* daripada Anas (ra), katanya : bersabda Nabi Muhammad s.a.w : Tiada daripada seseorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah (Allhamdullilah..) (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaan) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diapikan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.

*kelebihan bulan Ramadhan dan keagungan dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi nagi orang yang berjaga mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertakwa kepada Allah s.w.t, disamping sembahyangnya yang sunat, istifar, tash dan berzikir sepanjangnya.

* orang yang sembahyang bulan Ramadhan, tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam Syurga daripada permata, bagi orang yang berpuasa dan beribadat, tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya. (Al-Hadis)

* pada hari kiamat Allah memerintah malaikat Malik dan Riduan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malik dan Riduan berikan segala keinginan mereka daripada segala macam makanan dan minuman syurga. maka malaikat Malik dan Riduan memerinrah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapas dibulan Ramadhan. (Al-Hadis)

sebenarnya banyak sangat fadilat bulan Ramadhan ni iaitu bulan untuk umat manusia..aku cuma bagi 3 daripada banyak sangat fadilatnya..aku translate tulisan jawi dari buku berwarna merah iaitu 'Fadilat Rejab, Sya'ban dan Ramadhan' karya Budiman Radhi 20 Januari 1988 beralamat Lot 30, Kampung Pegawai, Alor Setar..

lepas ni aku akan cuba berikan kelebihan solat sunat tarawih sehari demi sehari..insya Allah..

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA DAN MAAFKAN ANDAI KATA AKU ADA TERLANJUR KATA, TERKASAR BAHASA, TERKURANG AJAR, TERLEBIH KATA DAN SEBAGAINYA.. AKU DILAHIRKAN BUKAN SEBAGAI MANUSIA YANG SEMPURNA TETAPI AKU CUBA SEDAYA UPAYA MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT KEPADA PERINTAH-NYA..INSYA ALLAH..SAMA2 KITA MENJALANI IBADAH BERPUASA DENGAN HATI YANG LAPANG DAN PENUH KEINSAFAN..INSYA ALLAH....

date Wednesday, August 19, 2009

0 kisahadique.. to “fadilat ramadhan..”

Leave a Reply: