


dan untuk pengetahuan semua, aku jatuh cinta dengan en.tunang pun disebabkan dia tidak merokok..pada aku, lelaki apabila dikelilingi kawan2 dia yang merokok tetapi dia seorang saja tak merokok, dia tu sebenarnya sangat MACHO..disebabkan itu aku rasa en.tunang aku sangat MACHO..erm dan aku akan terus berdoa agar bakal FIL aku dan BIL aku kurangkan merokok..nak suruh berhenti merokok mungkin susah, cukuplah kalau diorang kurangkan merokok dulu..ok? janji eh!
kat bawah ni aku nak sertakan Petua Berhenti Merokok yang aku cedok dari Laporan Khas Bahagian Akhir di Utusan Malaysia, 7 Januari 2010
- Siapkan mental - kehendak berhenti hendaklah daripada diri sendiri bukan kerana pujukan atau dipaksa
- Senaraikan sebanyak mungkin faedahnya - contohnya menghindari paru2 rosak, jimat bajet bulanan dan mengelak dijauhi rakan bukan perokok
- BERSEDIA berhenti - jika tidak, cuba berperingkat2
- TETAPKAN jangka waktu atau tarikh berhenti sepenuhnya
- JAUHI kotak rokok dan bekas abu rokok serta pemetik api. Elakkan mendekati orang yang sedang merokok walaupun yakin cukup kuat untuk tidak tergoda
- DAPATKAN sokongan moral orang lain, maklumkan bahawa anda sedang cuba berhenti merokok
- UBAH rutin harian anda. Sediakan alternatif termasuk gula2 sebagai ganti setiap kali didatangi keinginan merokok terutama sejurus menikmati makanan
- WALAUPUN remeh, cuba asingkan wang yang sepatutnya untuk membeli rokok, misalnya dimasukkan ke tabung khas. Jangan gunakan selagi belum berhenti sepenuhnya, ia memberi motivasi tambahan
- JANGAN pedulikan kata2 sinis rakan2 perokok. Ini kerana jika diberi pilihan dan ada peluang, mereka pun sebenarnya mahu berhenti
- APABILA berjaya memenuhi sasaran tarikh berhenti, tinggalkan terus tabiat ini
- JANGAN sesekali mencuba2 walaupun sebatang, kononnya sudah tidak ketagih lagi selepas berhenti satu, dua atau lima tahun. Kebarangkalian amat tinggi untuk kembali merokok walaupun menghisap sebatang saat bersosial
- INGAT! Jika telah 10 tahun merokok, ketagihan hanya hilang sepenuhnya selepas jumlah tahun yang sama atau separuh daripadanya
- JIKA berdepan masalah, dapatkan khidmat pakar termasuk di Klinik Berhenti Merokok
sumber : Kajian Pakar dan pengalaman bekar perokok tegar termasuk dari Klinik Berhenti Merokok

November 4, 2010 at 4:22 PM
no smoking,,