hari ni aku tetiba jadi rajin nak kongsi cara2 nak editing gambar guna Adobe Photoshop..first time ni aku nak share dengan semua orang ilmu yg aku ada (baca : dapat dr blogger lain)..editing ni sesuai untuk mereka yang ada biz tudung yang nak letakkan gambar2 model memakai tudung dalam blog..ye la kan..nak suh model tukar2 tudung mesti dia penatkn..so kita just edit je warna tudung tuh...kerja mudahkan :)

lesson kita hari ni
Edit Warna Tudung / Rambut
..


step 1:
- Buka file gambar korang yg mana2 korang nak edit warnanya..gambar pakai tudung ke tak pakai tudung, memana pun boleh


step 2:
- Select pada bahagian tudung pada gambar menggunakan POLYGONAL LASSO TOOL



step 3:
- Klik pada Menu SELECT > MODIFY > FEATHER
- Isi Feather Radius : 10 px > OK

step 4:
- Klik pada Menu IMAGE > ADJUSTMENTS > VARIATIONS

last step:
- Just klik pada salah satu warna atau lebih untuk mendapatkan warna yang sesuai dengan kehendak anda dan klik OK
- Klik ORIGINAL untuk mengembalikan pada warna asal tudung / rambut

ilmu gained from : Irvan dan www.ilmugrafis.com

date Wednesday, September 30, 2009

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."


2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w - Paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati -Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa.

10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin - menginsafi.

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb)- Jangan dengar orang mengumpat.

kisahadique : erm..banyak punca hati manusia ni kotorkan...

date Tuesday, September 29, 2009


ada beran....??

date


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam

date Monday, September 28, 2009

Artist: Raihan

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan


date Sunday, September 27, 2009

perlukah aku rasa hiba atau marah atau sakit hati atau apapun dengan kejadian hari ini?

rasa 1
aku tak perlu rasa pape pun dengan kejadian hari ni sebenarnya..cerita dah lama kan..cuma aku harap semua pihak menghormati aku..aku tak campur hal luar dalam kain orang lain, MAKANYA aku tak nak la org lain plak yg sibuk atau dengan kata lain tak menghormati aku..

rasa 2
aku perlu rasa pape sebab aku tak suka dengan kejadian hari ni..

rasa 3
aku rasa bahagia tatkala menatap wajah si dia...hahaha


date

semua sudah pulang ke destinasi masing2...
termasuklah si dia

date

apa rancangan hari ni kan? berkunjung ke taman idaman? yap tau sah? ataupun menuju ke bukit tongkat? ehemm...ada maksud tersirat tau kalau menuju ke bukit tongkat tuh...apa lagi kalau tak berbincang org2 tua punya hal..hehe hal yg bakal membahagiakan aku dunia akhirat..insya Allah :) diakan semuanya berjalan lancar ye...

date Friday, September 25, 2009

malam raya kedua umah tokwan aku wat bbq..ye la dr bosan takwatpapeasiknaktidojekkejenya baik buat bbq kn..ada gak faedahnya..dapat makan2kn..petang tuh aku, acik, oteh latif, cik mimi dengan mok teh bergerak ke segamat mencari bahan2 utk dibuat bbq..ramai gak sponsor acara malam tu..lebih kurang rm350 termasuk rm100 dari UK...maceh org cardiff..kenyang kitorang kat malaysia ni tau..

api menjulang2...

sedapnya.....

sapa la yg rajin ni kan?

ayam ni sedap tau? :D

ayam ni paling sedap tau...

api menjulang2......whoooooa

sepupu sepapat :)

memula sampai segamat kitorang terus pegi giant..penuh gila kat giant..yg memenuhkan giant tuh bukan non-muslim tapi org melayu...terlalu sendat giant tuh...erm dah penat nak makan rendang kot tuh yg diorang sibuk cari makanan lain...pas setel kat giant kitorang gerak ke nirwana..cari ikan jeket dan ayam sembelih :) kan nak bakar kn..sedapnya..banyak gak belanja kat nirwana tuh..jam plak dah pukul 6 lebih dah..mesti bos siman kat umah tuh dah bising kn??

duduk kat tangga pun okeh :))

thanx to pak andak...bagi pinjam bbq tools ni..

tangan sapa la tuh kn..buat2 rajin ke ni?

kemeriahan tetamu...ni cucu cicit opah ngah..

ikan jeket bakar...menyelerakan..nyum nyum nyum

woi...belum siap dah start makan? ngelat laaaa.....

org kat depan seronok makan tau..aku kat dapur kepanasan+lelaparan :(

inilah keje aku di dapur menggoreng..mana aku?

setel kat segamat kitorang gerak ke taman yayasan..tahu tak kat ne? ala yg simpang nak ke kuantan tuh...taman kat sebelah simpang tuh tmn yayasan la..kat tmn tu beli samosa, popia otak2, ice dengan kek sebab esoknya bestday farhan..kak long, ingat tak bestday farhan 23 sept?

dah setel kat tmn yayasan kitorang bergerak lagi ke umah pak andak sebab nak pinjam dia punya bbq tools tuh..maceh pak andak..tiba umah pak andak tuh dah maghrib tau..ayah siap dah kol dah tanya bila nak balik..haha pastuh kitorang sunggah kedai last dekat2 dengan rumah pak andak sebab nak beli arang..

giant rm160
nirwan rm80
tmn yayasan rm56
arang etc rm10
gas rm25
arang part2 rm2
total = kira sendiri..yang penting anak cucu cicit siman gembira :)

kala kitorang bergembira plus excited nak makan2 sedap tuh kaum kerabat cucu cicit opah ngah datang...ishh memula rasa cam potong stim je diorang tuh..tp bila tengok meriah je umah tokwan rasa seronok plak..jangan risau makanan cukup punya la..dah berhabis dekat rm300 takan tak cukupkan..


aku nak cerita pun tak daya sebab terlalu gembira plus kepenatan...ye la aku jadik ajk goreng menggoreng segala tok nenek nugget giant, ayam goreng dengan kentang yg sangat sedap kat dapurygkenadudukmencangkung tuh tau...haha

inilah dapurygkenadudukmencangkuksampaiakusakitpenggang...haha

gambar2 sumer agak kelam kabut sebab cameragirlnya memangtakpandaiamikgambarygcantik tau..aku tak leh amik gambar sebab TERlalu sibuk kat dapur...so, enjoy :))

org cardif...inilah kemeriahan aidilfitri kami @ batu anam...walaupun ayah asik tido je pagi raya, 2 raya kitorang tetap gembira..tahun depan u all balik kita wat lagi eh bbq ni :))

kisahadique : gambar family aku??? HUH!!!!!!!!!!


date

ekceli since balik kluang rumah aku penuh dengan tetamu yang mengunjung tiba...memang tak putus langsung...malam tiba umah, ayah aku demam, badan dia agak panas...lepas telan panadol activefast panas dia dah kebah sket...


PAGI
soknya adik beradik ayah plak datang...thanx to pakman, mak ah woth her son and daughter; abang long ani n baby..pastuh plak mak itam singgah..mak itam plak sudi gorengkan mee hoon black pepper..memang sedap :)

PETANG
tak lama lepas tuh, atok mak andak kg bentong plak datang..rasanya lebih 20 orang yg ada masa tuh..memang penuh gila rumah tuh..aku dapat jumpa sedara yg sama2 amik course MT Jusco kat Genting Highlands last year, Manis...kebetulan plak en. tunang ada utk membantu....ishh baiknya en. tunang tuh kan..kebetulan plak masa tuh kak puspa datang...dah lama gila aku tak jumpa kak puspa tau..raya dah beraun2 tau..dia still maintain macam dulu lagi, makin cantik plak aku tengok..sayang tak dapat nak amik gambar..TERlalu sibuk...

MALAM
kesibukan aku tak terhenti...malam ada lagi adik beradik ayah datang...mak lang dengan poksu..diorang sumer dari melaka, umah adik ayah gak...erm malam tuh agak ramai gak yg datang..eker sepupu aku yg keje @ indon pun datang dgn wife dia..tp dia tak bg aku wit raya...aritu janji nak bagi 5 juta...malam tuh tetamu dihidangkan dengan ayam goreng, nuggets etc...

aku memang tak berkesempatan mengambil gambar tau...memang tak menyempat..so entry kali ni tak ada ambar..uwaaa

date

ayah zali, adik ipar mak bersama tokwan...haa ni la tokwan aku tuh..Hj Siman b Omar..
tokwan berusia 82 tahun 17 Sept yg lepas :)

adik mak..mak ah dan alang..diorang ni kembar tau...

aku dengan mak su dan anak bongsunya, sofea..mak su ni antara pelanggan
tudung murni tau...cantikkn dia pakai tudung tuh?

aku dengan sepupu yg bawah umur ni...haha bila bersama diorang aku kelihatan muda :P from left to right - hezi@upm, amira@form4, farah@itp, ME, atikah@unikl (duduk) dan aiman...

bersama mak itam, adik mak...salah seorang pelanggan tudung murni aku gak..
mak itam beli 2 helai tudung murni tau :)

bersama mak long, kakak ipar mak...

bersama sepupu aku lagi...from left to right berdiri, farah, ME dan asyraf..
duduk, nye(cikgu), hezi dan moib...moib ni bakal bertunang dgn org kelate...

malam raya....

siangkan tokwan aku merajuk kan..so dia tanak pegi raya2 lagi sebab kitorang plan malam tuh nak pegi raya umah opah ngah dan umah pak andak..sekali ayah ntah sembur apa ntah kat tokwan, so dia setuju join kitorang...hehe ayah memang hebat bab sembur2 org ni...nak suh ayah sembur aku bagi pandai, cantik, menarik dan tertarik sket la... :P

rumah first kitorang pegi umah pak andak..lebih kurang 15min je dari umah tokwan..pak andak ni adik mak aku..dia guru besar if i'm not mistaken la..wife dia marbari kalo tak silap aku..tuh yg anak dia 2 hero tuh agak ensem, putih melepak berbeza dengan sepupu2 aku yg lelain..gambar pak andak aku dah letak kat post sebelum ni yg purple family tuh..anak pak andak 2 org jek, dedua hero..ishh aku dah mention kn nama diorang.. yg sulung bakal doctor dah bertunang...habos lagi 9 bulan sekarang tengah cuti sampai 4 oktober dan yg bongsu belajar kat KDU..gambar2 kat atas tu sumer amik kat umah pak andak la...

selesai makan2 sembang2 kitorang bergerak ke rumah opah ngah..jugak tak jauh dr situ...opah ngah ni adik arwah opah aku..kira kitorang agak close jugak..kat umah opah ngah penuh dengan anak cucu dia, pastu masuk keluarga sedara mara ku bertambahlah penuh...erm kalo tak silap aku kitorang berkonvoi lebih kurang 8-9 bijik kereta...tiba umah opah ngah semua dah tak larat nak makan sebab dah kekenyangan serta letih...dah tengah malam tuh..hehe

setel semua kitorang pun bergerak balik mencari 'hotel' masing2....MASA UNTUK TIDO...time tido ni seronok sebab kitorang akan bertebaran mencari tempat tido..hehe sangat besh..masa ni mulalah family masing2 cari 'hotel' tau..ada yg 3 bintang, 4 bintang ada gak yg 1 bintang jek..hehe aku dah stanby dengan toto dan bantal yg import dari umah tau..so tadak masalah..cari je tempat yg kosong dan tido...malam tuh aku tido 'hotel' 3 bintang jek...

kisahadique : gambar family aku?? HUH!!!!!!

date Wednesday, September 23, 2009

with farah my cousin..berkenan? ohh no!
dengar2 dah ada pakwe..ish baru umur baper dah ada pakwe eh.....

purple family - pak andak's family..2 hero tuh anak dia;
dini azuan dan asyraf haslam...asyraf tuh bakal doctor tgh study kat UK...

red family - mak su iaitu adik mak aku yg bongsu with family...ada 4 org anak,
sabrina, nazim, damisya dan sofea..

selamat hari raya untuk semua...anda bergembira pada hari raya tahun ni? erm aku nak kata gembira tak juga sebab semua org pada pagi raya tuh kejenya tido jek lepas balik solat aidilfitri...nak kata tak gembira pun tak jugak sebab tahun ni semua adik beradik mak aku balik ke batu anam....kecuali sorang je pokteh aku di raub tak balik...

erm petang 19hb Sept lepas asar, aku, mak dan ayah aku bergerak ke batu anam...kitorang bajet nak berbuka last ramadhan kat rumah tokwan..tup tup dalam perjalanan kitorang ke batu anam hujan turun dengan lebat sekali..makanya perjalanan kitorang agak lambat sket...kiranya kitorang bertiga berbuka kali terakhir tahun ni dalam kete je la...makan? huh! kitorang minum air masak je..makanan semua kat belakang dan ayah malas nak amik..jadiklah air pun air la kn...janji dah buka..

kitorang tiba umah tokwan kala sedara mara tengah sedap2 berbuka...erm ketupat,kuah kacang, sup kaki, ayam kurma dah terhidang...sangat menyelerakan...aku berbuka dengan penuh kesyukuran dan kesayuan...ramadhan terakhir tahun 2009..entahkan aku dapat berpuasa lagi ke tidak tahun depan wallahualam...tuh sumer kerja yang maha berkuasa....

malam raya tuh plan nak ke segamat sebab aku nak carik tudung baju kurung merah aku tuh kat gerai ramadhan segamat...apa ni tokey tudung tapi tadak tudung..hehe tup tup lebih kurang pas isyak hujan turun dengan lebatnya..ishhh hujan rahmat tul...makanya aku pun bantai tidolah..sekali bangun kul 11.45 malam..camne nak pegi gerai ramadhan ni kn...ishhh last2 tak pegi pun..malam tuh buat apa aku tak ingt tapi aku tido kul 3 pagi rasanya sebab dok gosok baju raya...

Pagi Raya...

dah bersiap2 kemas, mandi, cantik2 kitorang yg pompuan ni tunggulah nak ke kubur ke rumah sedara mara ke...sekali apa yang jadi? semua org bantai tido...ishhh marah sungguh aku..sampaikan tokwan aku pun merajuk sebab kitorang sumer tak pegi 'menziarahi' opah...ishh tahun ni sangat ntahpapepapekuburpuntakpegila!!! aku agak tensen tau...raya tapi semua org nak tido..last2 paksu aku dapat jemputan ke rumah DO kat segamat so aku pun ikut...kitorang pegi 2 kereta..ada gak raya kan...kalo idak mahu aku pun bantai tido pagi raya tuh..pas pegi umah DO kitorang pegi umah mbah; mak paksu..makan kuih raya...sedapnya...

balik tuh lebih kurang tengahari aku bantai tido lagi..ishhh ntahpapela raya tahun ni kan...mata berat je asik2 nak tido...petang tuh family pak long aku dari kota tinggi sampai..anak dia semua kecuali kak jai je tadak..umah tok wan aku dah penuh dah tau..seronok...masa tuh yg ada paklong, mak aku, pak andak, mak itam, alang, mak ah, acik, mak su dan oteh latif..seronok sgt sebab rumah tokwan tuh dah penuh tahap dewa tau...hehe

....bersambung......

kisahadique : gambar family aku? HUH!!!!

date


Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua...Di kesempatan ini, aku nak memohon seribu kemaafan serta seribu kesalahan yang pernah aku lakukan selama ini..Terutama sekali buat mak ayah yg selama ni menjaga aku tanpa penat jerih walaupun anak mereka ni degil sgt..buat along dan keluarga di Cardiff, buat kakak aku dan abang ipar di Puchong serta tunang tersayang..tak lupa juga buat kawan2 aku since sekolah rendah (STM1), sekolah menengah (STK), geng UiTM Segamat, KYPM Kuantan, UUM, geng2 Jusco Taman Maluri dan cikgu cikgi kat sekolah aku...aku ni manusia biasa yg penuh dgn kekhilafan, makanya tak terlepas dari melakukan kesalahan...Maaf Zahir dan Batin!

