Bajingan on 17/11/09 at 12:28 AM
setuju dengan jabat dan semua. menjadi gstt umpama ayam masuk ke rumah. gstt di sekolah biasanya dipandang sinis oleh kebanyakan guru di sekolah. baik dari pentadbir, mahupun guru-guru tetap. pengetua adalah ibarat ibu kepada ramai anak. kalau ada anak kandung, ada la anak angkat, anak tiri, dan anak luar nikah. di sekolah kami bertugas, organisasinya begini, pengetua ibu, guru kaunseling anak kandung, guru disiplin anak angkat, guru biasa anak tiri, manakala gstt anak luar nikah. kasta gstt memang sangat rendah dan mungkin agak sampah sedikit di kacamata mereka. namun, gstt ini la yang sanggup untuk segalanya. menerima tugas yang semua guru memang tidak sanggup lakukan. kami gstt, tidak pernah mengharap apa-apa balasan termasuklah faedah elaun dan sebagainya mahupun kenaikan pangkat ataupun pujian setelah melaksanankan tugas. namun, sekalung ucapan terima kasih pun agak sukar kedengaran khas untuk kami. sekurangnya, berilah jaminan supaya kami dapat menjadi gstt lagi untuk tahun berikutnya. kami gstt, ibarat hamba kepada tuan. “baik puan…...”. kami sering disebut dalam sesi info mingguan dengan perkara negatif, walhal sebenarnya tidak begitu.  kami dan guru tetap, mungkin lebih kurang sama sahaja prestasi kerja terutama komitmen, bahkan mungkin lebih komited dengan arahan. namun, antara kaca dan permata, tidak dapat membezakan antara keduanya. kalau buta mata tidak mengapa, namun kalau buta hati itu lah masalahnya. tidak dapat bezakan antara hak dan batil. kami gstt dibebani lagi untuk hujung tahun ini.
“DIMINTA SEMUA GSTT WAJIB BERTUGAS DI SEKOLAH SEPANJANG CUTI HUJUNG TAHUN, SEPANJANG HARI CUTI BULAN DISEMBER DARI PUKUL 8 PAGI HINGGA 5 PETANG KERANA ANDA SEMUA DIBAYAR GAJI SEHINGGA 31 DISEMBER 2009, SEKIAN TERIMA KASIH”
luahan perasaan ni aku dapat dari sini, CikguMalaysiaDotCom

kisahadique : erm kadang2 macam ni juga yang aku rasa..tapi apa nak dikata.gigi sama2 putih, tapi hati, perangai semuanya berbeza..pape pun, aku bersyukur dengan apa yang aku pernah dapat selama ni..

date Sunday, January 24, 2010

0 kisahadique.. to “Fikirkan..”

Leave a Reply: