Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi dan sepi
Selalu ada kau selalu ada
Selalu ada kau selalu ada
erm dan hari ini, setelah hampir sebulan dan 3 minggu aku menjadi isteri yang sangat manis
tapi alangkah manisnya jika ada rezeki kami hari tu kami dapat naek pelamin bertiga..yeahh alangkah manisnya..tapi sekarang tinggal aku sorang je yang manis, alangkah dah tak manis lagi..apa maksudnya bertiga naek pelamin? erm anda di luar sana paham..kalau dah jadi isteri yang manis, hadiah yang diberi oleh sang suami pun manis, kesudahannya dapatlah sesuatu yang manis jugakkan...tapi kami cuma dapat merasakan kemanisan tersebut hanya dalam tempoh seminggu sahaja
..
..
..
..
..
Kaktus itu berbunga indah sekali..
usai makan, aku bergegas ke Watsons..aku memang suka beli keperluan kat Watsons ni tau..memang dari dulu..erm ntah apa yang best pun aku tatau tapi kalaulah konon nak cari deodorant ke pad ke ubat gigi ke berus gigi ke syampoo ke sabun mandi ke, memang Watsons la tempat pertama yang aku tuju..kadang kalau dapat je gaji, aku memang akan ke Watsons untuk membeli keperluan aku, ye la losyen ke facial foam ke deodorant ke memang pandai tau, asal masuk gaji je, abes la diorang tu
yang buat aku sangat teruja tadi adalah InnerShine Pati Prune..dia tengah nak clearkan stock, so InnerShine ni dapat murah..harga sekotak untuk 6 botol selalunya rm23.90 tapi disebabkan dia nak kasi clearkan stock, harganya jatuh 50% iaitu rm11.45..aku amik 2 kotak sebab aku nak mengekalkan kecantikan dan kejelitaan menjelang hari bahagia aku nanti
aku shopping bukan setakat itu aje..disebabkan aku ni 'duta Watsons' , aku amiklah satu kotak Olay Total Effect yang berharga rm32.80..erm tu kalau ada promosi, kalau tak ada, harga dia lebih kurang rm38-rm42..dan aku belikan juga untuk emak tapi yang ada free 2 items yang harga sebenarnya rm21..erm mak suka, dan aku pun jadi suka..lepas tu ada lah aku tambah beberapa keperluan antaranya pantyliner Poise (org pompuan je paham eh..), minyak YuhYi Cap Limau, Glade Scented Gel Lavender dan Glade Car Refill Floral Fresh..
dan untuk pengetahuan semua, Watsons sekarang tengah ada promosi Grr-reat CNY iaitu FREE Ang Pow (Watsons Voucher rm5), with every purchase of rm20 & above..aku dapatlah dalam 5,6 ang pow kalau tak silap..huhu ang pow ni hanya boleh diclaimed bermula 14 Feb - 28 Feb..so, apa lagi...cepat cepat cepat!!
erm aku masih tak berkesempatan lagi nak mengira berapa total aku belanja dekat Watsons tu sebab aku tak bayar sekali harung...aku bayar secara pukal, sebab nak dapat ang pow punya pasal..tengoklah kat atas tuh, dekat 7 resit aku dapat tau..aduyaiii gasaklah sok pagi aku nak kena masuk dalam buku 555 ni..huhu
ATTENTION PLEASE....Grr-reat CNY Sale sedang menyerang Watsons berhampiran anda, so jangan lepaskan peluang mendapatkan barang2 keperluan anda semua di sana.. ada promotion Grr-reat Double Bonus Buy 1 Free 1, Buy One Get Another One for RM1, Grr-reat Valentine's Special, Grr-reat 16 treats dan macam2 lagi...berbaloi-baloi!!
kisahadique : erm janganlah korang ingat aku ni hidup mewah sangat tau..aku ni hidup sederhana je...ye la, aku masuk Watsons ni pun sebulan sekali seperti yang aku bagitau kat atas tadi..dapat gaji barulah aku beli..kebetulan tengah CNY promotionkan, so aku tanak lepaskan peluang..lagipun dapat jugak aku belanja mak kan..
selepas seminggu menjejakkan kaki di tempat kerja baru, aku simpan satu impian untuk memiliki e-kamus ni..setiap hari berkobar2 nak beli, tak sabar2 nak beli..tu la dulu kat tempat kerja lama tanak beli, sekarang baru sibuk nak membeli..ye la dulu kat 'sana' aku pinjam Mama Ita dengan mylin punya je, so sekarang tak leh nak pinjam2 lagi..nak tanak aku kena beli dan keluarkan duit sendiri..salah satu sebab aku berkobar2 nak beli e-kamus ni ialah nak belajar speaking cino..uwaa kat tempat 'mereka ini' ramai budak2 cino..aku tak paham apa diorang cakap..so, dengan adanya e-kamus ni, dapatlah aku belajar sedikit sebanya perkataan diorang..
meh aku nak promote banyak2 pasal e-kamus ni..harga e-kamus ni sebelum promosi ialah rm598 dan selepas promosi ditambah ditolak didarab dibahagi, harganya rm498..mahal ke? erm agak mahal, tapi bandingkan kalau korang kena beli 12 kamus, lagi mahalkan?? pastu nak beli radio dengan mp3 lagi, uishh mahalkan?? so e-kamus ni semuanya ado..Bahasa dan Pustaka (DBP).
dan frasa kata kerja di samping pemasukan kata-kata baru atau makna-makna yang telah berkembang.
kata-kata umum serta istilah dan terminologi khusus dalam pelbagai bidang.
Indonesia, dan Brunei Darussalam
Glossary for Science – Primary School; Glossary for Mathematics – Primary School; Glossary for Science –
Form 1 to Form 3; Glossary for Mathematics – Form 1 to Form 3.
Mathematics KBSR serta Science dan Mathematics KBSM.
grafik berlabel.
all the picture grabbed form sasbadi website :)macam biasa, kalau bestday sesiapa pun mesti kita akan doakan untuk diorangkan..macam tu gak aku..aku doakan agar en.tunang sihat dan selamat dilindungi Allah, dijauhkan dari segala perkara2 yang tidak baik dan aku juga doakan agar segala impian dia selama ni menjadi kenyataan serta moga Allah mewahkan rezeki dia selama2nya..AMIN
kenapa ek aku citer pasal kawan ni? erm mungkin sebab saat2 genting camni aku rindu seseorang yg bernama kawan, sahabat, teman atau rakan..saat2 camni aku perlukan seseorang yg boleh aku kongsikan susah dan senang, suka dan duka, citer luar dan dalam, citer pasal boifren, pasal gaduh2, pasal fesyen, pasal berat badan, pasal tak suka itu dan tak suka ini...erm aku rindukan saat tu sumer..ehh aku pernah ke melalui saat2 tu sumer? aku ada ke kawan, sahabat, teman atau rakan yg boleh aku kongsikan segala2nya??
aku memang ramai kawan sebenarnya, tapi nak istilahkan mereka tu semua kawan sejati atau rakan karib mungkin jauh kot..pada aku kalau namanya kawan sejati atau rakan karib, dia seorang yg boleh kongsi SEGALA2NYA...aku bukan tak ada mereka2 tu semua, memang ada, tapi ntah ek, biasalah, manusia ni datang dan pergi, macam ombak kan...even dulu seseorang yg pernah aku anggap dia kawan, sahabat, teman atau rakan sejati, sanggup tikam aku dari belakang, sanggup jadi musuh dalam selimut, sanggup memburukkan aku dan sanggup buat segala2nya demi rasa marah dia pada aku..goshhh dah nama pun manusiakan...siapa aku untuk menolak perangai manusia setan tu..!masa aku kecik2 dulu rasanya tak ramai kawan kot, ye la aku duduk dalam perumahan polis kat kuantan, makanya macam tak ramai kawan, yg ada pun cuma Ijah anak Antie Idah yg tua setahun dr aku..dia la kawan aku rasanya..erm aku banyak tak ingatlah zaman kecik2 dulu, memory dah locked dah..huhu..pastu umur 7 tahun aku pindah kluang, pun duduk dalam kawasan perumahan polis atau lebih tepat sekali, rumah aku hanya ada sebuah je kat situ dan di sebelahnya berek bujang..huhu aku kawan dengan abg2 bujang..abang leman, abang noh, abang hamzah, just name few yg aku ingat..
erm nak citer pun panjang sgt..so aku nak list antara a few kawan2 yg aku anggap dia kawan walaupun tak termasuk dalam kawan, sahabat, teman atau rakan sejati..camne sekalipun, diorang tetap kawan aku, tetap kadang2 kami kongsi macam2...
STM (1) Kluang : klasmet 1T-6T - imm, sikin, maznah, zana, safareen, mariana dan ada lagi
STK : klasmet form 1 - 3 - boleh tak kalau aku bgtau aku dah tak ingat nama depa? yg aku ingat cuma safareen dengan epul jek..haha..yg lelain jgn marah sebab aku tetap ingt pada korang..
STK : klasmet form 4 - 5 - roz, diyana, epul, safareen, ocai, nad, apek, ida, savitha, echa dan ramai lagi..
UiTM : ciken, angah, ajie, ayu, mira, kak fairuz, kak chinnai, kak ina..kat UiTM ni aku rapat dengan kakak2 senior kat kolej aku..aku adik kesayangan diorang :)
KYPM : sidah, ayu, hanim, ikin, mimi, sue, aje, eton, kak loni, yaya, pinut, fatin, ibu dan ada lagi..tapi aku rapat cuma dengan kawan2 blok dan beberapa org klasmet..
UUM : sidah, sue, stood, ijam, putat, aie, awank, temah, reyna, anim, sunitha, yanina, tia, udd, nom dan ramai lagi yg aku dah lupa..
INTAN : ana, wan, yana, shah, anie, rizal ( erm..sapa ni ek?) , jiji, husni, cik nik, cik siva, kak zulfa, en. nasir..ish sampai ke bos aku ngam tau :)
JUSCO : wani, ayu, saleha, hajar, elia, suzu..tak ramai sebab aku kejap je kat jusco ni...
SMK BT6 : ella, mama ita, kiroh, kak wan, wan saifudin, apai, fadzli, niza, zack, mylin dan beberapa org lagi...
ekceli ramai kawan2 aku ni, cuma aku terdaya listkan beberapa nama saje..bukan lupa tapi tak ingat..cam aku bgtau kat atas tadi, memory aku dah locked..ntah ek, sejak dua menjak ni banyak yg aku dah lupa..teruk betulkan..
dan buat masa ni, pada aku, aku punya kawan, sahabat, teman atau rakan sejati ialah en.tunang aku sendiri..dia lah tempat aku ceritakan segala2nya walau ada certain benda yg aku rasa tak sampai hati nak cerita kat dia sebab aku rasa akan menyusahkan dia..erm camne plak dengan keluarga aku? ishh keluarga tu kalau tak cerita pun mesti dah masuk dalam listkan..adik beradik plak? erm tu susah aku nak cakap, memasing jauhlah, pastu memasing ada keluarga sendiri, ada hal sendiri..pepaham sendirilah kan..
erm ni antara beberapa gambar aku bersama2 kawan aku..erm aku tahu ada beberapa kawan aku akan kecik hati sebab gambar diorang tak ada kat sini..huhu TOLONGLAH jangan marah eh..tolong sgt2 merayu sangat2...ekceli dalam lappy ni tak banyak dah gambar..sumer aku dah pindah ke hard disk dan sekarang hard disk aku tu berada di shah alam bersama2 en.tunang aku..aku tahu roz, hanim, reyna dan 2,3 org akan sergah aku..pape hal pun, sori eh :) korang tetap di hati orang, selama2nya..kisahadique : erm memana yg nama dia tak ada dlm list, sila jangan sedih atau rasa cam nak bunuh diri eh...selagi kita pernah berkawan, selagi tu kita tetap kawan :)
dan tadi, genap jam 12 malam, aku, ayah dan 3 beradik (fatin, farhan dan ilham) bersama2 celebrate bestday mak..ekceli bukan mak je yg seprise, tapi kitorang pun seprise gak sebab tak tahu pun ayah dah standby belikan kek dengan bunga utk mak..huhu..aku baru plan ingt sok nak belikan mak kek, sekali ayah dah beli, save la..haha..
untuk emak tersayang..selamat hari lahir yang ke-56 buat emak yang tersayang...adik doakan agar emak panjang umur, diberikan kesihatan yang sebaik2nya, dijauhkan daripada segala kesulitan dan dimewahkan rezeki..adik juga berharap agar mak dapat menjalani kehidupan bersama anak2 mak dengan bahagianya..adik nak mak sihat2, rajin2 pegi theraphy sebab hari bahagia adik tak lama lagi..adik harap sangat2 mak diberikan kesihatan yang sebaik2nya agar kita dapat bersama2 menanti hari bahagia tersebut..insya Allah..
adik tanaklah mak pening2, risau2, pusing2 setiap hari memikirkan persiapan hari bahagia adik tu..erm adik janji lepas setel segala kerja adik ni semua, adik akan kemas rumah, bilik dan buat segala persiapan tersebut..kita buat sama2 eh? dan adik harap mak bersabarlah dengan perangai adik ni..adik tahu adik 'berbeza' dengan along dan kakak, diorang ada segala2nya, tapi percayalah mak, kasih sayang adik pada mak tak pernah kurang sedikit pun..
mak, adik sayang emak sangat2 walaupun sebenarnya ada sesuatu lagi yg berat untuk adik luahkan pada emak dan adik harap satu hari nanti Allah akan beri adik kekuatan agar adik luahkan apa sebenarnya sesuatu itu..pape sekalipun, adik sayang mak sangat2..mungkin ni sambutan hari lahir terakhir aku sebagai anak dara mak yg masih dok gentel tek' mak, sebab insya Allah tahun2 selepas ni aku bakal bersama si dia insan tersayang..camne sekalipun, adik tetap tak kan lupa tarikh 16 Disember 2009 ni...!

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG
Pertama : Tauhid
- Iaitu mengesakan Allah s.w.t., hanya Dia yang dituju, menafikan sekutu bagi-Nya, mewujudkan erti penghambaan yang sebenar dan menerima syariat-Nya secara keseluruhan tanpa kecuali.
- Iaitu menyesali segala dosa yang pernah dilakukan, memohon ampunan kepada Zat Yang Maha Mempunyai dan Maha Mengetahui, menambal pakaian umur dengan kesempurnaan dan menangis atas kesilapan dan kecuaian yang mana diri mereka pernah tergelincir dalam melakukannya.
- Iaitu melupakan berbagai musibah dan kesedihan yang terjadi di masa yang telah lalu, membuang jauh akan ingatan terhadap bentuk fitnah dan bencana. Kerana semua itu telah dilipat oleh zaman, selalu mengingat hal itu semua hanya akan mematikan kecerdikan akal, selalu menumbuhkan rasa duka dan sedih. (cont.)
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku
Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
situasi seterusnya : kita ikhlas, demi kasih sayang hamba turutkan, demi persahabatan, demi kekeluargaan, demi hormat, dan segala macam2 demi..tapi kerana ego seseorang yang terlalu menjulang tinggi, semua tuh sanggup dilupakan..dan kadang2 situasi ni berlaku disebabkan orang lain yang masuk campur..dan sekali lagi, ego menguasai diri...
mungkin situasi yang lain : egokah aku? egokah kita ni? aku tak minta banyak pada mereka ni, cuma ingat kembali apa yg telah aku berikan, apa yang telah aku bantukan, apa yang telah aku diamkan, apa yang telah aku rahsiakan, apa yang telah aku korbankan dan apa yang telah aku menangiskan..pernahkah aku mengungkit segala kebaikan yang telah aku berikan? ohh tidak! aku menolong dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang, JADI...egokah aku? egokah kita?
dia belajar erti takbur..
jika insan diajar dengan permusuhan,
dia belajar erti membenci..
jika insan diajar pentingkan diri,
dia belajar erti mengkhinati..
NAMUN
jika insan diasuh dengan kepayahan,
dia belajar erti mensyukuri..
jika insan diasuh bertimbangrasa,
dia belajar erti bersabar..
source : http://koleksicinta.blogspot.com/2009/11/insan-belajar-dari-kehidupan.html
artikel yang aku nak kongsi kali ni berkaitan dengan rahsia perangai adik-beradik dalam keluarga kita..ye la kadang kita tengok yang along tu perangai macam tu, kak ngah macam tu, kak de plak macam tu dan adik plak lagiiiiii la macam2..
erm baguskan segala maklumat kat atas ni..so, kat mana u ols berada..tengok2kan dan renung2kan..mana yg sama mungkin secara kebetulan..macam biasa, mana yg baik kita jadikan contoh dan mana yang tak baik, kita jadikan sempadan..kita aje lah yg boleh mengubah diri kita samada nak jadi baik atau nak jadi sebaliknya..Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :(erm...along aku kat Cardiff tuh ada tak ciri2 macam ni? erm ada ada..dia memang dah berjaya, bakal DR..erm bertanggungjawab? ishh confirmlah..tengoklah family dia, siapa dia sekarang ni..pelindung? sudah tentu! yang buat aku rasa along ni pelindung, masa dia hantar aku kat basten Cardiff yg aku sorang2 nak ke Heathrow balik Mesia tu..nampak sangat dia risau nak lepaskan aku masa tu..huhu..tapi napa along tak nanges ek? )
- anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
- sering berjaya dalam hidup.
- lebih pandai mengambil hati orang tua.
- mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- sering merasakan diri mereka terpinggir.
- terlalu mengalah
(erm..kakak aku plak anak tengah..kat atas tu bgtau kalau anak tengah bukan favorite..tapi aku rasa, kakak aku tu favorite dalam keluarga aku la..erm malas nak tulis selanjutnya..haha dia buatlah apa saja, semuanya baik di mata mak ayah..grrrr..bab berdikari tu aku setuju sangat2..sebab lepas aje dia habis belajar, mak & ayah dengan selamba je lepaskan dia kerja kat kl sorang2..pandai dia hidup susah senang kat kl nun...syabas sajan sahab!)
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
(erm..dan aku merupakan anak bongsu..ishh...kalau dulu masa kecik2 org kata aku ni manja, aku leh accepted la..tapi ni dah besar dan bakal nak jadi kepunyaan org lain, tak mungkin aku manja lagi..tapi kalau nak kata aku ni keras kepala, 110% aku setuju..memang ada certain time cakap aku je yg betul dan cakap org lain semuanya salah..ishh jahat la engkau ni adik! erm pasal berkeinginan dan bercita2 tinggi tu pun aku setuju..aku memang nak jadi tu, jadi ni, nak belajar tu, nak belajar ni. nak pergi sana, nak pergi sini..tapi?? macam diberitahu kat atas tuh, aku sukar membuat keputusan sendiri..semuanya perlu dirujuk pada keluarga dan sampai ke hari ni, aku masih tinggal bersama mak ayah..erm ekceli aku nak cuba gak hidup berdikari macam kakak aku tu, tapi..ntahlah..walaupun umur aku dah macam ni, agaknya aku ni tetap adik bagi mereka..uwaa...pas kawen aku nak pegi jauh2 la...along, awak balik Mesia adik pulak eh pegi jalan jauh2??)
- happy go-lucky dan yakin diri.
- manja.
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
- sering merasakan diri mereka kesunyian.
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
- lebih bijak bergaul.
- lebih cepat matang.
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
erm ada org2 tua kata, yang sulung tak serasi dengan yang sulung, sebab nanti panas..yang bongsu plak tak serasi dengan yang bongsu, sebab dua2kan manja..huhu ye ke? erm tu pasal la aku dok mencari beberapa maklumat tersebut..dok cari mencari samada aku ni serasi ke tidak dengan pasangan aku..ye aku tahu, semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Berkuasa, tapi kalau kita nak tahu je tak jadi masalahkan?? so...sila lihat maklumat penting di bawah ni..
Sulung dengan sulungso...dah dapat? erm semua ni bergantung pada diri kita sendiri sebenarnya..tak kira la sulung - sulung ke, bongsu-bongsu ke, tengah-tengah ke...janji kita pandai memainkan peranan masing2 dalam sesebuah hubungan..bila dapat yg panas baran tu, kita janganlah sama nak panas baran gak kan, kita kena jadi air bagi dia sejuk..haha nasihat macam dah pandai sangat je kan aku ni..tak kisahlah..yg aku tahu, aku dan en.tunang = sulung+bongsu!
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
(ehemmm....aku dan en.tunang ni tau... =D )
Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.




Sunday, December 19, 2010








