aku terpikir2 tadi..kenapa mesti begitu? kenapa mesti begini? kenapa mesti jadi macam ni? kenapa mesti jadi macam tu? kenapa ni? kenapa tu? kenapa? kenapa? why? why?

kenapa manusia suka menipu?
kenapa manusia berhati batu?
kenapa manusia menjadi batu api?
kenapa manusia senang berubah?
kenapa manusia berburuk sangka?
kenapa manusia suka membenci?
kenapa manusia menyakiti hati?
kenapa manusia tidak bersimpati?
kenapa manusia tidak menolong?
kenapa manusia suka menyusahkan?
kenapa manusia dengki sesama sendiri?

kenapa?

tepuk dada, tanyalah iman...kita hanyalah manusia yang lemah, manusia yang khilaf, manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan dan panduan..

kenapa?

date Thursday, July 30, 2009

siang tadi aku baca paper..bukan nak tunjuk pandai atau bukan nak tunjuk hebat..cuma aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada headline berita yang nak disampaikan tu..mungkin pada org lain tak jadi masalah, tapi pada aku, ya.. sebab dalam paper tau satu dunia yang membacanya..masalahlah kalau salahkan..

ini apa yang aku dapat dan apa yang aku tahu dan apa yang aku belajar selama ni..kesalahan umum tatabahasa mengenai kata bilangan..contohnya penggunaan kata bilangan tentu seperti satu, dua, seratus, sejuta atau sebagainya dan penggunaan kata bilangan pecahan seperti setengah, suku atau sebagainya..kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan tidak boleh didekatkan antara satu sama lain semasa perhitungan..

aku bagi contoh :
  • dua setengah jam atau dua setengah ringgit
agak2 korang betul ke tidak ayat kat atas tuh? ayat tuh salah..sebab apa? sebab kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan didekatkan..tak boleh tuh..ayat yang betul seperti berikut..
  • dua jam setengah atau dua ringgit setengah
oleh yang demikian, pada penghematan aku yang bukanlah hebat sangat yang masih lagi belajar yang masih lagi memerlukan pertolongan dari bijak pandai, berpendapat tajuk berita seperti yang di atas tuh Najib hadir lima mesyuarat NKRA dalam dua setengah jam adalah salah..

erm..pada bijak pandai di luar sana bagilah pendapat anda...

kisahadique : erm aku terima jek kalau ada sesapa yang nak condemn aku..seperti yang aku admit atas tuh, aku masih lagi belajar..banyak lagi yang aku jahil sebenarnya..maka aku perlukan pertolongan sesiapa sahaja..pssstt : tolong abaikan bahasa dalam blog ni ye..memang kurang bahasanya..hehe

date Wednesday, July 29, 2009

aku sedang menghitung hari...

date


aku dah ada account facebook..tp sumpah aku tak pandai langsung..kalo dulu nak belajar wat blog dalam masa sehari senang je nak pandai..tapi facebook ni payah la..kena bantai gelak dengan kekawan aku adalah..pastuh tetiba ada ramai plak sepupu sepapat aku nak jd friends aku..mana diorang tahu pasal aku pun aku tatau..ishhh sapa yg baik hati tolong wat kelas tambahan untuk aku..huhu

date

tangan aku ni betul2 la dah keras dan dah kejung..tak reti nak menggayakan nak mencantikkan atau nak meng'kreatifkan' jahitan manik yang aku belajar tuh..ishh...bila tengok tok guru menjahit, aku rasa cam senang la sangat..tapi bila tiba turn aku..hampeh!

ni antara gambar2 yang aku berjaya snap sambil2 belajar menjahit tadi..huh sangat tak pandai tau aku ni..tapi sebab suka aku turtkan hati..bayaran untuk harini dibelanja oleh emak..ehh emak ke ayah ek..alaa aku tak sure la sapa..hehe

arini belajar wat corak kat leher..yang garisan kat leher tuh agak senang dan bunga tuh plak aku cuba jaya dan akhirnya berjaya..agak tantek kan? yang susah sket tuh yang bentuk love separuh dengan daun tuh..ekceli ada lagi corak last kitorang wat...batang berjuntai..opss..hehe nanti aku letak gambar yang ada berjuntai2 tuh eh..

next tuesday last class belajar menjahit manik dan akan start semula bulan 11 after raya..bulan 11 tuh kelas menjahit dan insya Allah kalau tak de aral melintang aku akan turut serta..manalah tahu kalau lepas ni pape jadi kat 'kerja' aku sekarang ni, leh la aku mencari rezeki dengan menjahit bajukan..mudah2an...doakan aku ye

kisahadique : si dia tersayang demam...huhu..ni sumer gara2 teluk ramunia la ni kan..4 dah demam, tinggal lagi 2..

date Tuesday, July 28, 2009

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

kisahadique : aku harus simpan 'rasa' itu..'rasa' yang tak dapat aku lauhkan camne..sekarang ni aku cuma pikirkan emak dan ayah jek..aku nak mereka berdua sihat dan tenang seperti sebelum ini dan jauhkan kami semua dari perkara2 yang tidak baik...UNTUK ALONG...baliklah cepat..

date Thursday, July 23, 2009


kelmarin, tanggal 21 Julai 2009, Pak Long yang merupakan abang sulung ayah aku telah kembali ke rahmatullah..arwah meninggal lebih kurang pukul 2 pagi di PPUM..sehari sebelum arwah meninggal aku, mak dan ayah ada melawat arwah di PPUM...saat tuh memang arwah cuma bergantung pada oksigen saja..kala aku memanggil nama dia pun dia tak sedar..tanda2 arwah akan pergi saat tuh ayah kata kakinya dan hidungnya..ermm subhanallah..

sedih sangat saat aku melawat arwah di hospital kala tuh..dah la ditambah dengan 'kesedihan' yang satu itu..ya Allah, kuatkanlah hambamu ini..kuatkan aku..kuatkan juga emak dan ayah aku..aku sayang pada mereka berdua dan aku harap sangat2 ya Allah, permudahkanlah hidup kami..sekarang ni aku cuma ada dan pikirkan mereka berdua selain tunang aku...

kisahadique : erm sejak dari 'hari itu' sampai ke saat ni aku sentiasa berdebar2 aje..dada aku berdebar2 tak berhenti..semacam ada sesuatu yang menakutkan aku jek..kenapa?

date


sakit hati betul aku dengan line broadband malam ni..macam hampeh!!
bayangkan malam ni je dah bape kali aku disconnect dan connect semula..betul2 macam hampeh tau..grrrr..makang budok!!

date Friday, July 17, 2009

Malam siang ku lalui
Dengan debaran di hati
Pengalaman teman-teman
Membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya berkemungkinan

Hari ini aku tahu
Ku tak meraguimu
Kerna telah jadi bukti
Kau setia pada janji
Tetapi esok hari
Tak tahu apa 'kan terjadi

( korus 1 )
Ku ingin pertahankan
Sebuah kejujuran
Ingin ku bersamamu
Ke akhir hayatku

( korus 2 )
Namun ku tak berani
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan

Jangan kau salah mengerti
Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan
Bukan ku tak sayang

Ku mahu kau menginsafi
Dengan kehidupan ini
Segala berkemungkinan
Untuk terjadi

kisahadique : lagu ni mengingatkan aku saat aku nak spm lama dahulu...aku rindu saat itu..saat aku menumpang di asrama STK...terima kasih teman

date

di langkawi bersama best fren sewaktu buat project phanoramic..patutnya ada lagi sorang sebab geng kitorang ada 7 + 1..
from left to right : stood, putat, ME, sue, shida and ijam..not in photo aie and term..


di INTAN masa bengkel multimedia..ni kalo tak silap dekat kul 2,3 pagi ni..huhu projek tak siap ni..
sumpah aku bagitau aku tak ingat nama 2 hero tuh dan seorang lagi awek tuh namanya hana..


masa praktikal di intan..aweks cun + bujang macho..ni kat opis atas, opis group praktikal lelain..opis aku kat bawah..
from left to right (berdiri) : wanie, zue, hana and ...tak ingat (nnt tanya tunang aku ek)
from left to right (duduk) : anie, pun tak ingat and ME..

ni group praktikal aku...memang kitorang besh fren sesangat..
from left to right : ME, yana, hana and one and only, wan



Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

kisahadique : aku rindu saat2 ni sumer...rindu sgt2..rindu pada teman2..teman yang sanggup menolong, yang sanggup berkongsi susah dan senang dengan aku..lagi2 pada teman di uum tuh..evo team..love u all

date



kisahadique : aku kena kerja keras lagi ni..ada sesapa yang nak bukak kelas? aku nak join la...

date Wednesday, July 15, 2009

semalam pukul 7 - 9 malam aku ada aktiviti baru..aktiviti yang menyeronokkan dan rasa menyesal pulak tak buat aktiviti ni dari dulu2 lagi..aktiviti yang insya Allah boleh mengayakan aku..ishh aku akan teruskan aktiviti ni dan pastikan aku berjaya....insya Allah

kisahadique : gambar aktiviti tuh tak sempat nak snap atau dengan kata lain aku tak teringat pun nak bergambar..cuma ada gambar 'sesuatu' tuh je...nanti eh

date

disember 2008


may or june 2009

kisahadique : rindunya aku kat budak mentel ni..masa dulu yg aku pegi umah dia, dia skit pun tanak kat aku..kalo nak pun kejap2 jek...rasa sedih pun ada rasa terkilan pun ada..ye la kita dtg jauh2 tp dia tak sudi..dan sekarang hampir 6,7 bulan, aku merinduinya...

date Sunday, July 12, 2009

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

kisahadique : apa lagi yang aku nak rahsiakan? erm hanya aku yang tahu..cume sekarang ni aku serabut dan biarlah rahsia...

date

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

date Friday, July 10, 2009

SEBELUM

semalam aku dan seorang lagi guru penasihat Kadet Polis berserta 17 orang pelajar berangkat ke tangkak..ada apa ek?

Tarikh : 6 - 9 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lapangan Sasar Bukit Kangkar, Ledang, Johor

ya..kami berangkat ke tangkak sebab ada Simulasi dan Latihan Menembak Rifle M16..tension gila semalam tau..dah la kena marah, dimalukan dan segala2nya yang buat kitorang sakit hati..kalau tak memikirkan bebudak 17 orang tuh yg terlebih excited nak pegi, memang kitorang dah angkut semua2 tuh balik T6 tau..huh!


SEMASA
tetiba jek kat IPD kitorang kena marah sebab pakaian kitorang tak menepati piawai diorang..huh ada kami kisah? dah dirorang pun tak menion guru2 nak kena pakai apa kan..surat yang diorang hantar pun tak lengkap tau! ni yang aku nak hangin sangat ni tau..pastu 1,2 hari sebelum nak pegi kepala kadet polis kat sekolah aku bagitau guru2 leh naik kereta sendiri dan tidak digalakkan naik trak..tup tup tiba IPD diorang pusing balik bagitau guru kena naik trak..what??? what da h**l??

nak tanak kitorang pun naiklah trak..walaupun aku anak polis, selama aku hidup ni, ni la first time aku naik trak tau..nasib baik duduk kat seat depan, kalau duduk belakang mahu mati aku tau..huhu tapi yang best tuh sepanjang perjalanan pergi dan balik kami diescort kereta peronda..hehe segala tok nenek trafik light kitorang langgar dan melepasi tol dengan selambanya..besh besh

muka ketakutan..tapi tetap control cute..

saat menanti giliran untuk menembak..kuat tau bunyi

aku dan kak azmah...kitorang menang berposing je..saat berdebar

di medan perang..aku membayangkan seseorang yg aku benci dan akhirnya
orang tuh mati aku tembak..padan muka

inilah wirawati T6

markah keseluruhan guru2 yang menembak...bukak mata besar2 dan tengok nama aku

setibanya kitorang di sana, ada dua lagi kejadian yang membuatkan kami sakit hati, dan sakit jiwa! kitorang guru2 dikehendaki membayar rm20! mungkin pada korang murah tapi pada kitorang, tuh sesuatu yang amat tinggi nilainya..SEBABnya : kitorang tak dimention pun guru2 diwajibkan membayar rm20 tuh! sapa tak sakit hatikan...DAN..kami guru2 diwajibkan atau dengan kata lain kami guru DIPAKSA menembak jugak! aku tak terkata apa...

