Showing posts with label ulang tahun kelahiran. Show all posts
Showing posts with label ulang tahun kelahiran. Show all posts


hari ni tanggal 15 April 2010, bermakna sorang2nya kakak aku menyambut hari kelahirannya buat kali ke 17..opss ye ke ni? kalau dia 17 aku ni pulak berapa? beza umur aku dengan dia 3 tahun dan ini bermakna umur aku 14 tahun ke? uishh baru form 2? rupa2nya selama ni aku sebaya dengan budak2 yang aku dok mengajar la ek selama ni..huhu cikgi sebaya dengan anak murid..

macam biasa setiap kali ulang tahun mesti kita nak wish2kan..aku pun tanak la ketinggalan, lagipun kat belog dia, dia bgtau tak ada lagi org dok wish apa ke dalam belog apa ke aku tak hengat..ala kalaulah boleh, aku nak bagi ucapan ulang tahun dia live kat buletin tv3 tau tak pun kat radio era ke apa ke..erm takpun paling busyuk nak bagitau kat karam singh walia untuk aduan rakyat ..tapi semua tu tak menjadi kenyataan..hanya dalam belog aku yang tak seberapa ni je la mampu aku wishkan..

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

semoga Allah panjangkan usiamu Kakak, semoga Allah memberkati kehidupanmu bersama suamimu Kakak, semoga Allah merahmati hidupmu Kakak, semoga Allah memewahkan rezekimu Kakak dan semoga Allah melimpah ruahkan rezekimu Kakak..tabahkanlah hatimu dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan yang pernah, yang sedang dan yang bakal kamu lalui Kakak..sesungguhnya Adikmu ini amat menyayangimu Kakak..



kisahadique : bila nak open table popeye's? hari tu adik tak de la masa awk potong2 kek....bulan 5 nnt eh..

date Thursday, April 15, 2010


rasanya belum terlambat lagi nak wish Happy Bestday pada budak debab sorang ni..erm dah terlambat kot sebab dah almost seminggu la bestday dak debab ni..huhu tak pe la yang penting acu tak pernah lupa besday anak2 sedara acu ta..acu bukan sengaja tanak post entry bestday yaya, cuma masa saja yang tidak mengizinkan..dan arini Allah telah beri acu sedikit masa untuk wish bestday pada yaya..


nota untuk yaya tersayang..
yaya, acu rindu sangat2 dekat yaya
acu rindu dengan kehadiran yaya di rumah atok ni
acu rindu nak menatap muka yaya yang debab tu
acu rindu nak giget dan cubit tangan dan kaki yaya yang tembam tu
acu rindu nak dengar yaya menangis
acu rindu nak tengok yaya kiss acu
acu rindu nak tengok yaya berlari2 terkedek2
acu rindu nak dengar suara yaya memanggil acu
acu rindu nak tidur dengan yaya sambil memeluk yaya
acu rindu nak kiss pipi yaya yang tembam
acu paling rindu tatkala yaya berusia 1 lebih
yaya, acu rindu segala2nya tentang yaya..acu betul2 rindu pada yaya..
dan masa menaip acu rindu yaya ni, acu menangis sebab acu terlalu rindukan yaya..!!

date Wednesday, March 10, 2010

Selamat Ulang Tahun en.tunang tersayang..since 12.22 a.m sampai 1.27 a.m kitorang dok bercakap kat tepon..ye la dah lama tak dapat cakap lama2 macam ni..tapi masalahnya bestday boy yang tepon aku, hehe gara2 aku tertido..kononnya saje nak kol dia lambat2, belakang kalu aku yang tertidur..hampeh tul..nasib baik en.tunang kol, kalau tidak mahu sok pagi baru aku wish bestday kat dia..sori :)

macam biasa, kalau bestday sesiapa pun mesti kita akan doakan untuk diorangkan..macam tu gak aku..aku doakan agar en.tunang sihat dan selamat dilindungi Allah, dijauhkan dari segala perkara2 yang tidak baik dan aku juga doakan agar segala impian dia selama ni menjadi kenyataan serta moga Allah mewahkan rezeki dia selama2nya..AMIN

kisahadique : alhamdullilah..semalam 13 Feb merupakan bulan ke-7 kami bertunang..aku berharap agar segala2nya, iaitu perancangan kami selama ni akan berjalan lancar tanpa sebarang musibah..insya Allah..aku berdoa agar Allah sentiasa bersama kami..sesungguhnya aku sangat2 bahagia dengan pertemuan indah antara aku dan en.tunang..

date Wednesday, January 13, 2010


tarikh hari ni 16 Dis, 56 tahun yg lepas lahirlah seorang gadis comel, putih gebu yang diberi nama Ramlah binti Siman.. gadis comel tu tak lain dan tak bukan merupakan emak kesayangan aku, yang pada tahun ni, 2009, genaplah mak berusia 56 tahun dan menyambut hari kelahirannya..

dan tadi, genap jam 12 malam, aku, ayah dan 3 beradik (fatin, farhan dan ilham) bersama2 celebrate bestday mak..ekceli bukan mak je yg seprise, tapi kitorang pun seprise gak sebab tak tahu pun ayah dah standby belikan kek dengan bunga utk mak..huhu..aku baru plan ingt sok nak belikan mak kek, sekali ayah dah beli, save la..haha..

untuk emak tersayang..
selamat hari lahir yang ke-56 buat emak yang tersayang...adik doakan agar emak panjang umur, diberikan kesihatan yang sebaik2nya, dijauhkan daripada segala kesulitan dan dimewahkan rezeki..adik juga berharap agar mak dapat menjalani kehidupan bersama anak2 mak dengan bahagianya..adik nak mak sihat2, rajin2 pegi theraphy sebab hari bahagia adik tak lama lagi..adik harap sangat2 mak diberikan kesihatan yang sebaik2nya agar kita dapat bersama2 menanti hari bahagia tersebut..insya Allah..

adik tanaklah mak pening2, risau2, pusing2 setiap hari memikirkan persiapan hari bahagia adik tu..erm adik janji lepas setel segala kerja adik ni semua, adik akan kemas rumah, bilik dan buat segala persiapan tersebut..kita buat sama2 eh? dan adik harap mak bersabarlah dengan perangai adik ni..adik tahu adik 'berbeza' dengan along dan kakak, diorang ada segala2nya, tapi percayalah mak, kasih sayang adik pada mak tak pernah kurang sedikit pun..

mak, adik sayang emak sangat2 walaupun sebenarnya ada sesuatu lagi yg berat untuk adik luahkan pada emak dan adik harap satu hari nanti Allah akan beri adik kekuatan agar adik luahkan apa sebenarnya sesuatu itu..pape sekalipun, adik sayang mak sangat2..mungkin ni sambutan hari lahir terakhir aku sebagai anak dara mak yg masih dok gentel tek' mak, sebab insya Allah tahun2 selepas ni aku bakal bersama si dia insan tersayang..camne sekalipun, adik tetap tak kan lupa tarikh 16 Disember 2009 ni...!


PANJANG UMURNYA..PANJANG UMURNYA..PANJANG UMURNYA..
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

date Wednesday, December 16, 2009

hari ni merupakan ulang tahun kelahiran ke-34 along aku yang kini berada jauh di Cardiff..erm umur along tu agak muda skit la dari kawan2 dia..ikutkan kawan2 yg sebaya mcm dia nak masuk 35 tahun depan, tapi disebabkan dia lahir hujung tahun, makanya dia ala2 muda sikit gitulah...

along, adik doakan agar along dimewahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan keberkatan rezeki yang tidak terhenti serta dipermudahkan segala urusan along ketika di Cardiff..adik juga doakan agar Allah berikan kesihatan yang sempurna dan secukupnya kepada along agar along dapat meneruskan pelajaran along di sana dan seterusnya berjaya dengan cemerlang..AMIN

kisahadique : tak marahkan adik letak gambar awk tuh? kecik je =P

date Friday, December 11, 2009