semalam aku, mak, ayah, en.rizal dan fatin serombongan ke JB untuk menyibuk folo rombongan meminang..kami bergerak lebih kurang kul 1 petang dan singgah di petronas air hitam unuk menunaikan tuntutan wajib..usai solat apa sumer kitorag bergegas terus ke jb..kalau tak silap aku ada 4,5 bijik lori kereta yang folo..erm aku bukan nak cerita perihal rombongan kami ke sana, sebab aku akan cerita next entry..entry kali ni cuma nak cerita atau luahan perasaan benci tahap gaban dengan perihal seorang photog muda remaja yang atitudenya-agak-kurang-ajar-tak-berperikemanusiaan-yang-berlagak-bagus-kononnya-ada-dslr mahal!! aku agak pelik dengan manusia sekarang ni yang berlagak dengan sedikit kelebihan yang Allah turunkan pada dia..aku tahulah engkau ada dslr yang gaban penuh dgn flash, bateri gabak, lens panjang ke hapa..tapi kalau attitude engkau ZERO, tak lamalah Allah bagi kelebihan tu pada engkau..


alkisahnya..majlis pertunangan semalam agak meriah dengan kehadiran keluarga kedua belah pihak..aku sekeluarga mewakil pihak lelaki dan kami tak bawak pun photog pro, yang ada en.rizal pada aku photog yg dah cukup BESH..jejak je kaki kat tempat majlis tu aku dah rasa tak enak sebab tengok diorang daring je dok pandang en.rizal dok tembak2 kitorang...aku ada terdengar suara sumbang yg mcm hampeh bongok..ok tak aku relex je sbb tak sure en.rizal dengar ke tidak..kita abaikan..

pastu kitorang masuk...bla bla bla bla perbincangan dan sesi bergambar..tatkala bakal perantin perempuan keluar aku tgk sekali sekala je en.rizal dok tembak gambar..agak pelik gak kenapa dia tak seaktif biasa..ohh aku lupa nak bgtau..kat dalam rumah tu aku dok perasan ada 3 org photog yang ala2 hebat..huhu then selesai semua perbincangan, kitorang tetamu dijemput makan..haaa di sinilah bermula...en.rizal dengan muka yg ala2 mcm tensen menyampah bgtau aku sesuatu..dia telah ditegur oleh salah seorang dari 3 photog yg ada dalam rumah tu..nak tahu apa photog muda remaja tu tegur en.rizal? "tepi sikit la bodoh..!" sewaktu dia beramai2 nak tembak gambar bakal perantin..what the hell engkau nak panggil suami aku bodoh hah? engkau dah bagus sangat ke atau suami aku besar sangat ke sampai engkau nak suruh dia ke tepi dan engkau panggil dia bodoh?? engkau dah cukup pro ke sampai engkau nak panggil org lain bodoh??

selama aku deal dengan beberapa photog, tak pernah plak aku dapat komplain dr org lain yg photog yg aku hired dok bodoh2 kat org lain..sumpah aku tak pernah dengan aduan sebegitu..sewaktu majlis aku 20 Feb lepas, aku hired photog dr bp dan seorang lagi kawan dia..diorang hebat terbaek tapi berapa ramai pun photog tak pro masa majlis aku berlangsung tu, tak pernah pulak diorang nak berbodohkan org lain...sama gak masa majlis kat rumah en.rizal 10 April yang lepas...bayangkan ada dekat 5,6 org photog bersdlr yang dok tembak2 gambar kami..dan photog yg en.rizal hired, iaitu en.katok relex je bg laluan kat photog lain nak menyibuk...siap ada sorang photog mak andam yg lebih2 dok suruh kitorang duduk, baring, menyiarap apa sumer..tapi en.katok tu relex je..dia memang tak kisah langsung pun..dan aku rasa photog lain kat luar sana mesti tak berattiude macam gampang ni kan??


tapi engkau ni muda lagi kecik lagi engkau dah pandai nak bodohkan orang? engkau ni manusia ke binatang? attitude ZERO..!! bak kata en.rizal, engkau takkan lama dalam dunia engkau ni..attitude engkau teruk..kalau ramai yg hired engkau, dan ramai org yg engkau akan bodohkan, insya Allah satu hari nanti Allah akan bodohkan engkau dalam segala hal...

engkau memang LOSER!!!
kisahadique : aku tahu ada photog kat luar sana panas je dengan entry aku ni..relex..aku cerita berdasarkan pengalaman en.rizal semalam..dia sendiri part-time photog dan dia terkilan dengan photog muda yg berlagak bagus ni..kesian..nanti takut tak lama je keje budak ni..erm korang yg lain kat luar sana baek2 belakakan? semua bakat yg kita ada ni, Allah bagi pinjam sekejap je, esok lusa kalau Allah tarik balik, baru kita tahu..

date Monday, April 19, 2010

ini merupakan pelamin anganku musnah indah yang gah berdiri tak roboh pun tatkala aku bersanding di atasnya..mungkin pada pandangan orang lain simple je pelamin2 ni, tapi pada aku, inilah antara pelamin impian aku..sebulan dua sebelum bernikah, aku survey berapa banyak bridal's blog, bridal's magazine semata2 nak dapatkan idea pelamin indah..erm cari punya cari punya cari, akhirnya aku dapat..mungkin tak 100% yang aku inginkan, tapi dah cukup bersyukur dah..


ini merupakan pelamin yang tak berapa pelamin sangat..erm senang cerita ala2 tempat duduk indah gitu..pelamin biasanya ada pentas lampu2 bagai apa semuakan..tapi walaupun tak ada pentas apa semua, aku suka sangat2 dengan 'pelamin' ni..simple but nice   tuan punya badan dah suka nak cakap apa lagi kan..


ini pulak pelamin di rumah aku tanggal 20 Februari 2010..bertemakan gold+yellow..aku paling suka pelamin ni..sedara mara sepupu sepapat pun suka hinggakan ada antara mereka yang bagitahu pelamin ni ala2 macam dekat hotel je gahnya tu..huhu bangga terawang2an sekejap aku kala tu..ye la tak sia2 aku dok surf merata tempat nak cari design sebegini dan kena extra rm200 pulak semata2 nak guna panel ni..aku tahu sekarang ni dah ramai sgt yang guna pelamin panel camni, erm tak kisahlah..janji aku suka..cuma 1 je la,sebenarnya yang bunga tengah tu aku nak yang ala2 bunga hidup sekuntum sekuntum sekuntum sekuntum gitu..


dan ini pulak merupakan pelamin indah di atas pentas terbuka di majlis bertandang pada 10 April 2010 yang lepas..pelamin ni bertemakan turqouise+putih..erm lebih kurang samakan dengan pelamin kat rumah aku? ye memang sama sebabnya mak andam ni tak ada design lain je aku tengok..dia bagi cuma 3,4 gambar contoh pelamin..dalam 3,4 yang ada hanya design camni je la yang menarik perhatian..mulanya aku tak terperasan cam sama dengan kat rumah aku..sekali masa ayah dan abang ipar ku ke Program Sakinah di rumah pihak lelaki malam sebelum majlis bertandang, diorang bagitahu sama..erm sama pun sama la..janji hati dah suka

so..camne dengan pelamin impian korang semua?


kisahadique : kita kahwen sekali je kecuali aku 2 kali..huhu sebabnya gap rumah aku dengan rumah en.rizal lebih kurang sebulan lebih so aku rasa kahwen dua kali la jgn salah paham plak...dan buat korang kat luar sana, buatlah pilihan pelamin impian yang terbaik ..jangan dah lepas kenduri baru nak menyesal...

date Sunday, April 18, 2010

Majlis Persandingan pada 20 Februari 2010
disolek oleh Kak Chomel..busana bertemakan gold+cream+yellow..

Majlis Bertandang pada 10 April 2010
disolek artist style oleh Amy..busana bertemakan black+silver

apakah bezanya?

date

ini bahagian terakhir...

alhamdullilah berakhir sudah majlis bertandang ke rumah ibu dan bapa mertua yang telah diadakan di Felda Bukit Tongkat..majlis yang pada mulanya dirancang simple but sweet telah meninggalkan 1001 kenangan dan boleh dikatakan agak meriahlah juga majlis tersebut..aku bersyukur sangat2 akhirnya majlis kedua belah pihak selesai tanpa sebarang masalah dan paling penting, syukur sangat sebab cuaca baik...alhamdullilah   dikesempatan ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingganya pada mereka yang terlibat semasa majlis ni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung..memanglah depa tak baca belog aku ni tapi aku tahu Allah maha memahami..dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka semua...amin

left to right : ayah yg hensem, ustaz zahari yg sporting, kakakku yg kononnya comel dan emak tersayang..

ini dia abag-ipar-yg-macam-dah-terer-sket-amik-gambar-pakai-kamera-mahal...

la..ada lagi gambar kakakku ni..dan fatin a.k.a puteri bongsu kesayangan kami..

ini antara sebahagian sedara mara yang baik dan sudi hadir  

hanya sebahagian saja gambar2 mereka yang banyak membantu aku dapat aku selit kat belog ni..cari cari tak jumpa cari cari tak jumpa..takpe la tak jumpa pun janji ingatan aku pada mereka tak aku lupakan..terima kasih juga pada photog terbaek dari ladang, en.katok, en.arba dan en.gila aku tak sabar menanti gambar2 terbaek dari mereka..diorang ni en.rizal import dari shah alam dan aku tahu hasil kerja en.katok memang terbaek dan untuk pengetahuan semua, ekceli en.katok ni aku dah booked utk majlis kat rumah aku, tapi tak kesampaian sebab pada masa yg sama dia pun buat majlis kahwen di rumah dia..

dan ini sedikit luahan perasaan aku...buat mereka2 yang tidak dijemput ke majlis bertandang ini, aku mohon maaf..bukan sebab terlupa atau tak ingat atau apa pun..cuma kita ni bertandang ke rumah org, majlis org, takkan la kita memandai nak menjemput tok nenek cucu cicit bagai satu kampung naek satu kontena serang kan..kami tak jemput bukan bermaksud kami lupa, kami tetap ingat cuma keadaan saja yang tidak mengizinkan..dan harap pihak2 berkenaan berhenti menyebarkan gosip yang hanya menambahkan dosa korang je..lagipun 2,3 hari ni aku rasa macam dah berat je, mungkin berat pahala kot..kami sendiri tidak menyalak kalau tidak dijemput ke kedah ke penang ke kelantan ke terengganu ke (sebahagian saja disebut)..kami kewl saja..kami relex saja..sebab kami tak heran dengan tu semua.. sebab kalau setakat pergi tempat2 tu semua, alaa mak ayah kami masih mampu nak bawa kami ke sana..

dan lagi satu, ni betul2 luahan perasaan marah tahap gaban... mak ayah aku hantar anak2 dia belajar jauh mana sekali pun, luar negara ke dalam negara ke sikit pun tak pernah minta duit korang tau..jadi kalau anak2 mak ayah aku tanak hormat pun peduli apa korang...korang sendiri tak pandai nak hormat kami, buat apa kami nak hormat kat korang?? konon2nya kami ni tak hormat org tua sekali pun, kami sekeluarga tak pernah minta sedekah nak pinjam duit korang tau..susah2 kami pun, kami usaha sendiri..susah senang kami selama ni pernah korang semua tahu?? tak pernah kan?? so...KORANG DIAM...!!

terimalah.....

kisahadique : maaflah ye..teremosi sikit...biasalah musim panas2 macam ni emosi memang sering terganggu sket...so kengkawan semua, enjoice!

date Friday, April 16, 2010