penanda arah penting dalam menunjukkan sesuatu lokasi yang kadang kala kita tak berapa familiar dengan tempat tu..selalunya kalau ada event pape, mesti pihak yang bertanggungjawab dengan event tersebut akan menyediakan penanda arah bagi memudahkan orang ramai datang dan tahu lokasi tersebut..ecehhh..macam wartawan pencen je..


macam tu gak dengan aku..menjelang hari bahagia aku nanti, aku telah menyediakan 5 penanda arah (sila baca: buat masa ni la..) untuk memudahkan sedara mara yang tak pernah datang atau kawan2 jauh yang ni la pertama kali nak datang rumah aku..memanglah dekat kad dah ada map, tapi penanda arah ni lagi memudahkan diorang la..kalau diorang datang beramai leh la co-pilot ke penumpang yang lain tolong tengokkan map, tapi kalau datang single?? lagi nak tengok map, lagi nak tengok jalan...makanya, dengan penanda arah ni la akan memudahkan perjalanan diorang makan nasi minyak aku..hehe


erm mungkin ada mata yg cakap penanda arah aku ni tak tantek la itu la ini la..erm sukati koranglah eh..janji aku suka, lagipun semua benda dah ada..tinggal rajin tak rajin nak buat je..dan yang paling penting sekali, AKU SUKA..! dan aku harap, penanda arah aku yang comel ni dah cukup nesar untuk mereka2 semua tu tengok..erm besar pintu drawing board tau..

tapi sebenarnya tak siap lagi penanda arah tu, sebab aku ingat nak bungkus dengan plastik..ye la, kita ni merancang, tapi Allah yang menentukan segala2nya..campaklah baper banyak spender pun atas bumbung, tapi kalau dah Allah kata nak hujan, hujanlah..pape pun, aku akan sentiasa berdoa agar majlis aku nanti berjalan dengan lancar, insya Allah..doakan eh.. :)


date Sunday, January 3, 2010

0 kisahadique.. to “Persiapan #5 - Penanda Arah”

Leave a Reply: