mereka itu'..'mereka itu' sanggup dan tergamak menarik balik amanah yang telah diberikan kepada aku disebabkan aku tidak layak dan tidak sama dengan 'mereka itu'..terlalu kejamkah 'mereka itu' ?

aku harap kehadiran aku di samping 'mereka ini' dihargai..aku bukan hendak disanjung tinggi, cukuplah segala jasa, pertolongan dan bantuan yang bakal aku lakukan dalam masa setahun ini untuk 'mereka ini' akan dihargai..insya Allah

dan untuk 'mereka itu', aku tak kisah walaupun kehadiran aku di samping 'mereka itu' selama ini dipandang sepi..Allah maha Adil dan Saksama..

kisahadique : siapa 'mereka ini' dan 'mereka itu'?? masa lalu dan masa depan aku...

date Tuesday, January 12, 2010

0 kisahadique.. to “Penerimaan Mereka”

Leave a Reply: