Sucikan hatiku Ya Allah
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat..
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku,
Tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku
dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membahagi suka dan dukaku dengan dia.
Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Dugaan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah.
Amin....
Lihatlah langit di atas sanaTersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran
Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya
Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niat ku untuk berpaling
Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu
Biar langit dan bumi meruntuh
Biar jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku saat diriku lemah
dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..
artikel yang aku nak kongsi kali ni berkaitan dengan rahsia perangai adik-beradik dalam keluarga kita..ye la kadang kita tengok yang along tu perangai macam tu, kak ngah macam tu, kak de plak macam tu dan adik plak lagiiiiii la macam2..
erm baguskan segala maklumat kat atas ni..so, kat mana u ols berada..tengok2kan dan renung2kan..mana yg sama mungkin secara kebetulan..macam biasa, mana yg baik kita jadikan contoh dan mana yang tak baik, kita jadikan sempadan..kita aje lah yg boleh mengubah diri kita samada nak jadi baik atau nak jadi sebaliknya..Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :(erm...along aku kat Cardiff tuh ada tak ciri2 macam ni? erm ada ada..dia memang dah berjaya, bakal DR..erm bertanggungjawab? ishh confirmlah..tengoklah family dia, siapa dia sekarang ni..pelindung? sudah tentu! yang buat aku rasa along ni pelindung, masa dia hantar aku kat basten Cardiff yg aku sorang2 nak ke Heathrow balik Mesia tu..nampak sangat dia risau nak lepaskan aku masa tu..huhu..tapi napa along tak nanges ek? )
- anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
- sering berjaya dalam hidup.
- lebih pandai mengambil hati orang tua.
- mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- sering merasakan diri mereka terpinggir.
- terlalu mengalah
(erm..kakak aku plak anak tengah..kat atas tu bgtau kalau anak tengah bukan favorite..tapi aku rasa, kakak aku tu favorite dalam keluarga aku la..erm malas nak tulis selanjutnya..haha dia buatlah apa saja, semuanya baik di mata mak ayah..grrrr..bab berdikari tu aku setuju sangat2..sebab lepas aje dia habis belajar, mak & ayah dengan selamba je lepaskan dia kerja kat kl sorang2..pandai dia hidup susah senang kat kl nun...syabas sajan sahab!)
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
(erm..dan aku merupakan anak bongsu..ishh...kalau dulu masa kecik2 org kata aku ni manja, aku leh accepted la..tapi ni dah besar dan bakal nak jadi kepunyaan org lain, tak mungkin aku manja lagi..tapi kalau nak kata aku ni keras kepala, 110% aku setuju..memang ada certain time cakap aku je yg betul dan cakap org lain semuanya salah..ishh jahat la engkau ni adik! erm pasal berkeinginan dan bercita2 tinggi tu pun aku setuju..aku memang nak jadi tu, jadi ni, nak belajar tu, nak belajar ni. nak pergi sana, nak pergi sini..tapi?? macam diberitahu kat atas tuh, aku sukar membuat keputusan sendiri..semuanya perlu dirujuk pada keluarga dan sampai ke hari ni, aku masih tinggal bersama mak ayah..erm ekceli aku nak cuba gak hidup berdikari macam kakak aku tu, tapi..ntahlah..walaupun umur aku dah macam ni, agaknya aku ni tetap adik bagi mereka..uwaa...pas kawen aku nak pegi jauh2 la...along, awak balik Mesia adik pulak eh pegi jalan jauh2??)
- happy go-lucky dan yakin diri.
- manja.
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- sering merasakan diri mereka kesunyian.
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
- lebih bijak bergaul.
- lebih cepat matang.
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
erm ada org2 tua kata, yang sulung tak serasi dengan yang sulung, sebab nanti panas..yang bongsu plak tak serasi dengan yang bongsu, sebab dua2kan manja..huhu ye ke? erm tu pasal la aku dok mencari beberapa maklumat tersebut..dok cari mencari samada aku ni serasi ke tidak dengan pasangan aku..ye aku tahu, semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa, tapi kalau kita nak tahu je tak jadi masalahkan?? so...sila lihat maklumat penting di bawah ni..
Sulung dengan sulungso...dah dapat? erm semua ni bergantung pada diri kita sendiri sebenarnya..tak kira la sulung - sulung ke, bongsu-bongsu ke, tengah-tengah ke...janji kita pandai memainkan peranan masing2 dalam sesebuah hubungan..bila dapat yg panas baran tu, kita janganlah sama nak panas baran gak kan, kita kena jadi air bagi dia sejuk..haha nasihat macam dah pandai sangat je kan aku ni..tak kisahlah..yg aku tahu, aku dan en.tunang = sulung+bongsu!
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
(ehemmm....aku dan en.tunang ni tau... =D )
Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.




Wednesday, October 20, 2010



