usai makan, aku bergegas ke Watsons..aku memang suka beli keperluan kat Watsons ni tau..memang dari dulu..erm ntah apa yang best pun aku tatau tapi kalaulah konon nak cari deodorant ke pad ke ubat gigi ke berus gigi ke syampoo ke sabun mandi ke, memang Watsons la tempat pertama yang aku tuju..kadang kalau dapat je gaji, aku memang akan ke Watsons untuk membeli keperluan aku, ye la losyen ke facial foam ke deodorant ke memang pandai tau, asal masuk gaji je, abes la diorang tu
erm tapi ada sesetengah orang lagi masyuk dengan Guardian kan? erm aku tak berapa selesa dengan tempat tu, tak masuk sangat dengan jiwa aku, tak tahu kenapa.. Watsons tetap pilihan aku hinggakan aku sampai bersila dalam Watsons disebabkan pening nak mencari set hantaran untuk en.tunang aku...
erm beratus gak la pitis aku habis kat Watsons tadi, dalam masa tak sampai setengah jam pun tau..gilakan? erm terus terang aku cakap, aku ni kalau masuk Watsons, kalau tak keluar at least rm50, memang tak sah..entah apa yang aku cekup pun aku tak pasti tapi yang aku sangat pasti, duit aku pasti akan keluar bila masuk Watsons ni..dah la tengah sale nak CNY kan, lagilah mata aku ni jadi haru biru tengok segala kerperluan yang ada dalam tu..mentang2lah baru keluar pitis dari mulut harimaukan, semua benda nak dibelinya..
yang buat aku sangat teruja tadi adalah InnerShine Pati Prune..dia tengah nak clearkan stock, so InnerShine ni dapat murah..harga sekotak untuk 6 botol selalunya rm23.90 tapi disebabkan dia nak kasi clearkan stock, harganya jatuh 50% iaitu rm11.45..aku amik 2 kotak sebab aku nak mengekalkan kecantikan dan kejelitaan menjelang hari bahagia aku nanti
, tup tup masa scan harga dia jatuh lagi..nak tahu jadi berapa?? harga dia hanyalah
rm9.90..wahh aku apa lagi, terlalu excited dan aku tambah lagi sekotak menjadikannya
3 kotak..tu belum kira aku amik yang kotak promotion yang ada 12 botol siap dengan free gift tu...haha kalau timbang kati semua2 InnerShine Pati Prune yang aku beli tadi, adalah lebih kurang
30 botol semuanya..cukup sehari sebotol sampai ke hari bahagia aku
aku shopping bukan setakat itu aje..disebabkan aku ni 'duta Watsons' , aku amiklah satu kotak Olay Total Effect yang berharga
rm32.80..erm tu kalau ada promosi, kalau tak ada, harga dia lebih kurang rm38-rm42..dan aku belikan juga untuk emak tapi yang ada free 2 items yang harga sebenarnya rm21..erm mak suka, dan aku pun jadi suka..lepas tu ada lah aku tambah beberapa keperluan antaranya pantyliner Poise (org pompuan je paham eh..), minyak YuhYi Cap Limau, Glade Scented Gel Lavender dan Glade Car Refill Floral Fresh..
dan untuk pengetahuan semua, Watsons sekarang tengah ada promosi Grr-reat CNY iaitu FREE Ang Pow (
Watsons Voucher rm5), with every purchase of rm20 & above..aku dapatlah dalam 5,6 ang pow kalau tak silap..huhu ang pow ni hanya boleh diclaimed bermula 1
4 Feb - 28 Feb..so, apa lagi...cepat cepat cepat!!
erm aku masih tak berkesempatan lagi nak mengira berapa total aku belanja dekat Watsons tu sebab aku tak bayar sekali harung...aku bayar secara pukal, sebab nak dapat ang pow punya pasal..tengoklah kat atas tuh, dekat 7 resit aku dapat tau..aduyaiii gasaklah sok pagi aku nak kena masuk dalam buku 555 ni..huhu
dan, aku ingat sok pagi sebelum pegi kerja aku nak amik lagi 2 kotak InnerShine Pati Prune tu la..harga tengah murah la...erm ada sesapa tak yang dapat harga murah macam ni? (untuk pengetahuan semua, InnerShine ni murah sebab dia nak clearkan stock, dan expired datenya masih lama lagi iaitu Jun dan Julai 2010, kira ok la tuh kan )
ATTENTION PLEASE....Grr-reat CNY Sale sedang menyerang Watsons berhampiran anda, so jangan lepaskan peluang mendapatkan barang2 keperluan anda semua di sana.. ada promotion Grr-reat Double Bonus Buy 1 Free 1, Buy One Get Another One for RM1, Grr-reat Valentine's Special, Grr-reat 16 treats dan macam2 lagi...berbaloi-baloi!!
kisahadique : erm janganlah korang ingat aku ni hidup mewah sangat tau..aku ni hidup sederhana je...ye la, aku masuk Watsons ni pun sebulan sekali seperti yang aku bagitau kat atas tadi..dapat gaji barulah aku beli..kebetulan tengah CNY promotionkan, so aku tanak lepaskan peluang..lagipun dapat jugak aku belanja mak kan..