SELEPAS
aku takut, rasa nak menangis je sebelum nak menembak tuh..bunyinya tuhan je yang tahu..tapi at last, alhamdullilah aku berjaya..dan yang tak sangkanya aku berjaya mendapat tempat kedua terbaik tau..markah tertinggi cikgu dari SMK Paloh dengan mata 182 dan aku mata 173..hehe terer gak kan??

Johan Menembak : Nur Haqqim

Tempat Ketiga : Mohd Rasydan Asyraf

sekolah aku bawak pulang dua piala...johan dan tempat ketiga..tahniah..akhirnya berbaloi..cikgu korang kena marah pun akhirnya hilang segala penat lelah bila tengok anak2 berjaya.. alhamdullilah..dan kami bergerang pulang dari tangkak tuh lebih kurang jam 5 petang dan singgah sebentar di rnr pagoh utk melepaskan segala hajat dan bersolat..dan aku tiba rumah jam 8.30 malam....


KAMI NAK BALIK....

date Thursday, July 9, 2009

date Tuesday, July 7, 2009

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

kisahadique : sesungguhnya si dia telah diciptakan untukku...

date

sangat hebat pembikinan editing seseorang ini..harap2 rezeki si dia bakal datang dalam masa terdekat ni..aku akan sentiasa doakan si dia...
demi KAMI

nama si cute girl ni nijina nur islam...so sweet..aku rasa masa reunion aritu dialah yang paling cute and sweet...kalaulah aku dapat anak secomel ni...ya Allah...sangat hebat ciptaan tuhan..subhanallah

kisahadique : sebenarnya aku sangat2 kecewa hari ni..erm terlalu kecewa dan kesal dengan apa yang terjadi..aku sangat2 kecewa..aku sedih sangat2...ermm biarlah hanya aku, si dia dan yang maha esa saja mengetahuinya..sesungguhnya sangat berat dugaan ini..kalaulah aku tak kuat iman sekarang ni, aku memang dah 'jatuh'..nauzubillah...doakan kami

date


happy bestday to my dad..sebenarnya entry ni dah lama nak post tapi tak berkesempatan..ye la bestday ayah hari khamis then jumaat sampailah ahad aku dok busy so tak sempat nak post entry ni..kiranya entry ni dah basilah kan..basi pun basi la janji aku seronok sebab ayah dah belanja aku makan kat rest house..huhu dapat makan chicken crispy thai sos tau.nyum nyum


selamat hari lahir untuk ayah ku sayang..sayang sangat2 kat ayah..dan terima kasih atas segala2nya..dan terima kasih juga sebab dah belanja adik makan kat rest house..sedap sgt2..hehe adik doakan ayah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..duit bulan ni adik bagi dalam 2,3 hari ni eh..hehe gaji baru masuklah...love u

date

credited to : http://www.wordle.net

credited to : http://www.loonapix.com/

date Wednesday, July 1, 2009

JULAI

  • sangat seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
  • agak pendiam kecuali dirangsang
  • ada harga dan maruah diri
  • tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
  • berjiwa sentimental
  • jarang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda yang remeh temeh
  • sangat peka, caring, mengasihi sayang
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • layanan yang serupa dengan semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang sangat tajam
  • suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
  • sensitif tapi lambat untuk pulih
  • suka mendiamkan diri
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif, kecuali terpaksa
  • lemah dari segi kesihatan perut
  • mudah terkena kanser payudara
  • mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • suka duduk di rumah
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja
kisahadique : ni sempena bestday ayahanda kesayangan aku sok..huhu nak ajak ayah makan kat rest house la malam ni..aku dok terbayang2 jek ayam goreng kat rest house aritu..nyum nyum..ayah..jom kita pegi makan kat rest house malam ni jom..

date