date Tuesday, September 22, 2009


smlm pas buka2 n siap2 apa sume aku dan en. tunan bergerak ke gerai ramadhan..last minute shopping..tp bukan aku shopping apa pun..saje jalan2 nak tengok lautan manusia di gerai ramadhan kluang...sapa kata kluang tak jammed?

awl2 ramadhan dulu niat di hati, aku nak beli baju plain kurung pahang yang tantek2..tp dah ujung2 ni, pastu bila sume manik dah siap kat baju yg ada ni, tak jadi plak nak beli..lagipun ekonomi aku dah jadi ekoNoMoney la...banyak yg aku kena setelkan sebelum dan selepas raya..makanya aku kena berjimat cermat..sume org kata aku untung jual tudung leh kumpul utk kawen nnt..ishh tak pun la..tak kesampai buat masa ni..

ye la aku nak kena bayar roadtax yg mungkin mencecah rm1k, service kete aku 35000 yg sekarang ni 34300 kalo tak silap..kelmarin plak aku dah kuar rm200 bayar duit ganti bateri baru kete tu..nak setelkan bil2 rumah ni yang 2,3 bil bergantung pada aku, pastu nak setelkn loan mara yg ntahpapekejadahnyaantarsuratsamanpadaaku...

oleh yang demikian, hanya mereka yang bertuah sahaja akan dapat duit raya dari aku..aku betul2 tak dapat nak agih2kan duit raya pada sepupu sepapat aku yg lelain kat kampung tuh..erm doakan kemewahan aku, insya Allah tahun depan aku bagi utk semua :)) tapi sepupu aku yg 4 org gonjeng tuh aku kena bagi..dah janji kan...fatin dgn fatihah aku bagi rm20 seorang, farhan aku bagi rm15 sebab puasa penuh dan ilham aku bagi rm0.50 jek sebab dia puasa sehari jek..hahahaha padan muka dia...

nasib anak buah aku yg 3 org tuh tak ada kat mesia..kalo idak naya gak aku nak standby duit raya utk diorang..walaupun mungkin diorang puasa tak penuh sebab kecik lagi, tp aku bagi kerana aku sayang pada mereka...ishh sapa leh lawan sayangnya aku pada mereka tau..TERlalu sayang dan kerana sayanglah aku sanggup terbang ke london seorang diri tahun lepas..bukan calang2 org leh pegi luar negara yg ntah pape sorang2 tau..aku sendiri pun taau camne aku ada kekuatan mcm tuh sekali.....

last...SALAM AIDILFITRI UTK SEMUA...MAAFKAN AKU ATAS SEGALA2NYA..

kisahadique : kita manusia biasakn, so memang tak terlepas buat silap termasuklah aku..aku mohon maaf dan berdoa agar segala salah silap aku diterima oleh mereka yg terlibat dan juga Allah yang Maha Kuasa...erm aku maafkan juga apa yg org2 tuh semua dah buat pada aku...CUMA aku belum pasti tentang itu..tentang apa??

date Saturday, September 19, 2009

saya punya makanan....ayam je yg banyak...

en. tunang punya makanan...skit je kan...

burpp...alhamdullilah

aik..tak kuat makan pun 2 pinggan??

28 Ramadhan aku berbuka buat pertama kalinya dengan en. tunang di luar..maksud di luar, di kluang...ye la masa aku pegi kl aku dah buka dgn dia dah, 2 kali..pastu masa dia datang umah dan semalam sekali lagi...maknanya tahun ni aku berbuka dgn en. tunang 4 kali sahaja..tak pe la..bukan jadi masalah pun , 4 kali ke 40 kali ke janji ada berbuka sama..hehe

semalam kitorang berbuka di SdS..last minute booking, nasib baik ada seat kat sofa yg biasa aku dgn mak, ayah makan..makanan semalam agak sedap dan ramai plak org kat SdS tuh...erm cam biasa aku memang kuat makan, cuma en. tunang aku ni bukan pemakan orgnya..dah la dengan sejuk, makanya en. tunang aku tak senang duduk..ishh sejuk ekon camtuh pun tak tahan..camne nak ajak pegi cardiff ni kn?

date