pic credited to mr google

orang kata sebelum tidur kena basuh kaki dulu kan..erm aku ni malam tadi bukan setakat basuh kaki..tangan, muka,hidung, kepala apa sumer pun basuh..tapi tak menjadi juga sebab malam tadi aku mimpi ngeri..erm bukan mimpi ngeri kena makan dengan hantu atau aku makan hantu, tapi mimpi ngeri plus mimpi sedih..sampaikan aku menangis teresak² macam budak kecik nak minta susu..

erm sebelum² ni pun kalau mimpi yang sedih, aku akan menangis teresak², tapi kali ni menangis betul² punya menangis sampai incik suami terperanjat tak leh nak watpe..tengah² dia dok pujuk, aku lari turun bawah, masuk bilik mak dan terus peluk mak..masa dalam bilik mak pun still menangis tak henti² sampaikan bantal ayah basah dipenuhi dengan air mata dan air liur aku..haha sori eh ayah

agak² leh tahu tak aku mimpi pasal apa? leh agak kot, sebab aku terus peluk mak kan..erm selepas aku menelek² makna mimpi tu, aku tahu mak kesayangan aku, insya Allah umurnya panjang..aku akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mak dan ayah..aku tanak pape terjadi dengan mak dan ayah..aku tak ada sesiapa di dunia ni melainkan mak dan ayah..erm incik suami tu memang dah on top, tapi mak ayah tetap juga penting dalam hidup aku..sampaikan waktu mak dok pujuk aku sambil dok usap² kepala aku, dia sempat cakap "haa..kalau macam tu adik jgn tinggalkan mak, jangan pindah rumah.." wahhh mana mak tahu ek aku dan incik suami tengah berplan² mencari rumah baru?

kisahadique : aci tak sebelum tidur mandi dulu biar tak mimpi? tak sukalah mimpi² ni..sampaikan incik suami ingat isteri dia dah hilang pagi tadi..hihi dan nampak gaya plan mencari rumah baru ditunda ke masa yang entah bila pun tak tahu..

date Wednesday, October 20, 2010

0 kisahadique.. to “Mimpi Ngeri di Malam Hari”

Leave a Reply: