SEBELUM

semalam aku dan seorang lagi guru penasihat Kadet Polis berserta 17 orang pelajar berangkat ke tangkak..ada apa ek?

Tarikh : 6 - 9 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lapangan Sasar Bukit Kangkar, Ledang, Johor

ya..kami berangkat ke tangkak sebab ada Simulasi dan Latihan Menembak Rifle M16..tension gila semalam tau..dah la kena marah, dimalukan dan segala2nya yang buat kitorang sakit hati..kalau tak memikirkan bebudak 17 orang tuh yg terlebih excited nak pegi, memang kitorang dah angkut semua2 tuh balik T6 tau..huh!


SEMASA
tetiba jek kat IPD kitorang kena marah sebab pakaian kitorang tak menepati piawai diorang..huh ada kami kisah? dah dirorang pun tak menion guru2 nak kena pakai apa kan..surat yang diorang hantar pun tak lengkap tau! ni yang aku nak hangin sangat ni tau..pastu 1,2 hari sebelum nak pegi kepala kadet polis kat sekolah aku bagitau guru2 leh naik kereta sendiri dan tidak digalakkan naik trak..tup tup tiba IPD diorang pusing balik bagitau guru kena naik trak..what??? what da h**l??

nak tanak kitorang pun naiklah trak..walaupun aku anak polis, selama aku hidup ni, ni la first time aku naik trak tau..nasib baik duduk kat seat depan, kalau duduk belakang mahu mati aku tau..huhu tapi yang best tuh sepanjang perjalanan pergi dan balik kami diescort kereta peronda..hehe segala tok nenek trafik light kitorang langgar dan melepasi tol dengan selambanya..besh besh

muka ketakutan..tapi tetap control cute..

saat menanti giliran untuk menembak..kuat tau bunyi

aku dan kak azmah...kitorang menang berposing je..saat berdebar

di medan perang..aku membayangkan seseorang yg aku benci dan akhirnya
orang tuh mati aku tembak..padan muka

inilah wirawati T6

markah keseluruhan guru2 yang menembak...bukak mata besar2 dan tengok nama aku

setibanya kitorang di sana, ada dua lagi kejadian yang membuatkan kami sakit hati, dan sakit jiwa! kitorang guru2 dikehendaki membayar rm20! mungkin pada korang murah tapi pada kitorang, tuh sesuatu yang amat tinggi nilainya..SEBABnya : kitorang tak dimention pun guru2 diwajibkan membayar rm20 tuh! sapa tak sakit hatikan...DAN..kami guru2 diwajibkan atau dengan kata lain kami guru DIPAKSA menembak jugak! aku tak terkata apa...

SELEPAS
aku takut, rasa nak menangis je sebelum nak menembak tuh..bunyinya tuhan je yang tahu..tapi at last, alhamdullilah aku berjaya..dan yang tak sangkanya aku berjaya mendapat tempat kedua terbaik tau..markah tertinggi cikgu dari SMK Paloh dengan mata 182 dan aku mata 173..hehe terer gak kan??

Johan Menembak : Nur Haqqim

Tempat Ketiga : Mohd Rasydan Asyraf

sekolah aku bawak pulang dua piala...johan dan tempat ketiga..tahniah..akhirnya berbaloi..cikgu korang kena marah pun akhirnya hilang segala penat lelah bila tengok anak2 berjaya.. alhamdullilah..dan kami bergerang pulang dari tangkak tuh lebih kurang jam 5 petang dan singgah sebentar di rnr pagoh utk melepaskan segala hajat dan bersolat..dan aku tiba rumah jam 8.30 malam....


KAMI NAK BALIK....

date Thursday, July 9, 2009

0 kisahadique.. to “Simulasi dan Latihan Menembak Rifle M16”

Leave a Reply: