sekarang ni kat paper penuh dengan laporan mengenai perokok tegar..sana sini kempen dijalankan bagi nak hentikan merokok ni, tapi sampai ke hari ni rasanya kempen tu tak ke mana..mungkin pada mereka yang baru2 berjinak dengan rokok ni termakan jugak dengan gambar2 ngeri pada kotak rokok sekarang, tapi pada perokok tegar?? bagai mencurah air kedaun keladi je..
macam dalam Laporan Khas Utusan Malaysia hari ni 19 Jan 2010, pakar menyatakan bahawa perokok tegar tidak gerun dengan gambar penyakit kronik pada kotak rokok dan ianya (tak boleh guna ianya ni sebenarnya tau...arghhh) hanya sekadar hiasan semata2..wahh kebal betulkan perokok tegar ni..aku baru tengok sekali imbas gambar2 ngeri tu pun macam dah tak lalu makan, ini kan pulak diorang yang dok ke hulu hilir memegang rokok tu 24/7..
sebenarnya aku nak cakap banyak pun tak boleh..mereka perokok tegar ada alasan mereka sendiri kenapa mereka merokok..macam laporan semalam, seorang pelakon, pengacara, dan penyanyi menyatakan bahawa beliau dapat mengurangkan berat badan dengan hanya merokok..kalau berhenti merokok berat badan akan naik..hebatkan? erm itu pendirian masing2 tapi aku bersyukur sangat2 sebab buat masa ni dan aku berdoa buat selama2nya, mereka2 yang terdekat dengan aku dan mereka2 yang aku sayang, jauh dari merokok..ayah aku tak merokok, along aku pun tidak dan en.tunang aku pun tidak merokok..
dan untuk pengetahuan semua, aku jatuh cinta dengan en.tunang pun disebabkan dia tidak merokok..pada aku, lelaki apabila dikelilingi kawan2 dia yang merokok tetapi dia seorang saja tak merokok, dia tu sebenarnya sangat MACHO..disebabkan itu aku rasa en.tunang aku sangat MACHO..erm dan aku akan terus berdoa agar bakal FIL aku dan BIL aku kurangkan merokok..nak suruh berhenti merokok mungkin susah, cukuplah kalau diorang kurangkan merokok dulu..ok? janji eh!
kat bawah ni aku nak sertakan Petua Berhenti Merokok yang aku cedok dari Laporan Khas Bahagian Akhir di Utusan Malaysia, 7 Januari 2010

- Siapkan mental - kehendak berhenti hendaklah daripada diri sendiri bukan kerana pujukan atau dipaksa
- Senaraikan sebanyak mungkin faedahnya - contohnya menghindari paru2 rosak, jimat bajet bulanan dan mengelak dijauhi rakan bukan perokok
- BERSEDIA berhenti - jika tidak, cuba berperingkat2
- TETAPKAN jangka waktu atau tarikh berhenti sepenuhnya
- JAUHI kotak rokok dan bekas abu rokok serta pemetik api. Elakkan mendekati orang yang sedang merokok walaupun yakin cukup kuat untuk tidak tergoda
- DAPATKAN sokongan moral orang lain, maklumkan bahawa anda sedang cuba berhenti merokok
- UBAH rutin harian anda. Sediakan alternatif termasuk gula2 sebagai ganti setiap kali didatangi keinginan merokok terutama sejurus menikmati makanan
- WALAUPUN remeh, cuba asingkan wang yang sepatutnya untuk membeli rokok, misalnya dimasukkan ke tabung khas. Jangan gunakan selagi belum berhenti sepenuhnya, ia memberi motivasi tambahan
- JANGAN pedulikan kata2 sinis rakan2 perokok. Ini kerana jika diberi pilihan dan ada peluang, mereka pun sebenarnya mahu berhenti
- APABILA berjaya memenuhi sasaran tarikh berhenti, tinggalkan terus tabiat ini
- JANGAN sesekali mencuba2 walaupun sebatang, kononnya sudah tidak ketagih lagi selepas berhenti satu, dua atau lima tahun. Kebarangkalian amat tinggi untuk kembali merokok walaupun menghisap sebatang saat bersosial
- INGAT! Jika telah 10 tahun merokok, ketagihan hanya hilang sepenuhnya selepas jumlah tahun yang sama atau separuh daripadanya
- JIKA berdepan masalah, dapatkan khidmat pakar termasuk di Klinik Berhenti Merokok
sumber : Kajian Pakar dan pengalaman bekar perokok tegar termasuk dari Klinik Berhenti Merokok
November 4, 2010 at 4:22 PM
no smoking,,