sapa tengah marah sekarang ni? sambil2 baca entry aku hari ni dia rasa marah sangat2..marah yang tak tahu entah kenapa dan apa puncanya..kalau sesiapa yang tengah marah sekarang ni, teruskan baca entry aku ni eh, bagus untuk korang dan yang tak marah pun leh sambung baca gak..ilmu ni tau..ilmu ni aku cedok dari sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia bertarikh 17 Januari 2010, Ahad tulisan Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah..aku suka sangat2 sisipan beliau kali ni :)


semua orang pernah rasa marahkan..marah yang sedikit, marah yang banyak, marah yang rasa macam nak lempang orang, marah yang rasa nak bunuh orang atau marah yang rasa nak bunuh diri sendiri pun ada kan..aku rasa semua manusia yang hidup kat dunia ni tak terlepas dari perasaan marah..betapa waraklah seseorang manusia tu, tapi bila dia dicuit dengan sesuatu perkara yang tidak disukainya, mesti dia akan melenting dan mengakibatkan kemarahan..aku tahu semua tu malah korang yang tengah baca ni pun mesti tahu kan..

dan adakalanya juga kita sendiri tak tahu kenapa kita nak marah2kan..aku tanak tengok orang lain atau nak tuju kat orang lain..tak payah pergi jauh2, aku tengok diri aku sendirilah..kadang2 aku sendiri pun tak sedar apa punca aku nak marah2, kadang2 benda kecil pun boleh jadi bahan aku nak marah, nak mengamuk..mungkin sebab aku kecil hati, cemburu atau persekitaran aku yang membuatkan aku tekanan?? aku sendiri tak pasti..tapi sebenarnya, itu masalah tau..

menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, UM, PM Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, kalau kita nak tahu mengenai kemarahan kita, kita kena memahami psikologi..beliau mengatakan semua kemarahan mesti ada sebab, kadang2 kita frust atau give up kan, itu mungkin penyebab dan akan melarat kepada perasaan marah..beliau juga mengatakan marah ni ada 2 jenis iaitu marah yang terkawal dan marah yang tidak boleh dikawal..marah yang terkawal ialah mereka yang mempunyai minda yang boleh berfikir untuk membaiki keadaan apabila dia marah dan marah yang tidak boleh dikawal ialah seseorang yang sampai boleh mengamuk dan bertindak di luar batasan iaitu mereka yang berfikiran negatif..erm korang rasa korang yang mana satu?

aku suka kata2 Dr. Haslee ni..
Reda ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jiwa akan tenang. Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kira tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati. Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi. Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati dan bersikap keras hati. Dan, seseorang itu juga perlu ada ada perasaan syukur. Apabila seseorang bersyukur, ia bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya.
erm macamana nak cakapkan..kadang2 perasaan marah ni datang tanpa didugakan..kadang2 benda kecil sejemput perkara pun dah buat kita melenting sangat2 sampai rasa dah rosak seharian kita..perkara ni kadang2 terjadi pada aku dulu masa aku bekerja 'shift pagi'..ye la kita dah la kena bangun pagi, pastu nak siap2 pergi kerja..excited ni nak pergi kerja ni, tapi sekali tengah siap2, tudung tak jadik plak, banyak karipap plak kat tudung ni..dah la dah lambat, tudung plak buat hal..tu yang tiba2 rasa marah ni datang sampai rasa cam nak menangis takut terlambat la takut dah tak comel la..sampaikan bila dah tiba kat tempat kerja, orang lain pun jadi mangsa..huhu bahayakan kalau kita tak kawal perasaan marah kita ni..


TEKNIK MENGURANGKAN KEMARAHAN
  • reda, maaf dan bersyukur
  • tahu dan sedar punca kemarahan
  • bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif
  • alihkan tumpuan dengan melakukan kegiatan lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional
  • luahkan kemarahan dalam bentuk penulisan - catatkan isi hati anda berhubung apa saja punca yang menyebabkan perasaan marah
  • ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif
  • pupuk perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan
so, korang rasa nak marah2, nak mengamuk2 lagi tak lepas ni? huhu aku akan cuba perbaiki diri aku, aku akan berusaha..aku pun sebenarnya kadang2 jadi pemarah orangnya dan aku rasa aku perlu berubah, bukan aje untuk diri aku sendiri, tapi demi kebaikan orang lain..sebab aku tahu bila aku marah, 'seseorang itulah' yang akan menjadi mangsa..aku juga perlu belajar untuk memaafkan orang lain sebab selama aku hidup ni, aku memang susah nak maafkan orang lain..aku ni bila dah marah orang tu, dah benci, memang aku akan simpan sampai mati dan sampai berapa keturunan dia pun aku akan benci..huhu sangat kejamkan aku ni..tak pe, aku akan cuba perbaiki diri aku..

sisipan ini credited to Mingguan Malaysia, 17 Januari 2010, Ahad, slot Kesihatan tulisan Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan juga Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, UM, PM Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah..terima kasih banyak2

kisahadique : aku perlu berubah sekarang juga! tapi perasaan marah ni datang tiba2 je..kadang dalam masa 1,2 minit aku boleh jadi marah dan dalam masa 3,4 minit aku akan berubah jadi sebaik2 manusia..huhu kalau tidak tak kanlah makcik2 kat INTAN tu leh cakap aku ni lembut, baik orangnya kat en.tunang kan..haha

date Monday, January 18, 2010

0 kisahadique.. to “Reda Maaf Syukur”

Leave a Reply: