Showing posts with label stres. Show all posts
Showing posts with label stres. Show all posts

sapa tengah marah sekarang ni? sambil2 baca entry aku hari ni dia rasa marah sangat2..marah yang tak tahu entah kenapa dan apa puncanya..kalau sesiapa yang tengah marah sekarang ni, teruskan baca entry aku ni eh, bagus untuk korang dan yang tak marah pun leh sambung baca gak..ilmu ni tau..ilmu ni aku cedok dari sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia bertarikh 17 Januari 2010, Ahad tulisan Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah..aku suka sangat2 sisipan beliau kali ni :)


semua orang pernah rasa marahkan..marah yang sedikit, marah yang banyak, marah yang rasa macam nak lempang orang, marah yang rasa nak bunuh orang atau marah yang rasa nak bunuh diri sendiri pun ada kan..aku rasa semua manusia yang hidup kat dunia ni tak terlepas dari perasaan marah..betapa waraklah seseorang manusia tu, tapi bila dia dicuit dengan sesuatu perkara yang tidak disukainya, mesti dia akan melenting dan mengakibatkan kemarahan..aku tahu semua tu malah korang yang tengah baca ni pun mesti tahu kan..

dan adakalanya juga kita sendiri tak tahu kenapa kita nak marah2kan..aku tanak tengok orang lain atau nak tuju kat orang lain..tak payah pergi jauh2, aku tengok diri aku sendirilah..kadang2 aku sendiri pun tak sedar apa punca aku nak marah2, kadang2 benda kecil pun boleh jadi bahan aku nak marah, nak mengamuk..mungkin sebab aku kecil hati, cemburu atau persekitaran aku yang membuatkan aku tekanan?? aku sendiri tak pasti..tapi sebenarnya, itu masalah tau..

menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, UM, PM Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, kalau kita nak tahu mengenai kemarahan kita, kita kena memahami psikologi..beliau mengatakan semua kemarahan mesti ada sebab, kadang2 kita frust atau give up kan, itu mungkin penyebab dan akan melarat kepada perasaan marah..beliau juga mengatakan marah ni ada 2 jenis iaitu marah yang terkawal dan marah yang tidak boleh dikawal..marah yang terkawal ialah mereka yang mempunyai minda yang boleh berfikir untuk membaiki keadaan apabila dia marah dan marah yang tidak boleh dikawal ialah seseorang yang sampai boleh mengamuk dan bertindak di luar batasan iaitu mereka yang berfikiran negatif..erm korang rasa korang yang mana satu?

aku suka kata2 Dr. Haslee ni..
Reda ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jiwa akan tenang. Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kira tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati. Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi. Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati dan bersikap keras hati. Dan, seseorang itu juga perlu ada ada perasaan syukur. Apabila seseorang bersyukur, ia bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya.
erm macamana nak cakapkan..kadang2 perasaan marah ni datang tanpa didugakan..kadang2 benda kecil sejemput perkara pun dah buat kita melenting sangat2 sampai rasa dah rosak seharian kita..perkara ni kadang2 terjadi pada aku dulu masa aku bekerja 'shift pagi'..ye la kita dah la kena bangun pagi, pastu nak siap2 pergi kerja..excited ni nak pergi kerja ni, tapi sekali tengah siap2, tudung tak jadik plak, banyak karipap plak kat tudung ni..dah la dah lambat, tudung plak buat hal..tu yang tiba2 rasa marah ni datang sampai rasa cam nak menangis takut terlambat la takut dah tak comel la..sampaikan bila dah tiba kat tempat kerja, orang lain pun jadi mangsa..huhu bahayakan kalau kita tak kawal perasaan marah kita ni..


TEKNIK MENGURANGKAN KEMARAHAN
  • reda, maaf dan bersyukur
  • tahu dan sedar punca kemarahan
  • bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif
  • alihkan tumpuan dengan melakukan kegiatan lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional
  • luahkan kemarahan dalam bentuk penulisan - catatkan isi hati anda berhubung apa saja punca yang menyebabkan perasaan marah
  • ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif
  • pupuk perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan
so, korang rasa nak marah2, nak mengamuk2 lagi tak lepas ni? huhu aku akan cuba perbaiki diri aku, aku akan berusaha..aku pun sebenarnya kadang2 jadi pemarah orangnya dan aku rasa aku perlu berubah, bukan aje untuk diri aku sendiri, tapi demi kebaikan orang lain..sebab aku tahu bila aku marah, 'seseorang itulah' yang akan menjadi mangsa..aku juga perlu belajar untuk memaafkan orang lain sebab selama aku hidup ni, aku memang susah nak maafkan orang lain..aku ni bila dah marah orang tu, dah benci, memang aku akan simpan sampai mati dan sampai berapa keturunan dia pun aku akan benci..huhu sangat kejamkan aku ni..tak pe, aku akan cuba perbaiki diri aku..

sisipan ini credited to Mingguan Malaysia, 17 Januari 2010, Ahad, slot Kesihatan tulisan Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan juga Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, UM, PM Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah..terima kasih banyak2

kisahadique : aku perlu berubah sekarang juga! tapi perasaan marah ni datang tiba2 je..kadang dalam masa 1,2 minit aku boleh jadi marah dan dalam masa 3,4 minit aku akan berubah jadi sebaik2 manusia..huhu kalau tidak tak kanlah makcik2 kat INTAN tu leh cakap aku ni lembut, baik orangnya kat en.tunang kan..haha

date Monday, January 18, 2010

inilah tugas baru aku di tempat kerja baru..'mereka ini' telah meletakkan kepercayaan kepada aku, dan aku telah dilantik sebagai RAJA yang berkuasa di dalam kelas..huhu kalau dulu, 'mereka itu' tak letak pun kepercayaan kepada aku..huhu sampai hatikan..siap bagitahu kat meeting aku ni tak layak jadi RAJA yang berkuasa di dalam kelas..aduyaii terlalu membezakan kasta la diorang ni..tak pe la, yang dah lepas biarkan berlalu..aku tak mati pun kalau 'mereka itu' nak membeza2kan aku dengan yang lain..urusan aku dengan 'mereka itu' dah selesai..!


kat atas ni SMM iaitu Sistem Maklumat Murid..setiap RAJA diwajibkan memasukkan sendiri maklumat2 pelajar di dalam kelas yang dia jadi RAJA tu..erm kalau dulu, 'mereka itu' hanya suruh orang lain kalau tak silap aku, tapi sekarang 'mereka ini' suruh RAJA..pada aku, biarlah RAJA yang masukkan segala maklumat ni semua, ye la..dia RAJA kan, so biarlah dia yang uruskan semua2..huhu nanti dia akan lebih mengenali 'anak2 singa' di bawah jajahannya..

'anak2 singa' aku semuanya ada 36, tapi aku baru buat 3 aje..huhu bila nak siap ni RAJA? sok semuanya dah nak kena submit tau..dah la hari ni hari bizi aku..uwaa aku dah mula stress...hehe


date Sunday, January 17, 2010

banyak keje aku still in progress atau kata lain banyak lagi keje yang tak siap! huhu bila nak setel semua keje ni??
DAN
tengah dok pulun nak menyaipkan keje2 yang kononnya still in progress tu, aku 'dapat' sesuatu yg bakal menggembirakan aku dan en.tunang..huhu

oh ye..guest book, kad jemputan dan penanda arah on their way...jeng jeng jeng tunggUUuuUUUuUUUUuuUUUu!!

date Tuesday, December 15, 2009


minggu ni leh dikatakan minggu stress...rasanya bukan aku sorang jek tp kwn2 tmpt keje aku pun merasai benda yang sama gak..minggu sakit jiwa..sampaikan nak makan, bersembang, bergossiping pun tak menyempat...ni sumer sebab esok..!!

aku plak seminggu dua ni memang bizi dan agak kelam kabut..ekceli aku tgh bizi wat persiapan yang penting2 menjelang my big day..memang lah kalo diikotkan lebih kurang 3 bulan dan 3 minggu lagi, tapi aku rasa mana yang penting aku kena setelkan cepat! aku tanak buat last minute, pas tuh aku plak yang pengsang...huhu untuk photographer, alhamdullilah sumer dah setel insya Allah..tuh sumer aku serahkan pada en. tunang..dan aku tahu dia akan mencarikan photographer yang terbaik in town untuk bakal isteri dia ni..haha mana tak nya kan, semata2 photographer punya pasal kitorang gaduh 3 jam..hehe tp sumer dah setel..to en. razali, nnt shoot cantik2 mantap2 eh? kita buat outdoor kat sawah leh tak?

pasal mak andam plak, kul 9.15 mlm ni aku akan ke butik mak andam tuh..hopefully sumernya ok..aku tanak reveal baper banyak baju aku pakai, baju apa aku pakai, solekan apa aku nak, tema apa aku nak..biarlah rahsia..tanak kecoh2 mcm certain org tu..ishhh...bgtau kat cni pun dah kira macam kepoci kan aku ni..haha tapi yang paling penting, less is better! lepas kawen nnt banyak duit yang aku dan en. tunang nak gunakan..so kena berjimat cermat..ni mak andam yang ketiga aku survey dan maybe this is my last choice!

dan malam ni gak aku kena siapkan fail panitia yg orglainlepastangantanakbuat dan jugak siapakan soalan final exam PSV kertas 1 form 2..erm soalan tuh dah setel tinggal nak print je jap lagi then sok hantar reso kat office dan bila dah siap nak kena stapler..aku kena buat cepat2 sebab paper PSV ni hari jumaat ni..arghhhh...!!

kerana stress??

pastu aku kena siapkan sijildramatahunlepasyangorglainpunyakeje..! memang aku marah, tapi nak wat camne kan..aku sedar sapa aku ni..tahun depan aku tak ada lagi, padan muka diorang sume..

STOP!!

date Tuesday, October 27, 2009

aku rasa nak mati tido jek sekarang ni..penat lelah terasa, segala urat sendi, tulang belikat, emosi dan perasaan aku rasanya seperti terganggu..kenapa aku rasa macam ni kan? adakah kerana aku stres atau perasaan aku tertekan?

Apakah stres atau perasaan tertekan?

Stres adalah suatu perasaan yang dialami apabila kita menerima tekanan. Tekanan atau tuntutan yang kita terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan, memenuhi harapan keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik.

Kenapa saya rasa tertekan?

Kita akan merasa tertekan apabila merasa seakan tidak mampu memenuhi tuntutan sebagaimana yang diharapkan daripada orang lain. Sejauh mana kita rasa tertekan dan bagaimana menghadapi perasaan tertekan itu bergantung kepada keupayaan kita mengurus tekanan berkenaan.

Bagaimana untuk mengetahui diri di dalam keadaan tertekan?
  • Degupan jantung meningkat
  • Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas
  • Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot - otot
  • Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami kesakitan fizikal
  • Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan
  • Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)
  • Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)
Anda semua ada rasa seperti di atas?? kalau ada.......ANDA TERTEKAN!

credited to http://www.infosihat.gov.my

date Wednesday, October 7, 2009