Carter Blue Baby Bag - RM70
Carter Pink Baby Bag - RM70
Gobber Blue Baby Bag - RM65
Gobber Blue Baby Bag - RM65
sejak 2,3 minggu yang lepas aku dok aim keempat² beg kat atas ni..tak dapat empat dapat satu pun cukuplah..dok kenen² kat cik abg, memula dia tak bagi..tp pas dok pujuk² baru dia kata ok..dan pagi ni try isi order form..harap² ada la salah satu beg yg diorder ni kan..insya Allah..comelkan beg ni..first time tengok sebenarnya terus jatuh cinta,terus hati terpikat..tapikan..kalau ada sesapa yg sudi hadiahkan lagi la sangat² besh..haha

ada yang berkenan dengan beg yang comel ni?jom redah bezehra jom..bukan takat diaper bag je yg ada,handbag pun ada,handbag organizer pun ada, tote bag pun ada..jom jom..

RM30
sebenarnya berkenan juga dengan tote bag ni, tapi rasanya tak dapat nak beli kot..huhu ada yang tak kasik..tapi kalau ada yang nak bagi hadiah, boleh aje..hihi..gambar² beg ni sumer amik dari bezehra..saja nak promote kat kengkawan..so enjoice!

date Monday, December 20, 2010

10 bulan bukan tempoh yang sekejap..pejam celik pejam celik dah 10 bulan dah..erm dah macam² yang kami dah kongsikan bersama..dan paling bahagia sekali tak sabar menunggu 6 bulan akan datang..doakan kebahagiaan kami..insya Allah..terima kasih ya Allah..

date Sunday, December 19, 2010

kami sekeluarga sedang menghitung hari menanti kepulangan 3 bidadari kecil ini..walaupun tak sampai 2 minggu, kitorang semua dah tak sabar dah..bayangkan 4 tahun diorang jauh dari kitorang..erm 4 tahun sanggup kitorang tunggu, takkan tak sampai 2 minggu pun tak sanggup kot..sabar sabar..

kisahadique : erm acu nak kena asah lidah ke bagi pandai cakap omputih dgn bidadari 3 org tu?

date Friday, December 10, 2010


Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau rasakan
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata

Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti di hadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka di akhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

date

date Saturday, November 20, 2010

tiada kata seindah bahasa..saya sayang dia ;)

date Friday, November 19, 2010

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way 

Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way


Setiap kali anda merasa seperti anda tidak boleh terus 
Anda merasa begitu kehilangan 
Bahawa anda begitu sendirian 
Semua anda adalah lihat adalah malam
 Dan kegelapan di seluruh
 Anda merasa begitu tak berdaya 
Anda tidak boleh melihat cara untuk pergi 
Jangan putus asa dan tidak pernah kehilangan harapan
 Kerana Allah selalu di sampingmu

Insya Allah 
 Insya Allah anda akan menemui jalan anda

Setiap kali anda melakukan satu kesalahan 

Anda merasa anda tidak dapat bertauba
 Dan perjalanan terlambat 
Anda bingung, keputusan yang salah yang telah anda buat
 menghantui fikiran dan hati anda penuh rasa malu
Jangan putus asa dan tidak pernah kehilangan harapan

 Kerana Allah selalu di sampingmu

Insya Allah 
 Insya Allah anda akan menemui jalan anda
 
Kembali kepada Allah 

Dia tidak pernah jauh
 Menaruh kepercayaan anda pada-Nya
 Angkat tangan dan berdoa
 Ooo Ya Allah
 Panduan langkah saya jangan biarkan aku tersesa
tKau satu-satunya yang menunjukkan jalan, 
Menunjukkan cara 

 Insya Allah 
 Insya Allah kita akan mencari jalan

date Tuesday, October 26, 2010

Shettle Method  

BABY GIRL
  • Have lots of sex starting 3 days before ovulation (more frequent ejaculations means fewer Y-sperm, and the longer sperm wait for the egg, the better the odds that the stronger female sperm will be the last woman standing)
  • Avoid female orgasm, which will only help the weaker male sperm along 
  •  

       BABY BOY
      • Avoid intercourse until the day of ovulation (this way the faster-swimming boy sperm won't be kept waiting fot the egg )
      • Achieved female orgasm
      • Have the male partner drink something caffeinated an hour before intercourse (to speed up his boy-making boy)
      •  
         
        this info form book What to Expert : Before You're Expecting by Heidi Murkoff and Sharon Mazel

        date Sunday, October 24, 2010



        saya cinta mereka
        saya sayang mereka
        saya perlukan mereka
        saya bahagia bersama mereka
        saya sentiasa akan bersama mereka
        saya serahkan segala-galanya pada mereka
        hanya MEREKA...!

        hanya mereka di hati saya
        hanya mereka penawar duka saya
        hanya mereka yang membahagiakan saya
        hanya mereka menjadikan hidup saya tenang
        hanya mereka yang membuatkan saya sentiasa aman
        itulah MEREKA...!

        itulah mereka, ayah saya yang banyak berkorban
        itulah mereka, emak saya yang terlalu penyayang
        itulah mereka, kakak saya yang baik hati dan pekerti
        itulah mereka, abang ipar saya yang sangat berdedikasi
        dan
        itulah mereka, suami kesayangan saya, hidup dan mati, dunia dan akhirat
        saya sayang MEREKA...!

        kisahadique : MEREKA yang jauh itu pun tetap di hati saya...

        date Saturday, October 23, 2010

        pic credited to mr google

        orang kata sebelum tidur kena basuh kaki dulu kan..erm aku ni malam tadi bukan setakat basuh kaki..tangan, muka,hidung, kepala apa sumer pun basuh..tapi tak menjadi juga sebab malam tadi aku mimpi ngeri..erm bukan mimpi ngeri kena makan dengan hantu atau aku makan hantu, tapi mimpi ngeri plus mimpi sedih..sampaikan aku menangis teresak² macam budak kecik nak minta susu..

        erm sebelum² ni pun kalau mimpi yang sedih, aku akan menangis teresak², tapi kali ni menangis betul² punya menangis sampai incik suami terperanjat tak leh nak watpe..tengah² dia dok pujuk, aku lari turun bawah, masuk bilik mak dan terus peluk mak..masa dalam bilik mak pun still menangis tak henti² sampaikan bantal ayah basah dipenuhi dengan air mata dan air liur aku..haha sori eh ayah

        agak² leh tahu tak aku mimpi pasal apa? leh agak kot, sebab aku terus peluk mak kan..erm selepas aku menelek² makna mimpi tu, aku tahu mak kesayangan aku, insya Allah umurnya panjang..aku akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mak dan ayah..aku tanak pape terjadi dengan mak dan ayah..aku tak ada sesiapa di dunia ni melainkan mak dan ayah..erm incik suami tu memang dah on top, tapi mak ayah tetap juga penting dalam hidup aku..sampaikan waktu mak dok pujuk aku sambil dok usap² kepala aku, dia sempat cakap "haa..kalau macam tu adik jgn tinggalkan mak, jangan pindah rumah.." wahhh mana mak tahu ek aku dan incik suami tengah berplan² mencari rumah baru?

        kisahadique : aci tak sebelum tidur mandi dulu biar tak mimpi? tak sukalah mimpi² ni..sampaikan incik suami ingat isteri dia dah hilang pagi tadi..hihi dan nampak gaya plan mencari rumah baru ditunda ke masa yang entah bila pun tak tahu..

        date Wednesday, October 20, 2010


        genap 8 bulan kami bersama...macam bulan² yang lepas, banyak suka dan duka yang dah kami lalui bersama..tapi paling banyak dah tentulah yang manis² belakakan..yang pahit tu kita tolak tepi sebab akan merosakkan yang manis ni..apa yang aku harapkan? erm banyak sangat² dan biarlah kami berdua je yang tahu..apa pun, doakan kami bahagia sentiasa dan hidup kami sentiasa diredhai Allah..amin

        date

        hari ni genap 7 bulan we're been together..erm macam2 yg dah kami lalui bersama..ada yang suka, gembira, bahagia, seronok..tak kurang juga ada yang duka, sedih, marah apa semua, tapi tu biasalahkan, dah adat hidup bersama..kalau takut dilambung ombak, jangan tinggal di tepi pantai..begitu juga kalau takut nak gaduh2 dgn suami isteri, ko jangan kahwen..hihi

        date Sunday, September 19, 2010

         
         
        Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..setelah sebulan kita berpuasa akhirnya tiba hari yang cukup mulia ini..syukur syukur aku dapat sambut lagi hari yang mulia ni dan paling bererti buat aku ialah aku dapat merayakan bersama incik suami yang tercinta..mohon maaf andai ada tersilap kata tersalah bahasa..maaf zahir dan batin..

        date Friday, September 10, 2010


        Ku mengatur langkahku
        berjalan tanpa bayang-bayangMu
        langit dan bumi setia, menemaniku
        matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
        Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

        Hari berganti hari aku masih teguh menanti
        Hadir diri Mu dalam hidupku ini
        Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
        Namun yakinku Kau kan kutemui

        Ku takkan pernah cuba berhenti
        langkahku mencari erti Cinta
        Yang ku tahu hanya tuk diriku
        kan ku terus cari sampai hujung dunia

        Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
        dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

        Kulihat semua gembira
        bila mengenali erti Cinta
        senyuman ku beri hanya duka
        bila ingin Teman tuk berbicara

        Cinta jangan sembunyi
        mataku kabur mencari
        hadirlah dalam hidupku ini
        Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
        untuk mengejar diriMu

        malam tadi episod akhir cerita sempena ramadhan ni, Syurgamu Ramadhan..kalau nak tahu, aku tak follow pun cerita ni tapi bila dengar lagu dan tgk² iklan dia, macam menarik plak..dan last episode malam td merupakan kali ke-2 aku tgk citer ni..kali pertama minggu lepasnya yg 4 beradik tu pindah masuk rumah atok dia dan malam td..walaupun follow cerita ni hanya 2 kali, aku macam dah tangkap ikan cinta tau..semua pelakon dia sepatutnya diberikan 5 bintang..memang superb lakonan diorang..paling aku tak sangka yang zarina leh bawak watak mak usu yg jahat mcm tu..ish ish harap² aku yg mak usu gak ni tak lah jahat dengan anak² sedara aku dan incik suami kan..mintak jauh!

        harap² tv3 dapat siarkan lagi cerita macam ni pada tahun² depan..memang tak bosan langsung! kalau boleh malam² raya tu siar la cerita yang senonoh sikit..ni aku tengok sambutan raya tahun ni, semuanya berebut² nak siar cerita hantu..wooo apa kes ni??mentang²lah hantu baru lepas, korang semua dok pakat nak tayang cerita hantu plak ehh??ok ok tanak membebel² lagi..speaker dah nyaring kat bawah..tata titi tutu..

        date Thursday, September 9, 2010

        kelmarin (isnin), aku, incik suami, mak, ayah dan fatyen berbuka puasa dekat SDS..erm kalau tak silap ni kali keempat kitorang buka kat luar dan pertama kali berbuka di SDS untuk tahun ni..ayah tahun ni macam tak gemar plak nak berbuka dekat luar..dia kalau nak buka dekat luar, nak make sure ada surau atau paling tidak bilik kecik untuk sembahyang maghrib..tidak kalu, sori la dia nak pegi..masa makan kat SDS ni pun kitorang berempat pegi dulu, usai ayah solat maghrib, baru dia tiba..
        ayah kelaparan dan segak berbaju melayu..tu muka lapar sangat tu tau..hihi
        ni pun muka lapar gak..saat2 menanti waktu berbuka puasa..amboi penuh ek pinggan mak tu =)
        ni puteri bongsu..kali ni giliran dia plak berbuka dengan kitorang..makan banyak tau dia ni..
        incik suami konon2 suap makan sedangkan dia dah kenyang gila dah tu..
        ni nasi goreng + ayam kari + ayam goreng + kurma + buah..belong to incik suami
        eh eh..pasangan dua secoli sejoli ni makin hari makin mesra alam la..hihi
        eh..ada lagi..ish tak leh nak berenggang langsung la pasangan cantik kacak manis ni..
        usai makan kitorang singgah sat ke IG Mobile untuk cari porch si cantik manis aku..tapi still belum ada dlm pasaran kat kluang ni..ish lambat sgt la nak tiba..kat jb aritu dah ada tapi tak beli plak..kan dah nyesal..padan muka kat diri sendiri..takpe la aku tunggu lagi kot2 ada yang baik hati nak belikan buat seprise ke..hihi dah setel pegi kedai tu kitorang terus balik rumah..niat di hati nak pegi gerai ramadhan jalan2 tgk tudung, hujan plak..so lenkali je la..erm thanx to ayah sebab sudi tong2 bayar berbuka posa ni..tahun depan belanja lagi eh..insya Allah..panjang umur kita jumpa lagi ramadhan 1431..

        date Wednesday, September 8, 2010


        Salam Aidilfitri buat semua..syukur alhamdullilah aku dapat berjumpa lagi dengan bulan Syawal..rasanya tahun ni merupakan tahun yang cukup memberikan 1001 cabaran pada aku..cabaran yang pada mulanya aku tak mampu nak tanggung tapi lepas dimotivasikan oleh sang suria suami, aku semakin kuat! aku tahu Allah sayang pada aku, sebab tu Allah turunkan pelbagai dugaan dan cubaan untuk aku..aku redha!

        aku harap sampai ke penghujung tahun ni, aku akan menjadi orang yang semakin kuat..bulan ramadhan yang semakin meninggalkan kita ni banyak mengajar aku erti kesabaran..selain menjadi seorang yang sabar, aku cuba menjadi yang terBAEK juga..sepanjang doa selepas bersolat aku tak lupa titipkan doa..
        Ya Allah Ya Tuhanku...jadikanlah aku isteri yang baik untuk suamiku, jadikanlah aku anak yang baik untuk kedua ibu bapaku, jadikanlah aku adik yang baik untuk abang dan kakakku, jadikanlah aku kakak yang baik untuk adik2ku, jadikanlah aku guru yang baik untuk anak muridku, jadikanlah aku pekerja yang baik untuk majikanku dan Ya Allah..jadikanlah aku hamba yang TERbaik buatmu ya Allah...amin
        sempena bulan baik hari baik ni, aku dengan rendah diri memohon seribu kemaafan buat semua..buat semua rakan2ku, saudara mara, sahabat baik mahupun tidak..aku tahu banyak kesilapan yang telah aku lakukan selama ni secara sengaja atau tidak..aku minta dihalalkan makan minum duit dan segala2nya..insya Allah andai ada rezeki aku akan cuba juga membalas jasa korang semua..raya ni jangan lupa balik kampung ye, jenguk2lah mak ayah yang dah rindu sangat kat korang semua..mana yang dah berbelas tahun, berpuluh tahun tak balik kampung tu, buat2lah balik..takut korang dah lupa jalan balik kampung korang je (",)

        SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

        date Tuesday, September 7, 2010


        rasanya hampir 2 tahun aku tak ketemu dengan lil' nieces aku ni..last aku ketemu mereka Disember 2008..tak silap alifah baru 8 bulan dan tahun ni dia dah 2 tahun lebih..si alisya plak dah jadi anak dara cun je dan aliyah still maintain cute! bila aku nak jumpa diorang lagi pun wallahualam..tapi dlm planning along sekeluarga mungkin balik hujung tahun ni..kalau tak silap, kak long bgtau nak balik lepas Boxing Day..

        video kat atas ni my lil' nieces tengah main buai kat taman..erm tak sure aku penah jejak ke tidak kat taman ni..yang buat hati aku sayu je bila dengar si alifah dah pandai cakap..aku sangat2 curious camne la budak se kecik alifah tu leh speking omputih dan pandai menyusun ayat..ishh ajaib sungguh..tapi jangan nanti dia jadi macam aliyah yg dah tamau cakap melayu sudah la eh..aliyah, acu nak pesan ni..Bahasa Jiwa Bangsa!

        it's ok..yang penting aku tetap rindu depa bertiga..rasa tak sabar sangat2 nak gomol2 dengan diorang ni..erm nampak gaya raya tahun ni kita still tak dapat spend bersama2 lagi..takpe la insya Allah tahun depan kita together2 eh...duet raya pun postponed tahun depan tau..

        date Monday, September 6, 2010

        jangan terperanjat...jangan cuba gosok2 mata anda semua..hihihi apa yg anda nampak semuanya kenyataan...haa belog aku dah berwajah baru..sempena tahun baru ni..opss sempena nak menyambut aidil fitri, aku nak buat perubahan sikit..dan perubahan ini akan sentiasa berubah sampailah aku puas hati..buat masa ni rupa baru ni hanya temporary, dan team creativity akan dipanggil untuk mencantikkan lagi rupa belog ni...

        date Friday, September 3, 2010

        date Thursday, September 2, 2010

        date Wednesday, May 12, 2010