siang tadi aku baca paper..bukan nak tunjuk pandai atau bukan nak tunjuk hebat..cuma aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada headline berita yang nak disampaikan tu..mungkin pada org lain tak jadi masalah, tapi pada aku, ya.. sebab dalam paper tau satu dunia yang membacanya..masalahlah kalau salahkan..
ini apa yang aku dapat dan apa yang aku tahu dan apa yang aku belajar selama ni..kesalahan umum tatabahasa mengenai kata bilangan..contohnya penggunaan kata bilangan tentu seperti satu, dua, seratus, sejuta atau sebagainya dan penggunaan kata bilangan pecahan seperti setengah, suku atau sebagainya..kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan tidak boleh didekatkan antara satu sama lain semasa perhitungan..
aku bagi contoh :
- dua setengah jam atau dua setengah ringgit
agak2 korang betul ke tidak ayat kat atas tuh? ayat tuh salah..sebab apa? sebab kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan didekatkan..tak boleh tuh..ayat yang betul seperti berikut..
- dua jam setengah atau dua ringgit setengah
oleh yang demikian, pada penghematan aku yang bukanlah hebat sangat yang masih lagi belajar yang masih lagi memerlukan pertolongan dari bijak pandai, berpendapat tajuk berita seperti yang di atas tuh Najib hadir lima mesyuarat NKRA dalam dua setengah jam adalah salah..
erm..pada bijak pandai di luar sana bagilah pendapat anda...
kisahadique : erm aku terima jek kalau ada sesapa yang nak condemn aku..seperti yang aku admit atas tuh, aku masih lagi belajar..banyak lagi yang aku jahil sebenarnya..maka aku perlukan pertolongan sesiapa sahaja..pssstt : tolong abaikan bahasa dalam blog ni ye..memang kurang bahasanya..hehe