rasanya hampir 2 tahun aku tak ketemu dengan lil' nieces aku ni..last aku ketemu mereka Disember 2008..tak silap alifah baru 8 bulan dan tahun ni dia dah 2 tahun lebih..si alisya plak dah jadi anak dara cun je dan aliyah still maintain cute! bila aku nak jumpa diorang lagi pun wallahualam..tapi dlm planning along sekeluarga mungkin balik hujung tahun ni..kalau tak silap, kak long bgtau nak balik lepas Boxing Day..
video kat atas ni my lil' nieces tengah main buai kat taman..erm tak sure aku penah jejak ke tidak kat taman ni..yang buat hati aku sayu je bila dengar si alifah dah pandai cakap..aku sangat2 curious camne la budak se kecik alifah tu leh speking omputih dan pandai menyusun ayat..ishh ajaib sungguh..tapi jangan nanti dia jadi macam aliyah yg dah tamau cakap melayu sudah la eh..aliyah, acu nak pesan ni..Bahasa Jiwa Bangsa!
it's ok..yang penting aku tetap rindu depa bertiga..rasa tak sabar sangat2 nak gomol2 dengan diorang ni..erm nampak gaya raya tahun ni kita still tak dapat spend bersama2 lagi..takpe la insya Allah tahun depan kita together2 eh...duet raya pun postponed tahun depan tau..