esok aku nak ajar anak murid aku karangan jenis peribahasa..tajuk karangannya "Seperti Kacang Melupakan Kulitnya"...aku tak pernah ajar lagi so agak sukar nak bagi diorang paham..tapi jumaat lepas aku dah terang sedikit sebanyak jenis2 peribahasa..diorang pun dah mula memahami dan dapat membezakan keenam-enam jenis peribahasa tersebut..dan untuk makluman semua, peribahasa ni terbahagi kepada 6 pecahan..

1. simpulan bahasa iaitu ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya
contoh : akal kancil - penuh dengan tipu muslihat
contoh ayat : Jurujual itu mempunyai akal kancil untuk memperdaya suri rumah.

2. bidalan iaitu peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya..dan lazimnya bidalan mengandungi unsur pengajaran
contoh : sarang tebuan jangan dijolok - bahaya jangan dicari
contoh ayat : Pihak polis menasihati golongan wanita agar tidak melalui kawasan yang sunyi bersendirian kerana sarang tebuan jangan dijolok.

3. pepatah iaitu peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya.. pepatah juga mengandungi nasihat atau pengajaran daripada orang tua-tua
contoh : biar mati anak, jangan mati adat - adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan
contoh ayat : Majlis perkahwinan Hanim dibuat mengikut adat pepatih kerana menurut kehendak neneknya. Bagi neneknya, biar mati anak, jangan mati adat.

4. perbandingan iaitu paribahasa yang maksudnya membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain
contoh : harum seperti bunga
contoh ayat : Sabun mandi ini harum seperti bunga baunya.

5. perumpamaan iaitu sejenis peribahasa yang mempunyai makna yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentunya..perumpamaan dapat dikenali melalui penggunaan perkataan bak, bagai, laksana, seperti
contoh : seperti melukut di tepi gantang - dipandang ringan oleh orang lain kerana tidak berkuasa
contoh ayat : Aisy berasa dirinya seperti melukut di tepi gantang kerana tiada sesiapa pun yang menghiraukannya di rumah itu.

6. kata-kata hikmat iaitu kata-kata orang bijak pandai yang mengandungi falsafah dan pengajaran.
contoh : ilmu pelita hati - ilmu sebagai panduan dalam kehidupan manusia
contoh ayat : Manusia berlumba-lumba menimba ilmu kerana ilmu pelita hati.

kisahadique : esok sebelum aku ajar dan buat karangan peribahasa ni set induksinya besh...hehe aku nak wat kotak beracun peribahasa....harap2 diorang suka dan lagi mudah diorang nak paham...insya Allah..doakan aku ye :))

date Sunday, August 9, 2009

1 kisahadique.. to “karangan jenis peribahasa”

  1. Anonymous
    December 16, 2014 at 4:32 PM

    nak tanya nie.....
    adique ni dah besar ke?
    adique ni cikgu ke?
    mengajar kat sekolah mane?

    Reply

Leave a Reply: