hari ni lebih kurang kul 10.30 pagi aku dan emak bergerak ke kedai nak amik lagi balance 700 keping kad jemputan aku..hati punyalah excited so esok2 tak payahlah aku nak kena keluar pagi2 lagi kan..walau bagaimanapun apakan daya, kita hanyalah merancang, tapi Allah yang menentukan segala2nya..

setibanya aku kat kedai tu, hati aku hancur luluh melihat kad yang aku sangat suka terlalu banyak typo error! ikutkan 2 minggu yang lepas aku dah betulkan segala kesalahan tok nenek yang salah dalam master tapi tup tup tadi dapat kad yang langsung tidak dibetulkan! aku memang dah menyirap sangat2 dah..tapi memandangkan tukang buat tu baik sangat dan kebetulan bos dia plak tadak, so aku bising sket je..dengan harapan sok aku nak serang kedai tu..uwaa aku sangat kecewa! terlalu kecewa..! aku tahu kad tu murah, dikhaskan utk org2 kampung, org2 yang dekat je, tapi aku tetap kecewa...! aku dah buat full payment plak tu.!


nak tahu antara kesalahannya?? ok..dekat bahagian dalam je ada 4 kesalahan..nampak bulatan merah tu? haa tu la segala kesalahannya..memang setakat kesalahan ejaan, tapi rugi woo..bukan murah2 nak buat nak bayar kad ni..
  1. taqwa menjadi taqa
  2. penuh menjadi penug
  3. ramlah menjadi ramlan
  4. sepatutnya untuk turut mengundang tu tak ada no. telefon rumah dan sepatutnya ada nama kakak dan acik aku..tapi tak de, yelek!
paling aku geram nama mak tu salah..aduhaiii bila plak ayah kawen dengan perempuan yang bernama ramlan ni kan..uwaa aku rasa cam nak sawan je tadi tau..tadi kat tempat kerja pun aku dah tak senang duduk dah..


dan untuk bahagian luar plak sepatutnya ada kotak yang menunjukkan alamat rumah aku dan anak panah yang menunjukkan Rumah Pengantin..tapi tak ada..uwaaa!! dan tadi lebih kurang kul 6.50pm, staf kat kedai kad tu kol, suh bawak semua kad tu esok pagi2..ntah apa dia nak buat aku pun tatau...so, APA AKU HARUS CLAIM ESOK??

untuk tokei kedai tu esok.....

date Thursday, January 7, 2010

0 kisahadique.. to “Aku Sangat Kecewa!”

Leave a Reply: