Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu
malam tadi episod akhir cerita sempena ramadhan ni, Syurgamu Ramadhan..kalau nak tahu, aku tak follow pun cerita ni tapi bila dengar lagu dan tgk² iklan dia, macam menarik plak..dan last episode malam td merupakan kali ke-2 aku tgk citer ni..kali pertama minggu lepasnya yg 4 beradik tu pindah masuk rumah atok dia dan malam td..walaupun follow cerita ni hanya 2 kali, aku macam dah tangkap ikan cinta tau..semua pelakon dia sepatutnya diberikan 5 bintang..memang superb lakonan diorang..paling aku tak sangka yang zarina leh bawak watak mak usu yg jahat mcm tu..ish ish harap² aku yg mak usu gak ni tak lah jahat dengan anak² sedara aku dan incik suami kan..mintak jauh!
harap² tv3 dapat siarkan lagi cerita macam ni pada tahun² depan..memang tak bosan langsung! kalau boleh malam² raya tu siar la cerita yang senonoh sikit..ni aku tengok sambutan raya tahun ni, semuanya berebut² nak siar cerita hantu..wooo apa kes ni??mentang²lah hantu baru lepas, korang semua dok pakat nak tayang cerita hantu plak ehh??ok ok tanak membebel² lagi..speaker dah nyaring kat bawah..tata titi tutu..