erm mementanglah sekarang tgh sibuk 1malaysia, aku pun sibuk nak berpost 1 1 ni kan...pape hal pun sok dah naik sekolah...naik sekolah dengan azam baru..bukan anak murid je perlukan azam baru, cikgu2 pun perlu ada azam baru tau..ye la kalo cikgu2 tak ada azam baru, apalah bakal jadi kat budak2 sekolah tuh sumekn..

pmr bakal tiba...aku yg takut.takut napa? aku takut sepupu kesayangan aku a.k.a model tudung muslimah tuh bakal menduduki pmr...dah la cuti seminggu dok umah aku 1 buku pun tak sentuh..ishh aku tanak dia jadi cam aku..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..pape hal pun aku tetap mendoakan kejayaan dia..ramai yg sayang dia..dulu masa belajar dip or degree aku tak pernah lupa kalau balik cuti sem tak belikan sumthin utk dia..dia ada lagi 3 org adik, tp aku paling sayang dia..mungkin masa dia berusia seminggu mak dah bela dia, makanya aku terlalu sayang dia dan anggap dia adik aku..even dedulu masa sekolah aku memang bgtau sumer kwn2 bahawa fatin tuh adik aku...

makanya..pada kawan2 ku sekalian, andai kata ada yg betul2 ingat fatin tuh adik kandung aku, aku mohon maaflah ye...sempena bulan baik ni..bukan niat nak menipu tapi aku memang dah anggap dia adik kandung aku..rasa sayang aku pada dia sama cam aku sayang adik beradik aku yang lain...tapi sayang2 pun, kena marah tuh memang tak lepas...

pape pun....fatin, belajar sungguh2..score for ur coming PMR and i hope that u can get lat east 6A..insya Allah...aku sentiasa mendoakan dia...

dan untuk aku..........JADILAH GURU YG PUNYA 1NIAT...UNTK MENDIDIK ANAK BANGSA!


date Monday, August 31, 2009

tengah malam merdeka semuanya sedang nyenyak tidur akibat kepenatan melayan tetamu yang kunjung tiba sebelum raya...alhamdullilah...tetamu membawa rezeki..

date

Tudung Siti ni sangat evergreen...bukan aku beli bukan aku bawak balik dr kl..tapi ni mak kesayangan aku yg punya..tudung ni dah berusia 26 tahun tau..so dato' siti, nak komen pape??
harga - PRICELESS

Tudung Siti hitam versi besar..batu tampal harga RM25.00
(boleh menutup bahu - sangat sesuai utk mereka yg bersaiz l dan xl)

Tudung Siti Yuna...dua warna; hitam dan merah..ada macam2 warna gabungan hitam..
harga RM15.00

Tudung Siti berbatu...batu disusun cantik dan menarik..
harga RM15..ada pelbagai warna

Tudung Murni + Tudung Siti (hijau)
harga RM 38 + RM15

Tudung Murni (hijau)
harga RM38

Tudung Murni + Tudung Siti (biru)
RM38 + RM25

Tudung Murni (biru)
harga RM38

Tudung Murni + Tudung Siti (coklat)
RM38 + RM15

Tudung Murni (merah)
RM38

Tudung Murni (coklat)
RM38

Tudung Murni + Tudung Siti (merah)
RM38 + RM15

Tudung Murni + Tudung Siti (purple)
RM38 + RM25

Tudung Murni (purple)
RM38

Tudung Murni + Tudung Siti (cream)
RM38 + RM15

Tudung Murni (cream)
RM38

(model Muslimah : Nur Fatin Izzaty bt Mohd Daud)

Tudung Murni - ada pelbagai warna dan corak yang berbeza..sangat sesuai pada mereka yang bersaiz S, M, L mahupun XL..boleh menutup seluruh dada dan sesuai walaupun dipakai dengan baju kurung yang bercorak2..jenis kainnya yang sangat lembut dan sejuk apabila dipakai..tidak perlu dipinkan di bahagian belakang kerana tudung ini terletak cantik di leher dan bahu pemakai..berharga RM38.00 dan boleh dirunding jika berminat :)

Tudung Siti - terdapat pelbagai jenis seperti yg kita ketahui, dato' Siti memakainya..ada yang plain kecil, besar dan ada juga yang dua warna iaitu Tudung Siti Yuna..jenis kain yang lembut dan akan cantik terletak ditudung pemakai..sesuai juga dipakai bagi mereka yang 'free hair' seperti dato' Siti..pasti anda akan cantik dan manis seperti dato' Siti...sila rujuk gambar di atas :)
Tudung Siti apabila dipakai dengan tudung Murni, tidak perlu dipinkan kerana tudung ini tidak akan bergerak ataupun jatuh..berharga RM15.00 bagi yang kecil dan RM25.00 bagi yang besar..

pape hal emel saya @ loveaiemy[at]gmail[dot]com

kisahadique : harga boleh dirunding sempena menjelang hari lebaran ni..anda pasti tidak akan menyesal apabila memilikinya..mana tahu kekasih, tunang mahupun suami anda pun menyukainya dan tak berkelip mata memandang anda...sila rujuk gambar di atas betapa comelnya pemakai tudung2 tersebut :)

date Friday, August 28, 2009

inilah yang aku rindu sewaktu bercuti2 malaysia ke kl 3h2m arituh...nasib baik aku tanam tanaman yg leh harvest dalam masa 3 hari..kalo idak, mahu bankrup aku kan...mahu tak tido malam aku dok pikir ladang kesayang aku tuh....hahaha naya la aku dah addicted dengan farmville ni..nasib belum kawin, so tadak sapa la leh marah kn...kui kui kui

kisahadique : next post aku nak tunjuk Tudung Murni :)

date

MALAM KETIGA

Berseru malaikat di bawah Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau..

date Sunday, August 23, 2009



memang org kata merah tuh cantik kn..walaupun aku tak suka merah tp aku admit merah tuh memang menarik dan menawan..warna merah tuh leh wat seseorang tertarik..tunang aku pun suka aku pakai baju merah,tak kiralah tshirt ke bj kurung ke,sebab katanya : menarik..hehe ada ada je dia tuh kn...

dulu masa sekolah menengah ada sorang abg kwn kakak aku, dia pun suka sangat warna merah..bj melayu dia merah menyala..makcik aku pun, cik mimi pun gila merah..setiap tahun baju raya dia akan warna merah..gila merah..sorang blogger yg aku jd silent reader dia pun gila merah...ada apa ek dengan merah?kenapa kan diorang sumer suka warna merah kan?

aku plak tak suka warna merah..memang tak suka tp agak pelik bila tshirt aku warna merahlah yg paling banyak dan memenuhi hampir separuh almari aku..hehe agak pelikkan..tak suka warna merah,tp banyak plak baju warna merah tuh..kenapa aku suka pakai baju merah? sebabnya bak kata tunang aku : MENARIK..


dan..masa aku bertunang 13 june aritu, aku pun tatau cane leh berkenan warna merah dan akhirnya aku decide segala hantaran aku berwarna MERAH + putih..memula tak pasti cantik ke tidak hantaran tuh, tp bila tiba masanya, memang warna merah tu SANGAT cantik...syukur gak ramai yg puji bgtau hantaran aku cantik..selain gubahan yang cantik, warna merah tuh gak memainkan peranan yg penting..

RED IS DEAD...

kisahadique : tapi...camne sekali pun menarik warna merah tuh, aku tetap pilih KUNING..

date

malam kedua

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu baoanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

kisahadique : alhamdullilah arini aku berjaya..

date Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat...mulai hari ni dan sehingga hari2 terakhir ramadhan aku akan cuba berkongsi fadilat solat sunat terawih...nsya Allah

MALAM PERTAMA

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah

kisaadique : malam ni aku terawih kat rumah jek..erm wat 8+3...

lo

date Friday, August 21, 2009


congratulations to my dear sister on her convocation day last week..dia dah jadi masterji, aku plak bila lagi kan? uwaaa..malas nak cerita malas nak ingat2 lagi..mungkin belum rezeki aku nak dapat master..bayangkan dah 4 kali apply master dan dah dapat tempat (2 UiTM, 1 UTM dan 1 UPM = 4 IPTA) tapi semuanya aku tolak dengan berat hati dengan hati yang sedih dan tanpa kerelaan aku... walaupun hati aku meronta2 nak sambung belajar, tapi aku tak tahu napa berat je kan aku nak sambung master ni...

mungkin belum rezeki aku kan..insya Allah macamana sekali pun aku akan cuba jugak menyambung master...insya Allah dan doakan aku...mudah2an bulan Ramadhan ni doa aku termakbul..erm tp agak2 tunang aku tuh bagi ke tidak ek?

haha...gambar ni sangat eksklusif sekali...tuan punya badan pun tak dapat tengok lagi gambar ni..haha dia dapat tengok kat kedai gambar je arituh...ekeceli gambar ni aku dah amik tadi kat kedai gambar dan gambar2 yang dibasuh sumernya tantek2 belaka, lagi2 aku kan..hehe tp sebelum tu aku sempat gak bertekak gak dgn brader kat kedai tuh..dia sangat gonjeng tau..sangat! kakak aku ada tempah satu gambar mak ayah yang berframe..brader tuh siap dah pilihkan frame yg paling latest siap dah tulis atas frame tuh no gambar mak ayah..pastuh kakak aku pun dah bayar gambar mak ayah tuh rm130 satu frame...kononnya untuk hadiah pada depa la..tup tup tadi aku pegi kedai tuh sekali brader tu bagi gambar mak ayah yg tak ada frame..WTH?? aku pot pet pot pet plus penat baru balik sekolah plus pot pet pot pet..pastu kebetulan bos dia ada dan masalah aku berjaya diselesaikan... :))

kisahadique : bilalah aku nak merasa dapat master kan? sedih gak sebenarnya bila abang aku ada phd n kakak aku dah ada master...aku ni setakat degree je..bukan tak bersyukur dengan apa yang ada....entahlah ek..bila la rezeki aku nak sambung master tu akan termakbul kan.......

date Thursday, August 20, 2009

* daripada Anas (ra), katanya : bersabda Nabi Muhammad s.a.w : Tiada daripada seseorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah (Allhamdullilah..) (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaan) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diapikan Allah daripada sakit matanya pada bulan itu.

*kelebihan bulan Ramadhan dan keagungan dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi nagi orang yang berjaga mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertakwa kepada Allah s.w.t, disamping sembahyangnya yang sunat, istifar, tash dan berzikir sepanjangnya.

* orang yang sembahyang bulan Ramadhan, tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam Syurga daripada permata, bagi orang yang berpuasa dan beribadat, tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya. (Al-Hadis)

* pada hari kiamat Allah memerintah malaikat Malik dan Riduan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malik dan Riduan berikan segala keinginan mereka daripada segala macam makanan dan minuman syurga. maka malaikat Malik dan Riduan memerinrah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapas dibulan Ramadhan. (Al-Hadis)

sebenarnya banyak sangat fadilat bulan Ramadhan ni iaitu bulan untuk umat manusia..aku cuma bagi 3 daripada banyak sangat fadilatnya..aku translate tulisan jawi dari buku berwarna merah iaitu 'Fadilat Rejab, Sya'ban dan Ramadhan' karya Budiman Radhi 20 Januari 1988 beralamat Lot 30, Kampung Pegawai, Alor Setar..

lepas ni aku akan cuba berikan kelebihan solat sunat tarawih sehari demi sehari..insya Allah..

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA DAN MAAFKAN ANDAI KATA AKU ADA TERLANJUR KATA, TERKASAR BAHASA, TERKURANG AJAR, TERLEBIH KATA DAN SEBAGAINYA.. AKU DILAHIRKAN BUKAN SEBAGAI MANUSIA YANG SEMPURNA TETAPI AKU CUBA SEDAYA UPAYA MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT KEPADA PERINTAH-NYA..INSYA ALLAH..SAMA2 KITA MENJALANI IBADAH BERPUASA DENGAN HATI YANG LAPANG DAN PENUH KEINSAFAN..INSYA ALLAH....

date Wednesday, August 19, 2009


awak...
awak adalah kenangan terindah
yang tak akan orang lupakan
orang rasa gembira
berkawan dengan awak
rasa gusar dan takut hilang
bila salam yang dihulur
disambut baik
terima kasih awak..

tapi sekarang orang tak tahu kenapa
orang rasa sedih sangat
pelbagai andaian bermain difikiran
fikiran orang benar-benar berserabut
orang takutlah awak..
orang takut ia akan jadi kenyataan
sebab..orang tahu satu masa nanti
awak pasti akan dimiliki
ketika itu perlahan-lahan
awak lupakan orang..

TIDAK!!

orang tak sanggup memikirkannya
apalagi untuk meghadapinya
orang pernah merasa satu kehilangan
dan..orang tak nak rasa lagi
awak..
sebelum orang sayang awak banyak
sebelum semua terjadi..orang rasa
cukuplah sampai di sini
biarlah persahabatan ini kekal abadi...!!

kisahadique : sajak ni tak ada kaitan langsung dengan sesiapa...cuma aku nak bgtau, sajak ni wujud dari tahun 2001 lagi, masa aku tgh belajar..tetiba aku bukak almari (aku tampal sajak ni dalam almari baju..) dan aku rasa aku nak share sesuatu dgn semua..hehe *tunang tersayang..tak ada kaitan dgn abg eh :))

date

picture credited to : http://dulmalik.wordpress.com

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

kisahadique : masih belum terlewat lagi :(

date Tuesday, August 18, 2009



sebenarnya minggu ni aku banyak keje tau...dengan nak wat soalan geografi pastu nak susun pastu nak stapler, memang byk sgt2 keje..dengan website sekolah guru media nak before posa ni..ggRRrrrR tapi...sambil2 wat sumer2 keje tuh aku menyambil wat benda lain..lala aku sekarang ni tengah kemaruk main 'FarmVille' dengan "Sorority Life'..kadang2 balik dr sekolah 2 benda ni la yg aku pulun...maybe pada org lain dr jaman tok kaduk dulu diorang dah main..ye aku admit..aku ni buta IT so baru bulan ni aku kenal apa tuh sumer Facebook..haha

yg 'FarmVille' tuh sekarang ni aku level 13 dan coins aku 14938..TAPI...aku punya duit ada singgit jek..uwaa napa ek?? ada sesapa yg baik hati nak derma duit kat aku? abg sudin ke, kak sherry ke yanina ke..sesapa yg dok main 'FarmVille' tuh...TOLONG SAYA...

date

akhirnya segala2nya telah terbukti....erm siapalah aku nak mempertikaikannya...ini semua ketentuan Allah dan sesungguhnya Dia yang maha mengetahui segala2nya..cuma aku harap janganlah semua ni terjadi dalam hidup aku kelak...nauzzubillah...minta dijauhkan...

kisahadique : rasanya tak patut gelarkan 'dia' tuh ustaz la..tak layak rasanya..yg 'dia' lagi sorang tu plak cukup2 la dengan persembunyian dia selama ni...! semuanya dusta semata2...

date Sunday, August 16, 2009


siapa ni ek?

date Friday, August 14, 2009

apa yg aku rasa?
HUH!!

date Thursday, August 13, 2009


picture credited to : muhammaadsidqi.blogspot.com

combination fresh orange dan green apple dikatakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan penyebaran wabak H1N1 dibadan seseorang yang disyaki dijangkiti penyakit tesebut..erm tak ada fakta atau doktor atau mana2 pihak yg dapat mengesahkannya cuma mak aku cakap abg ipar aku yg bagitahu...dan si dia pun ada bgtahu dia dapat email dr seseorang dan mengatakan ada ustaz yg telah cuba combination ni pada seorang budak yg +ve H1N1..dan dengan Allah budak tuh sembuh...betul atau tidak wallahualam...tetapi selagi ada macam2 cara selagi tuh kita cuba berikhtiar..cam aku bgtahu semalam...prevention better than cure..

erm apa cara sekali pun kita kena banyakkan berdoa pada Allah..ada beberapa sekolah kat Malaysia ni dah buat sembahyang hajat memohon ke hadrat Ilahi..sekolah aku ni lum lagi..bila ek??

kisahadique : ada sesapa yg dapat mengesahkan kebenaran combination fresh orange + green apple dpt mengurangkan sakit H1N1 ni?

date Wednesday, August 12, 2009

sekarang ni kat mana2 je ada wabak H1N1..even kat sekolah aku pun dah berpuluh2 budak kena balik dan dikuarantin selama seminggu...erm bebudak tuh sumer ntahkan duduk rumah ntahkan tidak..ye la..pantang mak pak lepa sket diorang dah kuar rumah dok men2 dgn kawan...ishh kita mana tahukan..kalo dah ramai sgt...

so far aku dan seisi rumah aku belum ada simptom2 wabak durjana ni dan harap dijauhkan.. minta sgt2 dijauhkan dari segala mala petaka ni...ujian dari Allah kepada semua umat manusia di dunia ni..satu persatu musibah yg Allah turunkan pada semua manusia..cuma bergantung pada kita je macam mana nak lakukan perkara yg seterusnya..Allah suruh kita beringatkan..

kisahadique : sabar ke kita hadapi ujian dari Allah ni?

date Tuesday, August 11, 2009



pada semua kawan2 di luar sana...berhati-hati..kalau nak mudah, beli sanitizer utk bilasan tangan tanpa air..mudah jek nak guna..aku kat sekolah pun lepas anak murid dok salam2 aku akan guna sanitizer ni..bukan untuk apa..prevention better than cure...

date

esok aku nak ajar anak murid aku karangan jenis peribahasa..tajuk karangannya "Seperti Kacang Melupakan Kulitnya"...aku tak pernah ajar lagi so agak sukar nak bagi diorang paham..tapi jumaat lepas aku dah terang sedikit sebanyak jenis2 peribahasa..diorang pun dah mula memahami dan dapat membezakan keenam-enam jenis peribahasa tersebut..dan untuk makluman semua, peribahasa ni terbahagi kepada 6 pecahan..

1. simpulan bahasa iaitu ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya
contoh : akal kancil - penuh dengan tipu muslihat
contoh ayat : Jurujual itu mempunyai akal kancil untuk memperdaya suri rumah.

2. bidalan iaitu peribahasa yang mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya..dan lazimnya bidalan mengandungi unsur pengajaran
contoh : sarang tebuan jangan dijolok - bahaya jangan dicari
contoh ayat : Pihak polis menasihati golongan wanita agar tidak melalui kawasan yang sunyi bersendirian kerana sarang tebuan jangan dijolok.

3. pepatah iaitu peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya.. pepatah juga mengandungi nasihat atau pengajaran daripada orang tua-tua
contoh : biar mati anak, jangan mati adat - adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan
contoh ayat : Majlis perkahwinan Hanim dibuat mengikut adat pepatih kerana menurut kehendak neneknya. Bagi neneknya, biar mati anak, jangan mati adat.

4. perbandingan iaitu paribahasa yang maksudnya membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain
contoh : harum seperti bunga
contoh ayat : Sabun mandi ini harum seperti bunga baunya.

5. perumpamaan iaitu sejenis peribahasa yang mempunyai makna yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentunya..perumpamaan dapat dikenali melalui penggunaan perkataan bak, bagai, laksana, seperti
contoh : seperti melukut di tepi gantang - dipandang ringan oleh orang lain kerana tidak berkuasa
contoh ayat : Aisy berasa dirinya seperti melukut di tepi gantang kerana tiada sesiapa pun yang menghiraukannya di rumah itu.

6. kata-kata hikmat iaitu kata-kata orang bijak pandai yang mengandungi falsafah dan pengajaran.
contoh : ilmu pelita hati - ilmu sebagai panduan dalam kehidupan manusia
contoh ayat : Manusia berlumba-lumba menimba ilmu kerana ilmu pelita hati.

kisahadique : esok sebelum aku ajar dan buat karangan peribahasa ni set induksinya besh...hehe aku nak wat kotak beracun peribahasa....harap2 diorang suka dan lagi mudah diorang nak paham...insya Allah..doakan aku ye :))

date Sunday, August 9, 2009

pedulilah apa org nak kata yang penting sekarang aku sangat2 merindui orang di sana...rindu sgt2..setiap hari aku bilang jari bilalah dapat aku ketemu dengan org di sana..aku merindui saat2 kami bermesra, saat2 kami bermanja, saat kami bermain2 dan segala2nya...aku rindu saat2 bahagia itu..dan aku harap agar saat bahagia itu akan datang kembali..aku sentiasa berdoa agar dapat bertemu org di sana...

kalaulah sekarang ni tak ada wabak cik biba yg menyerang dunia ni pasti aku nak terbang ke tempat insan2 yg aku rindu sgt2 ni..dahlah tiket pegi balik tengah murah..ishhh takpelah...sabarlah ye hati..mereka akan pulang..

I MISS YOU ALL A LOT MY LOVELY NIECE...ACU RINDU CACA, YAYA AND FAFA..ALSO YOU BOTH MY BROTHER AND MY DEAR SIL..

date

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Rozita.

credited to : http://www.tentangcinta.com/kisah-cinta/satu-kisah-cinta/

kisahadique : erm hargailah org yg selama ni menyayangi kita dengan sepenuh hati..pada kita mungkin org tuh banyak sangat kekurangan tp tanpa kita sedar diri kita sendiri pun kurang..tiada manusia yg sempurna dekat dunia ni..termasuklah AKU..aku sentiasa bermohon pada Allah agar ditetapkan iman aku, ditetapkan hati aku hanya pada si dia yg selama ni dah banyak berkorban untuk aku...

date Friday, August 7, 2009




inilah hasil kerja tangan aku yg pertama...ekceli tuh sebelum edit tuh yg nampak jarang2 sket..tp skrang aku dah edit2 maka dia agat rapat2 dan nampak comel..hehe ni sulam manik tabur yg sesuka hati mak nenek aku wat..memakan masa selama 2 hari sebab aku teramatlah buzy so leh wat after balik sekolah jek..takpe la janji aku pandai gak kan..huhu

ada sesapa nak tempah?

date

Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Yeah I hear you in my dreams
I hear your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, fell the air
I put a flower in your hair
And though the breeze is through trees ???
Move so pretty you're all I see
Let the world keep spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday


kisahadique : i'm lucky to be his fiancee..so lucky..dan aku akan sentiasa berdoa agar Allah rapatkan lagi hubungan kami dan kekalkan hubungan kami selama2nya..insya Allah

date


aku sakit hati betul dengan satu kereta ni...kereta MyVi driver dia perempuan..dia sangat hampeh dan sangat sengal...setiap pagi masa nak pegi kerja aku mesti akan bersaing dengan kereta sengal tuh..apa yg membuatkan aku sakit hati adalah disebabkan ke'bengongan' dia yg suka bawak kereta laju2 then suka cocok2 belakang kereta aku dan suka bukak lampu yg terang benderang...aku sangat benci dengan perempuan itu..! aku agak dia mesti cikgu area felda2 selepas sekolah aku tuh..takleh nak sebut felda apa sebab dekat dengan rumah tunang aku..kui kui aku agak jek dia tuh cikgu sebab waktu dia pergi kerja sama dengan aku...huh!

3,4 minggu ni memang aku selalu bersaing dengan dia..dah kalau tahu nak cepat2 keluarlah dari rumah tuh awal2... jgn la bila dah lambat engkau sibuk nak cocok2 kereta org lain..kalau berlanggar sapa yg susah hah? harap kereta je MyVi tp kalau drivernya tak berbudi pun tak guna jugak!

kepada pemandu yang tersangatlah bertuah sebab dapat masuk dalam blog aku ni..MyVi kaler marron JKG7302..silalah bertimbang rasa..lenkali kalau nak cepat, keluar dari rumah awal2..keluar pukul 6 pagi ke..paham? jangan nak dok cocok kereta org saja..PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...tak guna awk tuh jadi cikgu tapi bila atas jalan raya pentingkan diri sendiri...!

adios amigos...

date Tuesday, August 4, 2009


aku rindu saat ini...entahkan berkesempatan atau tidak aku melalui saat manis ini lagi..inilah pengalaman yang tidak akan aku lupakan sampai bila2...kalau leh aku nak ulang lagi saat manis ini..tapi..takleh sebab sekarang ni musim penyakit binatang nyok..nyok..

date


aku tatau napa la skrang broadband ni sangat sengal..makin hari service bukan makin baik, tapi makin SENGAL..tengok la tuh..EDGE je? hampeh tul la...any celcom employee here? tolonglah jelaskan kenapa jadi camni? aku setiap bulan perfect bayar tau...dah tuh plak aku ni dok kat tengah bandar, bukan kat ujung dunia...ishhh sangat geram!! apa masalahnya ni?? arghhhh rasa cam nak makan budok jek tau..

date Monday, August 3, 2009


aku nak upload gambar ni banyak2 tp broadband ni terlalu SENGAL!

date Sunday, August 2, 2009


gambar yang comel ni (kui kui) spesel diedit oleh tunang kesayangan aku sempena hari lahir aku semalam..thanz dear..nanti aku uploag lagi hadiah2 yg aku dapat semalam eh..tunang aku dah balik...sedihnya...

date


pepagi ni tadi auntie maria (adik angkat mak) yang baik hati menyiapkan hantaran masa aku bertunang aritu datang umah..dia datang membawa 'sesuatu'..sekali aku jengah kat pintu masa dia datang, rupa2nya dia membawa sejambak bunga...masya Allah..sangat cantik tau..wane kuning dan 8@9 kuntum rasanya...perghh mana auntie tahu ek aku suka wane kuning ek...hehe sangat gembira..ye la pepagi buta dah dapat bunga kan..

ekceli aku tak harap pape pun dari dia and aku sendiri tak sangka plak dia nak bagi bunga secantik tuh...thanx so much auntie...muahhh love u...semoga Allah berkati auntie sekeluarga dan doakan kebahagiaan adik ye...

date Saturday, August 1, 2009