pagi semalam aku dan mak ayah bertolak ke Seremban kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kawan lama ayah..kawan lama ayah ni kalau tak silap sama2 dengan ayah masa bertugas di Lumut dulu dan ayah merupakan pengapit kepada kawan lama ayah ni..huhu old good folks :) kenangan mengusik jiwa..keadaan atur cara majlis di Taman Mutiara Galla ni agak meriah mungkin sebab kenduri pertama kot..warna tema majlis ni pulak purple tetapi keluarga pengantin pakai warna kelabu..sedondon je aku tengok..

dan yang paling membuatkan aku teruja ialah makanannya..aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang..sebab?? dekorasi dia yang tak kalah, makanan yang pelbagai dan paling penting....SEDAP! semuanya makanannya mak cakap makanan org Nogori 9 ye la dah dtg Seremban memanglah makanan Nogori 9 kan takkanla plak Kelantan kot :P usai makan, kitorang bergerak ke Tangkak..nak menghantar kad raya jemputan pada adik beradik ayah kat sana..


dari Seremban ke Tangkak aku yang drive dan ayah jadi boss besar..katanya mengantuk dan tengahari buta ni mata dia rasa nak tidur je..ok takpe..sekali perjalanan dari Seremban ke Tangkak tu dia boleh berjaga je tanak tidur..ish ayah ni laa...tadi kata ngantuk sangat, ni dah bagi peluang suh tidur tanak plak tidur...ni nak kena rotan ni..huhu sepanjang perjalanan ke Tangkak tu boleh tahan gak banyaknya kereta, lori, bas, basikal dan motor..tapi yang buat aku sakit hati adalah segelintir pemandu bas yang masih tak serik2 dengan pendedahan yang telah dibuat oleh wartawan, bawak bas macam pelesit..ada satu bas ni, dia datang dari arah belakang aku, dah sibuk mencocok2, maka terpaksalah aku bawak laju sket sebab takut...pastu dia potong aku dan bas tu stay kat lane laju dekat 3-4km gak la...dasatkan.. 

erm..mem besar dah terjerit2 panggil aku kat bawah nun...ada banyak lagi benda2 tak setel so aku kena turun sebelum kena bambu..hehe lagipun harini aku ada banyak urusan dunia yang perlu disetelkan..jap lagi pukul 10.30 aku dan en.tunang nak pergi fitting baju bersanding kami :) alamak dah gatal ni...hehe pastu nak pergi booking bilik di Prime City Hotel untuk VIP guest nanti, nak pegi beli InnerShine, nak tambah lagi 1 dulang  dan bunga hantaran..pendek kata dan panjang akal, banyak benda yang perlu disetelkan hari ni..so, aku sambung nanti eh citer Kluang - Seremban - Tangkak - Kluang aku ni :) episod ke-2..

date Sunday, January 31, 2010

1 kisahadique.. to “Kluang - Seremban - Tangkak - Kluang - PART 1”

  1. AdIQuE
    January 31, 2010 at 8:26 AM

    tenkiu...rajin2 la jengah eh :)

Leave a Reply: