erm aku beli lagi printer..sepanjang aku hidup atau erti kata lain sejak aku pandai dengan dunia IT sejak berbelas tahun dulu, printer ni merupakan printer ke-3 menjadi sebahagian dari hidup aku..alala teruk sangat ke aku ni sampai printer pun nak bertukar sampai 3 kali ni? rasanya aku tak teruk, tapi printer2 tu semua yg teruk :( 2 printer yang dulu aku jaga dengan penuh kasih sayang tau, tak ada kompromi langsung, tapi apa nak buat, terputus sudah kasih sayang antara aku dan mereka..dan aku berharap printer sleek black ni kekal bersama2 aku untuk 10 atau 15 tahun akan datang..kalau leh nak bagi anak2 guna...hehe

ini merupakan printer pertama aku..aku guna sejak diploma tahun 2001 sampailah habis degree penghujung 2006..printer ni dah banyak berjasa pada aku dan aku selesa menggunakan printer ni sebab dia tak pernah menimbulkan masalah pada aku sepanjang dia hidup dengan aku :) dia printkan thesis aku masa diploma, final report masa degree, praktikum report dan segala macam assignment termasuklah surat chenta kepada sang kekasih :) sampailah tahun 2007 kalau tak silap aku beri pada ayah, dan akhirnya printer ni rosak pada tangan ayah..huhu dah sampai ajal dia kot kan..

dan ini merupakan printer ke-2 aku..aku beli selepas beberapa tahun printer pertama aku rosak..aku beli printer ni dekat 200++ guna duit sendiri tau..huhu rasanya masa beli printer ni dah rasa dialah yang paling hebat tahap gaban tau..ye la diakan 3 in 1..boleh print, boleh scan dan boleh photocopy..printer ni pun banyak jasanya pada aku, tapi jangka hayat dia dengan aku tak lama, tak sampai 3 tahun pun..ish ish teruk betul la..tapi yang paling aku sedih, dia 'mati' sehari selepas aku dok pulun print envelope kad kahwen aku..masa aku dok pulun print tu sihat walafiat je dia, tapi esoknya aku nak guna, langsung dah tak boleh nak print pun..katanya head dia rosaklah apa la ini la itu la..aku agak sedih gak la, ye la guna duit sendiri pastu jaga baik2 bukan lasak bagai pun nak hentam nak ketuk apa sumer, tapi dah ajal diakan aku redha je..masa nak 'kebumikan' dia pun aku fikir sejuta kali gak..dan akhirnya tanggal 7 feb 2010 aku membuat keputusan untuk mencari penggantinya...
inilah dia...HP Deskjet D2660..sebenarnya inilah kali pertama aku beli produk HP, atas saranan en.tunang..dia kata printer HP ni ok, so untuk mendengar kata dia, aku pun belilah..itupun selepas berfikir berjuta kali..manakan tidak, aku sanggup keluar masuk kedai di petang ahad semata2 nak mendapatkan seru membeli printer HP ni...at last dekat nak maghrib aku beli je la printer ni..lagipun kerja aku sekarang ni memerlukan aku menggunakan printer..nak tanak bayar je la..tu pun puas aku dok gaduh dengan mamat kat kedai komputer tu..huh kedekut! aku dah siap install apa semua printer ni dan jujur aku bagitau, aku betul2 kekok menggunakan printer HP ni..manakan tidak, kertas masuk dari bawah...uwaaa aku tak pandai dan aku harap malam ni jugak aku dah pandai tahap gaban!!

satu je niat aku...aku nak pakai printer HP Deskjet D2660 sampai 15 tahun lamanya!!

kawan2 kat luar sana, mesti ramai yang pernah guna atau sedang guna atau dah menyampah nak guna atau apa saja printer ni kan? erm leh bagi nasihat dan kata2 semangat tak? masik kekok menggunakan printer yang duitnya ihsan diberi oleh ayahanda terchenta :)

date Monday, February 8, 2010

0 kisahadique.. to “HP Deskjet D2660”

Leave a Reply: