tadi kat tempat kerja aku didatangi oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali..erm dia tengah buat promotion kupon makan2 sampai kenyang di Pumpkin House atau lebih dikenali Kedai Kek Emas..selalunya orang Kluang ni dia tahu la, kedai ni berdepan dengan KFC bandar dan sebelah kedai kasut dan Watson..

erm ramai gak yang berminat dengan kupon promotion ni termasuklah big boss dan beberapa org lagi mereka2 itu..aku tengok2 belek2 kupon ni pun agak menarik..aku hanya perlu membayar rm29.90 dan aku akan dapat 3 free kupon selected makanan termasuk 6" Birthday Cake..erm 6" tuh camne gaya ek? kecik ke besar? dan, termasuk sekali dalam promosi tu ialah 12 free kupon Buy 1 Get 1 Free..korang order la makanan apa pun, dan makanan yang ke-2 tu akan dapat free...tapi makanan ke-2 yan free tuh, harganya mestilah sama atau kurang daripada makanan pertama..ok la tu kan..aku pun jadi berminat sebab dulu rajin gak makan2 kat situ dan menjadi tempat deting aku dengan en.tunang :)



balik kerja aku terus ajak mak ke Pumpkin House tersebut...tapi sayang, ada aje kekurangannya..dah la aku lapar, dah nak maghrib pulak pastu service sangat teruk dan hazab..bayangkan aku datang kul 7pm dan makanan hanya dapat pada kami sekitar 7.45pm..tak ke haru..kau nak suh aku maghrib kat mana..aduyaii.bila aku tanya kat waitress kat situ dia kata ramai sgt customer...hah?? WTH!! kalau setakat ada 4 couple termasuk aku dengan mak, ramai sangat ke? korang bukannya pakai dapur kayu pun..lepas tu yang tak sedap plak tu, aku nak claimed 1 free main course yang ada dlm kupon tu, tapi sampai kesudah pun makanan tak sampai...at last aku minta semula kupon tu..ikot hati aku nak mengamuk, tapi nasiblah maghrib dah nak melabuhkan diri..kalau tidak......(sambung sendiri...)

so..dengan baik hati, aku nak offer hanya untuk mereka di Kluang, Batu Pahat dan Segamat yang nak free kupon tu, sila emel aku..aku akan bagi dengan PERCUMA..tak kisahlah aku kena bayar rm29.90 sebelum ni pun, sebab aku terlalu mementingkan kecekapan apabila menjamu selera...haha ok, sapa nak ,cepat2 emel aku eh..kot2 nasib korang lagi baik dari aku ke :)


date Thursday, January 28, 2010

1 kisahadique.. to “Pumpkin House”

  1. Unknown
    August 23, 2010 at 10:30 AM

    yum..yum.. kami orang kuluang..

    bley ler posts ke umah kami coupon tuh. bley soh geng2 ngabiskan jek... dah nak expired kalu tak silap tuh...

    cuma, ada cumanya...
    puas surf carik ada ke pumpkun house request for HALAL JAKIM.. macam takder jek.... eh...

    no.79, jalan cekal 5, Taman sri lambak, 86000 Kluang, Johor.

    0137769667

    dhiasolutions@gmail.com

    Reply

Leave a Reply: