" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup
ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya
Engkaulah Pengampun dosa² ku.. Amin Ya Rabbal'alamin "


kita manusia kat seluruh dunia ni sama sahaja..tak kira muda ke tua ke kecil ke besar ke melayu ke cina ke india ke orang asli ke islam ke buddha ke hindu ke kristian ke lelaki ke perempuan ke cikgu ke doktor ke pekerja kilang ke nurse ke buruh ke tinggal ka Malaysia ke tinggal kat Cardiff ke tinggal kat Denmark ke tinggal kat Arab Saudi ke, kita tetap sama sahaja..korang anggaplah diri korang tu pakar IT ke guru cemerlang ke photoG terhebat ke akauntan termashyur ke menteri tersanjung ke pelajar terpandai ke, korang semua tetap sama di sisi Allah..

yang membezakan kita semua ni hanyalah AMAL dan TAQWA..kalau korang hebat macamana sekalipun tapi kalau korang tinggalkan suruhanNya dan teruskan laranganNya, tak guna jugak..kadang2 aku tengok ada orang2 di sekeliling aku ni terlalu takbur dan terlalu bermegah2 dengan apa yang diorang ada..aku tak nak tunding jari pada sesiapa, tapi siapa yang makan gula, dia yang terasa manisnya..kadang2 diorang ni sampai lupa asal usul sebab dah terlalu bangga dengan apa yang diorang ada dan kadang2 juga, dorang ni sampai pintu rezeki orang lain pun ditutupnya..hebat sangat ke korang ni? dah tahap dewa ke korang ni? janganlah bermegah sangat dengan apa yang korang ada, ustaz masa aku sekolah dulu bagitahu, apa yang ada pada kita, keistimewaan yang ada pada kita kat dunia ni sementara je..Allah bagi pinjam sekejap je, dan bila tiba masanya, Allah akan tarik balik semua tu..masa tu baru korang tahu segala2nya.. dan untuk mereka itu, renung2kan..

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong atau takbur sesama manusia, sekalipun kita berpangkat atau berilmu, kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama saja...cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

kisahadique : erm aku bukan baik sgt pun nak tunjuk warak kat sini..aku sendiri pun banyak kekurangannya, aku sedar tu semua..tapi sebagai manusia, aku akan cuba perbaiki diri aku untuk menjadi insan yang mulia..cuma aku nak bagitahu kat sini, aku tak suka cara sesetengah mereka itu yang TERsuka sangat nak dok expose hasil kerja mereka untuk tatapan umum..macam diorang tuh TERlalu hebat sangat, suka nak makan puji dari orang lain..sikit2 nak tayang, sikit2 nak tunjuk, pastu nak hadap pujian orang lain..cukup2lah korang semua! tapi kalau korang gian sangat nak tunjuk gak, man man la..

date Monday, January 18, 2010

0 kisahadique.. to “Kita Sama Sahaja”

Leave a Reply: