well....

kisahadique : tanak cakap lebih2, nanti riak :P

date Saturday, November 14, 2009

erm inilah kerja aku dikala dilanda kemurungan..kemurungan yang memerlukan hiburan dan FarmVille ni telah mencapai standard untuk mengatasi kemurungan aku..sangat terhibur bila berladang ni tau, hilang segala keletihan kat tempat kerja, ketensenan asik dibebel..haha

sekarang ni aku level 28 dan telah dikejar dekat oleh en. tunang aku..dia sekarang level 26..tapi hopefully lambat lagi la dia nak kejar sebab dia kan sekarang ni asik2 bizi je kat tempat kerja..so masa untuk dia ber'farmville' terlalu limited..haha tapi camne pun, aku SANGAT jeles dengan ladang dia yang well-organized!

Ladang En. Tunang..

sangat jeles dengan ladang en. tunang yang bebetul well-organized..kalau sebelum ni dia tak berapa bizi, leh la aku minta tolong dia susun aturkan semula ladang aku, tapi sekarang ni...huh! dia tak akan ada masa nak wat kerja gila menolong aku susun atur ladang aku tuh..hehe baik abg wat keje lain kan... :P

INI LADANG SAYA!!

erm ladang aku pun apa kurangnya kan, well-organized jugak apa.. (baca : untuk mengambil hati sendirik...) cuba tengok, banyakkan baby elephant kat ladang aku tu? hehe memenuhi segenap lapisan ladang tau..nasib baiklah free gift baby elephant dah tadak, kalau idak mesti ramai yg bg as gifts dan ladang aku pun penuh sesak..anyway, mekasih pd yg bagi baby elephant ni dulu :)

kucing hitam? erm walaupun tak baper suka kucing, tapi comel plak kucing yg 5 ekor tuh..dia jadi jaga..erm rumah 2 tingkat tuh..jangan jeles tau, harga rumah 2 tingkat tuh mencecah ratusan juta ringgit tau..hah?? erm tetiba teringat kat kokak nur islamiah kat puchong tuh..

mbekk..mbekk..alemak! teringat plak kat bakal SIL aku bila tengok kambeng2 tuh sumer..fyi, en. tunang aku dgn bakal BIL aku, selalu ejek bakal SIL aku tuh kambeng..kenapa? mokcik pun tatau :) pastu sekarang ni plak bakal SIL aku tu bejalar kat 'kandang'..kat ne??

erm.. kat sebelah umah aku ada tanah lapang yg sangat luas yang kalau buat swimming pool olimpik confirm lulus tau..tanah lapang tuh dah penuh dengan semak samun, pokok jati, bunga kantan, pokok ru, pokok pisang, binatang buas, liar, buaya, biawak, katak, penyu, kura2, cipan dan sewaktu dengannya..erm kalau aku usahakan tanah lapang tuh sama cam aku usahakan farmville ni, mesti lagi berbaloikan??

SESAPA YG BAIK HATI TU, BAGILAH GIFTS KAT SAYA...hehe

kisahadique : ada sesapa sudi menjadi neighbour aku?? sila la add aku as neighbour :))

date Friday, November 13, 2009

wajah bakal2 pendidik yang berjasa, insya Allah..
from l to r, up to down : son of GKMP Bahasa, Puan Roziah, daughter of Kak Zairul, son of Cikgu Yazif,
daughter of Mama Ita, son of Asheeq and son of Cikgu Yazif..


miss ela..gadis pilihan Malam Tautan Mesra malam tadi..kalau ada anugerah cikgu paling vogue and gorjes, mesti ela menang tau..ni first tme aku tengok ela cantik berskirt..so sweet..kalaulah ela pakai mcm ni pegi mengajar, confirm peratus BI kat sekolah tu meningkat naik..yehaaa..go ela go!


ni sambungan gambar2 malam tadi yg tak sempat aku nak upload..maybe ada gambar yg dah berulang2 aku letak..hehe biarlahkan..ni kan blog aku so sukati aku la nak letak gambar apa sekalipun..tapikan, aku sedihlah tak dapat hamper cabutan bertuah malam tadi..sampaikan hadiah utama, KIPAS pun aku tak dapat tau :( kalau dulu masa kecik2 kalau aku tak dapat hadiah cabutan bertuah mesti aku meraung tau..haha dan kejadian tu berulang..tapi bukan pada aku, pada anak cikgu Yazif yg comel tuh, Amirul..menangis sampai berjurai2 air mata dia tak dapat hamper tau..sangat comel!

DAN...inilah malam terakhir aku bermesraan bersama2 warga T6..sehingga berjumpa lagi..insya Allah..

kisahadique : pagi2 tadi kat tempat keje aku dah menangis kesayuan..seseorang telah meninggalkan aku kerana pergi berkursus..terima kasih akak atas segala2nya.ada rezeki kita jumpa lagi..jangan lupa Feb, 20 ye!!

date




inilah antara gambar2 Malam Tautan Mesra dan Jasamu Dikenang SMK Bandar T6 di Hotel Prime City..agak meriah dengan kehadiran hampir 90 % mereka yg sepatutnya..tp staff je yg tak ada, yg aku nampak cumalah Kak Ila, CC..yg lelain aku tak nampak atau mungkin aku tak perasan atau memang diorang tak datang..ada hal kot :)

anyway acara berjalan lancar terutamanya acara mengambil gambar yang tak kira mereka yang tua mahupun muda terlalu excited nak bergambar..tak kira la anak dara ke, mak dara ke, tunangan org ke, isteri org ke, nenek org ke, suami org ke, semuanya terlalu excited nak bergambar..termasuklah aku ni..hehe

gambar2 kat atas ni aku snap dengan antara org kuat kat tempat kerja aku, termasuklah BIG BOSS yang agak sporting walaupun mem besar dia ada kat belakang tuh..hehe yg pakai tudung purple bling bling glamer tuh ustazah tau, sangat meletop da bomb!


aku dah ngantuk so tak larat nak share apa jadi malam td..sok2 aku sambung eh..tadaa..

kisahadique : malam tadi semuanya tak kira anak dara, mak dara, nenek dara, semuanya bergaya abes control ayu glamer..aku je..SEMPOI :)

date Thursday, November 12, 2009